Artikel Terkini

Kalau Projek Ziarah Gereja untuk bukan Islam, kenapa iklan belum dipinda?

Kalau Projek Ziarah Gereja untuk bukan Islam, kenapa iklan belum dipinda?
Kalau Projek Ziarah Gereja untuk bukan Islam, kenapa iklan belum dipinda? 1

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mempersoalkan mengapa risalah dan iklan Projek Artikel 11 Jom Ziarah masih belum dipinda sekiranya program itu hanya dikhaskan kepada bukan Islam.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, semakan MAIS setakat ini mendapati risalah dan iklan yang diedarkan di media-media sosial dan elektronik masih tidak dipinda bagi menunjukkan program ini dikhaskan hanya untuk orang bukan Islam.

“MAIS mengambil maklum tentang kenyataan terbaru Y.B. Hannah Yeoh di Parlimen bahawa program ini yang pada asalnya terbuka kepada semua, kini telah ditukar dan dihadkan kepada para belia bukan Islam sahaja.

“Namun semakan pihak MAIS setakat ini mendapati bahawa risalah dan iklan yang telah diedarkan di media-media sosial dan elektronik masih tidak dipinda bagi menunjukkan program ini dikhaskan hanya untuk orang bukan Islam,” katanya.

Beliau merujuk kepada iklan dan risalah yang diedarkan melalui media sosial dan elektronik sejak beberapa hari lalu berkaitan dengan ‘Projek Artikel 11 Jom Ziarah’, program anjuran Impact Malaysia iaitu sebuah pertubuhan di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Abdul Aziz menegaskan, daripada penelitian kepada iklan dan risalah yang diedarkan ini, MAIS berpandangan program ini mempunyai unsur-unsur bagi menarik minat belia khususnya belia Islam untuk mempelajari atau menimba ilmu berkaitan dengan agama selain daripada agama Islam.

Jelasnya, program sebegini jika dibenarkan untuk dianjurkan boleh mempengaruhi pemikiran para belia Islam secara halus dan tanpa disedari untuk cenderung atau tertarik dengan agama selain dari agama Islam yang sedang dianuti oleh mereka.

Di Negeri Selangor, apa-apa program yang dibuat bagi tujuan memujuk atau mempengaruhi mana-mana orang Islam untuk cenderung kepada agama bukan Islam atau minat kepada
agama bukan Islam adalah dilarang sama sekali dan menjadi satu kesalahan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.
MAIS mengambil pendekatan berhati-hati demi memelihara akidah umat Islam di Negara ini.

See also  "Saya Dah Biasa Kerja & Aktif" Emma Terkilan Dituduh Tak Pantang Sehingga Jatuh Peranakan

Katanya, dalam menyantuni perbezaan bangsa, budaya dan agama dalam masyarakat majmuk di Malaysia, MAIS berpendirian bahawa kesefahaman, toleransi dan perpaduan masyarakat
sangat penting untuk memastikan keharmonian dan keamanan Malaysia.

Malah, Islam tidak melarang persahabatan dan toleransi dengan orang bukan Islam seperti yang dianjurkan dalam Surah Al-Mumtahanah, ayat 8:Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu dan tidak mengusirmu dari kampung halaman kamu…..”.

Tegas Abdul Aziz lagi, walaupun objektif program ini dikatakan untuk memberi pendedahan tentang sesuatu agama yang diamalkan di negara ini dan bagi menjalin perpaduan erat dalam kalangan para penganut pelbagai agama, namun program mempelajari agama lain selain Islam di mana-mana gereja atau rumah-rumah ibadat agama lain memerlukan kepada kawalan dan sekatan tertentu
untuk memastikan tiada elemen memujuk orang Islam untuk terpengaruh dan minat dengan agama lain selain Islam dan tiada juga penglibatan orang Islam dalam ritual agama lain.

“Kaedah fiqh telah menekankan bahawa “Menolak keburukan perlu didahulukan daripada mengambil kebaikan”, membawa maksud apa-apa aktiviti yang menggalakkan orang awam beragama Islam memasuki tempat ibadah orang bukan Islam secara terbuka untuk mempelajari agama bukan Islam lebih membawa kepada kesan negatif daripada kebaikan
menjaga akidah kepada umat Islam khususnya para belia Islam dan ia perlu ditolak dan disekat,” katanya.

Oleh itu, MAIS menyeru semua masyarakat agar menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan
Persekutuan.

Walaupun Fasal 11(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin hak tiap-tiap orang untuk menganuti dan mengamalkan agama masing-masing, namun ia masih tertakluk
kepada undang-undang yang digubal untuk mengawal dan menyekat pengembangan apaapa doktrin dan kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam sepertimana yang
dijelaskan dalam Fasal 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

See also  Makcik Kemboja menangis, sedih anak masih muda terpaksa 'terjerat' dalam kontroversi

Lantaran itu, MAIS menasihatkan kepada mana-mana penganjur sama ada daripada sektor awam, pertubuhan bukan kerajaan atau badan lain yang berhasrat mengadakan aktiviti dan program atas dasar perpaduan dan keharmonian agar perlu lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti umat Islam dan masyarakat di negara kita. – MalaysiaGazette

Kalau Projek Ziarah Gereja untuk bukan Islam, kenapa iklan belum dipinda? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo