Artikel Terkini

Johor cadang tubuh Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Banjir

Johor cadang tubuh Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Banjir
Johor cadang tubuh Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Banjir 1

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri hari ini mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Banjir yang akan dibarisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembentukan jawatankuasa yang akan dianggotai ADUN merentasi parti politik itu, sebagai menyahut peringatan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau berkata, menerusi titah baginda Khamis lepas, Sultan Ibrahim menggesa kepada semua bangsa Johor supaya membudayakan amalan mesra alam, menjaga kebersihan, dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Baginda juga berkenan mengingatkan semua supaya setiap pembangunan yang hendak dibuat di kawasan berbukit atau tanah tinggi mestilah mengekalkan bentuk.

“Untuk makluman Dewan yang mulia ini, peringatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkait rapat dengan misi kerajaan negeri Johor untuk mencari langkah yang efektif bagi menangani isu perubahan iklim ini.

“Oleh itu, mengikut Fasal 32(8) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Johor, kerajaan negeri akan mengemukakan satu rundingan penubuhan Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Banjir semasa sidang DUN ini, dan menjadi harapan saya agar rundingan ini akan disokong sebulat suara oleh ahli-ahli Yang Berhormat,” kata Onn Hafiz (BN-Machap).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Onn Hafiz menjawab soalan Liow Cai Tung (PH-Johor Jaya), Chiong Sen Sern (PH-Bukit Batu), Nor Rashidah Ramli (BN-Parit Raja) dan Chew Chong Sin (PH-Mengkibol) mengenai usaha dan pelan kerajaan negeri dalam kesiapsiagaan hadapi banjir serta peruntukan tambahan yang diberikan kepada agensi terlibat.

Berhubung soalan tambahan Liow mengenai jawatankuasa itu, beliau berkata penubuhannya sangat penting supaya Johor dapat memperhalusi rancangan yang telah diatur dan dirangka, memperbaiki serta belajar daripada negara yang pernah melalui bencana itu, selain turut mempunyai pelan yang komprehensif.

See also  Perwira Yang Terselamat Ketika Pertempuran Bukit Chandu

Selain itu, beliau juga menjelaskan mengenai peruntukan tambahan yang dimohon daripada kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.153 bilion bagi membaiki kerosakan susulan bencana itu.

Menurutnya, selain projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB), permohonan peruntukan adalah untuk membaiki jalan raya dan infrastruktur.

Antaranya, peruntukan RM168.64 juta menerusi Jabatan Kerja Raya bagi membaik pulih jalan, laluan jalan kaki, cerun dan lain-lain; RM35.676 juta menerusi pejabat daerah untuk baiki sekolah, longkang dan parit; selain RM904.772 juta menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran bagi projek RTB dan sistem saliran, baik pulih jambatan, tebing serta cerun.

Onn Hafiz berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Chew mengenai peruntukan tambahan yang dimohon untuk diberikan kepada agensi terlibat bagi membaiki kerosakan akibat banjir.

Terdahulu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Sultan Ibrahim serta keluarga diraja atas keprihatinan baginda sekeluarga yang berkenan menziarahi mangsa banjir selain membantu dari segi wang ringgit dan aset baginda.

Menteri Besar juga menzahirkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan negeri dan Persekutuan yang terlibat kerana kerja keras mereka membantu mangsa banjir selain peruntukan segera daripada kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan negeri Johor ingin merekodkan dalam Dewan yang mulia ini, ucapan simpati yang tidak terhingga kepada mangsa banjir. Namun, kita tidak pernah pejam mata atau berpeluk tubuh demi membantu semua mangsa banjir di Johor ini,” katanya.

Lebih 85,000 rakyat Johor di 10 daerah di negeri ini terjejas dalam bencana banjir yang bermula 28 Feb lepas. – BERNAMA

Johor cadang tubuh Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Banjir 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor

See also  Climate crisis is a health crisis, more so in Asia Pacific
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo