Artikel Terkini

Isteri masih tunggu pesanan teh ais, pemuda baru 2 hari nikah meninggal ‘accident’

Isteri masih tunggu pesanan teh ais, pemuda baru 2 hari nikah meninggal ‘accident’
Isteri masih tunggu pesanan teh ais, pemuda baru 2 hari nikah meninggal 'accident' 1

Hasrat seorang isteri yang mahu menjamah apam balik dan teh ais yang dipesan kepada suami tercinta bertukar pilu setelah lelaki itu terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia.

Menerusi laporan dari Harian Metro, ibu kepada allahyarham Muhammad Mustaqim Mustafa, 25, Zaiton Yusof, 57 yang kemalangan di Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu memaklumkan menantunya, Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman, 20 masih berada dalam keadaan trauma memandang mereka berdua baru dua hari bergelar suami isteri.

“Isterinya Sharifah Erin memesan teh ais dan apam balik sebelum arwah keluar menghantar ikan air tawar diusahakan ayahnya, Mustafa Ahmad, 50, di sebuah restoran di Kampung Surau Panjang, jam 12 tengah hari semalam.”
“Sharifah Erin atau lebih mesra dengan panggilan Erin sudah tahu suaminya meninggal dunia semalam, tetapi masih menunggu arwah pulang membawa pesanan,” katanya.

Isteri masih tunggu pesanan teh ais, pemuda baru 2 hari nikah meninggal 'accident' 2

Tambah Zaiton, Mustaqim telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar ikan air tawar di sebuah restoran kira-kira jam 1.10 tengah hari semalam.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala selepas motosikal dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Selain itu, wanita pertengahan usia itu juga memaklumkan yang menantunya sempat menatap kali terakhir wajah suaminya sebelum pengebumian dilakukan namun masih menanti pesanan teh ias dan apam balik dari allahyarham Mustaqim.

“Dia juga bersama kami dan adik beradik arwah menyiapkan juadah untuk majlis tahlil yang diadakan di masjid malam tadi.”
“Selepas selesai majlis tahlil, saya lihat Erin berada dalam keadaan gelisah dan masih setia menunggu suami yang baru dinikahinya pulang membawa minuman teh ais dan apam balik sehingga lewat malam,” jelasnya.

Isteri masih tunggu pesanan teh ais, pemuda baru 2 hari nikah meninggal 'accident' 3

Lebih menyedihkan, Erin beberapa kali menitipkan pesan kepada Zaiton supaya meminta Mustaqim menjemputnya dan membawa pesanan makanan tersebut sewaktu mahu bergerak pulang ke rumah keluarganya.

“Sebelum pulang ke rumah ahli keluarganya pagi ini, Erin beberapa kali berpesan supaya meminta Muhammad Mustaqim mengambilnya,” katanya.
Zaiton berkata, arwah anaknya juga tidak sempat menyiapkan rumahnya sendiri walaupun barangan pembinaan sudah dibeli.
“Arwah bercadang untuk berpindah ke rumah sendiri selepas selesai majlis sambutan menantu bulan depan,”  ujarnya lagi.

Isteri masih tunggu pesanan teh ais, pemuda baru 2 hari nikah meninggal 'accident' 4

Menjengah ke ruangan Facebook abang kepada allahyarham, mereka sekeluarga sempat mengadakan jamuan makan bagi meraikan pengantin baru dengan kehadiran saudara mara serta rakan-rakan.

Namun siapa sangka, keesokan harinya allahyarham Mustaqim terlibat dalam kemalangan dan meninggalkan mereka buat selamanya.

Sumber: Harian Metro (Baharom Bakar), Facebook Muhd Muhafizi


Isteri masih tunggu pesanan teh ais, pemuda baru 2 hari nikah meninggal 'accident' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list