Artikel Terkini

Israel kuat kuasa apartheid terhadap rakyat Palestin: Amnesty

Israel kuat kuasa apartheid terhadap rakyat Palestin: Amnesty
Israel kuat kuasa apartheid terhadap rakyat Palestin: Amnesty 1

LONDON, 30 Jamadilakhir 1443H, Rabu – Negara pengganas Israel sedang melaksanakan jenayah ‘apartheid’ terhadap rakyat Palestin dan mesti bertanggungjawab kerana menganggap mereka sebagai kumpulan kaum yang lebih rendah, kata Amnesty International.

Dalam laporan setebal 280 muka surat oleh kumpulan hak asasi terkemuka itu, ia memperincikan bagaimana pihak berkuasa Israel menguatkuasakan sistem penindasan dan penguasaan terhadap rakyat Palestin.

Siasatan itu menyenaraikan pelbagai penganiayaan Israel, termasuk rampasan meluas tanah dan harta Palestin, pembunuhan yang menyalahi undang-undang, pemindahan secara paksa, sekatan pergerakan drastik, penahanan pentadbiran dan penafian kewarganegaraan kepada rakyat Palestin.

Amnesty menyatakan bahawa penganiayaan yang dilakukan Israel itu sebagai komponen sistem yang sama dengan jenayah apartheid di bawah undang-undang antarabangsa.

Berikutan itu, kumpulan hak asasi manusia tersebut menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mempertimbangkan jenayah apartheid dalam siasatan semasa di wilayah Palestin yang diduduki dan meminta semua negara menggunakan bidang kuasa sejagat untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.

Laporan yang dikeluarkan itu mendapat pujian daripada rakyat Palestin.

Bagaimanapun, Israel menolak penemuan Amnesty. Malah, sebelum laporan itu dikeluarkan secara rasmi, Kementerian Luar Israel menggesa kumpulan itu menarik balik laporan tersebut.

Laporan itu turut disifatkan sebagai ‘palsu, berat sebelah, dan antisemitik.’

Menteri Luar Israel, Yair Lapid turut mendakwa, Amnesty memetik pembohongan yang disebarkan oleh organisasi pengganas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Israel kuat kuasa apartheid terhadap rakyat Palestin: Amnesty 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list