Artikel Terkini

Kata putus harga tiket penerbangan musim perayaan dicapai

Kata putus harga tiket penerbangan musim perayaan dicapai
Kata putus harga tiket penerbangan musim perayaan dicapai 1

PUTRAJAYA, 16 Ramadan 1443H, Isnin – Kementerian Pengangkutan (MOT), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan tiga syarikat penerbangan – Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo – telah mencapai kata putus berhubung harga tiket penerbangan ketika musim perayaan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kata putus itu dicapai dalam mesyuarat kira-kira 72 jam sejak Khamis (14 April) dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Mereka telah ada kata putus dan saya berasa lega, kerana ia telah mencapai satu penyelesaian,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu, bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 di sini hari ini.

Isu harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak menjadi tajuk perbualan hangat, apabila harga yang dipaparkan pada laman web syarikat penerbangan dikatakan meningkat sehingga RM2,000 bagi penerbangan dua hala ke Sabah atau Sarawak, iaitu peningkatan kira-kira 566 peratus berbanding kebiasaan sekitar RM300 bagi perjalanan sama.

Satu tangkap layar juga tular menunjukkan harga tiket penerbangan ke Tawau, Sabah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Mei depan adalah pada RM3,208.96 bagi kelas ekonomi dan RM3,617.09 bagi kelas perniagaan.

Ketua Setiausaha MOT Datuk Isham Ishak dilaporkan berkata lebih 30 peratus harga tiket penerbangan telah diturunkan, susulan kesediaan MAVCOM untuk bertolak ansur menurunkan kadar harganya pada musim perayaan.

Wee berkata MOT sedia bekerjasama dengan semua pihak bagi mengatasi trend peningkatan harga tiket penerbangan yang dikatakan bukan hanya berlaku di Malaysia malah di tempat lain juga. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Kata putus harga tiket penerbangan musim perayaan dicapai 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list