Artikel Terkini

Imam Solat Tarawih dicekup merempit, berjubah buat aksi ‘superman’ atas jalan

Imam Solat Tarawih dicekup merempit, berjubah buat aksi ‘superman’ atas jalan
Imam Solat Tarawih dicekup merempit, berjubah buat aksi 'superman' atas jalan 1

Seorang imam yang baru sahaja memimpin jemaah menunaikan solat tarawih di sebuah masjid di Rantau Panjang, Klang  menjadi antara lapan individu yang ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan awal pagi tadi.

Menerusi Kosmo!, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain memaklumkan yang imam tersebut berusia 20 tahun telah melakukan aksi berbahaya sambil menunggang motosikal dengan memakai jubah  di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas).

Bekas pelajar tahfiz itu juga melakukan aksi ‘superman’ bersama seorang lagi rakannya berusia 22 tahun dan bersaing sesama sendiri.

Imam Solat Tarawih dicekup merempit, berjubah buat aksi 'superman' atas jalan 2

“Kedua-dua penunggang itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membantu siasatan.
Selain itu, polis menyita dua motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

Tambah Datuk Mohd Nadzri lagi, enam penunggang motosikal berusia 14 hingga 24 tahun turut ditahan selepas dikesan menunggang secara berbahaya. Semua suspek ditahan di sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur.

Difahamkan kes akan disiasat mengikut Seksyen 28A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis akan melaksanakan operasi seumpama itu secara berterusan bagi membanteras aktiviti samseng jalanan yang mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya” ujarnya.

Imam Solat Tarawih dicekup merempit, berjubah buat aksi 'superman' atas jalan 3

Sumber: Kosmo! (Iskandar Shah Mohamed)


Imam Solat Tarawih dicekup merempit, berjubah buat aksi 'superman' atas jalan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list