Artikel Terkini

Israel dibenar masuk ke Qatar ketika Piala Dunia

Israel dibenar masuk ke Qatar ketika Piala Dunia
Israel dibenar masuk ke Qatar ketika Piala Dunia 1

BAITULMAQDIS, 10 Zulkaedah 1443H, Jumaat – Israel pada Khamis mengumumkan peminat bola sepak negara itu akan dapat memasuki Qatar, tempat Piala Dunia FIFA akan diadakan pada akhir tahun ini, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Yair Lapid, Menteri Pertahanan Benny Gantz, dan Menteri Kebudayaan dan Sukan Chili Tropper, warga Israel yang memegang tiket Piala Dunia boleh memohon ID Peminat, yang boleh digunakan sebagai visa masuk ke Qatar semasa gala bola sepak berlangsung, meskipun pada hakikatnya dua negara itu belum menjalinkan hubungan diplomatik.

“Hari ini kami memperoleh satu lagi pencapaian politik yang memenuhi hati peminat,” kata Lapid, yang juga Perdana Menteri Giliran di Israel, sambil menambah bahawa kehadiran peminat Israel “membuka pintu kepada hubungan mesra baharu.”

“Qatar ialah sebuah negara berkepentingan antarabangsa, yang turut menyumbang kepada kestabilan rantau kita,” Gantz berkata.

“Saya berharap kunjungan Israel ke negara itu akan mengukuhkan hubungan mesra antara rakyat kedua-dua negara.”

Israel menghubungi Qatar untuk mengatur penerbangan terus menghubungkan Tel Aviv dan Doha, lapor laman sesawang berita Israel Hayom berbahasa Ibrani bulan lalu.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Israel dibenar masuk ke Qatar ketika Piala Dunia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list