Artikel Terkini

Isu kekurangan bekalan ubat: KKM ambil langkah penyelesaian sementara

Isu kekurangan bekalan ubat: KKM ambil langkah penyelesaian sementara
Isu kekurangan bekalan ubat: KKM ambil langkah penyelesaian sementara 1

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataan hari ini berkata, fasiliti kesihatan swasta boleh memohon pinjaman bekalan ubat-ubatan daripada fasiliti kesihatan swasta yang lain atau fasiliti kesihatan kerajaan yang terdekat.

“Fasiliti kesihatan kerajaan boleh menimbang untuk meminjamkan bekalan ubat-ubatan bagi kegunaan ketika kecemasan, krisis dan bencana dengan memastikan terlebih dahulu ketersediaan serta baki stok ubat-ubatan mencukupi untuk kegunaan aktiviti harian fasiliti kesihatan kerajaan tersebut,” katanya.

Khairy berkata, sekiranya perlu, pesakit boleh dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan terdekat untuk meneruskan rawatan, namun pesakit berkenaan mungkin memerlukan perubahan regimen ubat-ubatan berdasarkan ketersediaan di fasiliti kerajaan yang dirujuk.

Menurut Khairy, pesakit juga boleh membeli ubat-ubatan berkenaan daripada farmasi komuniti dengan preskripsi daripada klinik atau hospital swasta terbabit.

“KKM berharap langkah-langkah ini dapat memberi penyelesaian sementara terhadap isu kekurangan bekalan ubat-ubatan ke fasiliti kesihatan swasta agar kesinambungan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat dapat diteruskan,” katanya.

Khairy berkata, pada masa sama, pihak KKM juga telah memulakan perkongsian maklumat senarai ubat-ubatan yang mengalami gangguan dan cadangan produk alternatif bagi ubat-ubatan tersebut dengan pihak pengamal perubatan swasta, hospital swasta dan farmasi komuniti.

“Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Langkah ini dilakukan untuk mengurangkan impak kepada situasi semasa dan penggunaan secara optimum ubat-ubatan generik lain sebagai alternatif, yang masih mempunyai bekalan di pasaran.

“Penyelesaian jangka panjang sedang diusahakan KKM dalam menangani isu ini dan pemantauan berterusan dibuat untuk memastikan ketersediaan ubat-ubatan di seluruh Malaysia,” katanya.

Isu kekurangan bekalan ubat: KKM ambil langkah penyelesaian sementara 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list