Infotainment

JPS pam keluar air ‘banjir termenung’

JPS pam keluar air ‘banjir termenung’
JPS pam keluar air ‘banjir termenung’ 1
JPS pam keluar air ‘banjir termenung’

JPS pam keluar air ‘banjir termenung’

BATU PAHAT: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri menggerakkan 30 unit pam bagi menangani segera isu banjir ‘termenung’ khususnya di daerah Batu Pahat.

Pegawai Daerah Batu Pahat, Nasri Md. Ali berkata, proses mengepam dilakukan bagi me­ngalirkan air dari tali air yang lebih tinggi ke sistem perparitan lebih rendah untuk melancarkan ali­rannya.

Menurutnya, kawasan yang terlibat dalam proses pengepaman bermula kelmarin ialah di pintu air Kuala Senggarang yang menggunakan enam unit pam, manakala empat pam digunakan di Kampung Parit Kumbang.

“Kampung lain yang turut dilakukan pengepaman ialah Kampung Parit Bintang, Parit Jambul dan Sri Menanti, masing-masing menggunakan dua pam.

“Kerja pengepaman turut dilakukan menggunakan sebuah pam di tali air di Kampung Parit Londang, Parit Lapis, Sungai Kajang, Parit Separap, Taman Botani di Sri Medan, Parit Sulong, Parit Sempadan dan pintu air di Parit Hylam,” katanya di sini semalam.

Menurut Nasri, paling banyak penggunaan pam adalah di Parit Jelutong yang memerlukan enam unit berikutan kawasan berkenaan agak terjejas berbanding kawasan lain.

Katanya, proses pengepaman dilakukan sehingga air banjir di kawasan berkenaan surut sebelum petugas beralih ke kawasan penempatan lain.

“Dijangka proses ini akan dapat diselesaikan dalam masa antara dua hingga tiga hari bergantung dengan keadaan air serta cuaca selain fenomena air pasang.

“Diharapkan langkah ini dapat membantu kawasan penempatan menyelesaikan masalah banjir termenung yang menjadi kebimbangan rakyat dan pihak kerajaan,” katanya. – UTUSAN

The post JPS pam keluar air ‘banjir termenung’ appeared first on Utusan Malaysia.

JPS pam keluar air ‘banjir termenung’ 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah

See also  Sos Pasta Segera Tak Elok Untuk Anak Kerap Sakit, Doktor Sarankan Sos Homemade, Lagi Sihat!
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo