Infotainment

Ini Sebab Mengapa WHO Isytihar Varian ‘Omicron’ Sebagai Sangat Berbahaya Pada Ketika Ini

Ini Sebab Mengapa WHO Isytihar Varian ‘Omicron’ Sebagai Sangat Berbahaya Pada Ketika Ini
Ini Sebab Mengapa WHO Isytihar Varian 'Omicron' Sebagai Sangat Berbahaya Pada Ketika Ini 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Semalam pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa wujudnya varian terbaharu COVID-19 yang dikenali sebagai B.1.1.529 mula menyerang beberapa buah negara luar seperti Afrika Selatan, Botswana dan juga Hong Kong.

Pihak KKM juga turut mengesahkan Malaysia masih bebas daripada varian tersebut. Sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah berkongsi beberapa langkah-langkah pencegahan serta kawalan sempadan yang lebih ketat bagi mengelakkan varian B.1.1.529 tular di negara ini.

Selang beberapa jam selepas itu, WHO telah mengisytiharkan varian terbaharu COVID-19 jenis B.1.1.529 yang ditemui pertama kali dikesan di Afrika selatan, sebagai varian yang membimbangkan (Variant of Concern/voc) dan menamakannya sebagai Omicron.

Klasifikasi itu meletakkan Omicron ke dalam kategori varian COVID-19 yang paling membimbangkan bersama-sama dengan Delta yang sedang dominan di seluruh dunia pada ketika ini berserta varian lain Alpha, Beta dan Gamma.

Majoriti negara-negara di seluruh dunia telah menyekat aktiviti penerbangan untuk memperlahankan penyebaran Omicron bermula hari Jumaat, semalam. Kesan kemunculan varian terbaharu itu telah menyebabkan pasaran saham dan harga minyak menjunam berikutan kebimbangan mengenai varian itu, sekaligus memberi tamparan hebat kepada pemulihan ekonomi global.

“Berdasarkan bukti yang dikemukakan, ia menunjukkan perubahan yang memudaratkan dalam epidemiologi COVID-19. WHO telah menetapkan B.1.1.529 sebagai varian yang membimbangkan (Variant of Concern/voc), bernama Omicron,” kata agensi kesihatan PBB dalam satu kenyataan rasmi.

WHO berkata ia mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk menyelesaikan kajian Omicron untuk melihat sama ada terdapat sebarang perubahan dalam kebolehjangkitan, keterukan atau implikasi terhadap vaksin, ujian dan rawatan COVID-19.

“Varian ini mempunyai sejumlah besar mutasi dan ada di antaranya sangat membimbangkan. Bukti awal menunjukkan Omicron mempunyai peningkatan risiko jangkitan semula berbanding VOC lain,” kata WHO, menunjukkan ciri-ciri yang membimbangkan.

Tambah WHO lagi, jumlah kes Omicron menunjukkan peningkatan di hampir semua wilayah di Afrika Selatan.

Maria Van Kerkhove, Ketua Teknikal WHO mengenai COVID-19, menggesa orang ramai untuk mengurangkan peluang daripada dijangkiti virus berbahaya tersebut.

“Kami faham bahawa orang ramai prihatin. Apa yang penting sekarang sebagai individu bertanggungjawab, anda perlu kurangkan peluang dari terjangkit kepada virus ini,” terangnya lagi.

Tambah Maria lagi, beliau menyeru orang ramai agak mempraktikkan penjarakkan sosial, memakai pelitup muka, elakkan berada di ruangan sesak, pastikan pengudaraan yang baik. Serta pastikan mengambil vaksin apabila tiba giliran.

Memetik laporan BBC, Ketua Penyakit Berjangkit dari Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci berkata walaupun laporan mengenai varian baharu itu menimbulkan kebimbingan satu dunia, namun beliau percaya ada kemungkinan vaksin masih berfungsi untuk mencegah virus berbahaya tersebut.

Sebelum ini Pfizer sudah mula menguji penawar COVID-19 dalam bentuk pil yang akan digunakan oleh orang ramai pada penghujung tahun ini. Baca lebih lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Ubat COVID-19 Berbentuk Pil Dari Pfizers Diuji Pada Manusia, Bakal Digunakan Pada Akhir Tahun Ini?

WHO Bakal Hasilkan Vaksin COVID-19 Generasi Baru, Boleh Disedut Melalui Hidung

 


Ini Sebab Mengapa WHO Isytihar Varian 'Omicron' Sebagai Sangat Berbahaya Pada Ketika Ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list