Artikel Terkini

Kak KM beli banglo RM5 juta, tiada niat nak menunjuk -“Netizen tak suka, tutup IG”

Kak KM beli banglo RM5 juta, tiada niat nak menunjuk -“Netizen tak suka, tutup IG”
Kak KM beli banglo RM5 juta, tiada niat nak menunjuk -"Netizen tak suka, tutup IG" 1

Usahawan kontroversi, Liana Rosli atau biasa dipanggil Kak KM telah berkongsi momen bahagia apabila berjaya membeli sebuah rumah banglo bernilai RM5 juta.

Hal tersebut dimuat naik ke Instagram miliknya apabila berkongsi rakaman video dari ahli keluarga yang membuat kejutan kepadanya dengan menyerahkan kunci rumah ketika dia datang untuk meninjau banglo tersebut.

Walau bagaimanapun, masih ada netizen yang cuba meninggalkan komen negatif terhadapnya diatas kejayaan yang diperoleh dari usaha keras berniaga selama ini.

Oleh sebab itu, menerusi Mstar, Kak KM telah memberi tanggapan bahawa dia langsung tidak kisah dengan kata-kata tersebut kerana sangat bersyukur dengan apa yang diperolehi kini.

“Syukur dengan rezeki yang diberikan. Tuhan mendengar doa saya selama ini. Kalau sentiasa berbuat baik pasti ada rezeki.
“Kalau ada yang tak suka tengok perkongsian saya itu, tutup sahaja media sosial. Sejujurnya saya kongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mahu beri inspirasi supaya orang lain turut berusaha lebih kuat lagi untuk memiliki apa yang dihajati.
“Lihatlah dari sudut positif. Bersainglah secara sihat untuk capai sasaran sendiri, bukan hanya sekadar kecam dan cakap kosong sahaja,” katanya.

Kak KM beli banglo RM5 juta, tiada niat nak menunjuk -"Netizen tak suka, tutup IG" 2

Menurut anak kepada aktres Normah Damanhuri itu lagi, dia malas untuk ambil ‘pusing’ segala kecaman yang diterima dan sudah lali dengan semua tohmahan tersebut.

“Usahawan seperti saya ini memang selalu kena kecam. Tidak kisahlah apa orang hendak katakan, saya hanya lihat dari sudut positif. Semakin dikecam semakin ramai orang kenal produk saya.
“Sebenarnya orang yang selalu kecam inilah ada masalah cemburu. Apa salah sesekali ucap tahniah dengan kejayaan orang lain,” ujarnya.

Kak KM beli banglo RM5 juta, tiada niat nak menunjuk -"Netizen tak suka, tutup IG" 3

Sebenarnya, Kak KM menjelaskan bahawa urusan pembelian tanah dan banglo bernilai RM5 juta tersebut sudah dimulai sejak tahun lalu lagi.

Kunci rumah juga telah diterima semalam (Ahad) dan perancangan selanjutnya adalah ingin mengubahsuai dahulu kediaman terbabit dengan menruntuhkannya serta membina rumah yang baru sebelum menetap di situ.

“Saya nak runtuhkan rumah tersebut dan bina sebuah rumah baharu. Saya tak suka nak tinggal di tempat yang pernah didiami oleh orang lain sebelum ini.
“Perancangannya mahu bina rumah dua tingkat dan mesti ada kolam renang. Apa yang penting adalah selesa untuk kami sekeluarga tinggal,” jelasnya.

Kak KM beli banglo RM5 juta, tiada niat nak menunjuk -"Netizen tak suka, tutup IG" 4

Kak KM merupakan usahawan yang sering viral disebabkan beberapa konten video promosi jamu jualannya yang dikatakan agak ‘dewasa’.

Walau bagaimanapun, dia kerap kali mendapat pujian daripada pengikutnya di media sosial kerana dilihat sebagai seorang yang sangat mementingkan keluarga terutamanya ibu tersayang.

Sumber: Instagram lianarosli, Mstar (Farol Hadi)


Kak KM beli banglo RM5 juta, tiada niat nak menunjuk -"Netizen tak suka, tutup IG" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list