Artikel Terkini

Ke Mana Hilangnya Ayam?

Ke Mana Hilangnya Ayam?
Ke Mana Hilangnya Ayam? 1

PERKARA pertama yang didengari sewaktu tiba di pasar pagi ialah jeritan peniaga dan pembeli yang keliru tentang ayam. Semakin hari jumlah ayam semakin berkurang. Ada anak kecil yang merajuk dengan ibunya berulang kali kerana tidak menggoreng ayam untuknya. Ada peniaga yang hilang sumber pendapatan kerana tidak boleh berniaga seperti biasa. Semuanya tentang ayam. Di televisyen setiap hari akan bercakap tentang kurangnya ayam. Ayam, ayam dan ayam lagi.

Tidak mengapa jika tiada ayam, kita masih banyak lagi sumber protein yang lain. Namun! Satu-persatu sumber makanan menghadapi krisis dari sayur semacam lada, bayam, kubis sehinggalah ke buah-buahan kerana faktor perubahan iklim. Tak cukup dengan itu daging juga mengambil tempat tak kiralah sama ada kambing atau lembu dan yang paling terbaru adalah ikan yang semua sedia maklum sebelum ini memang jumlah bekalannya terhad.

Nah, ketiadaan sumber bahan mentah diburukkan lagi dengan inflasi. Ani seorang pembeli yang selama ini membeli sayur seikat yang nilainya satu hingga ke dua ringgit bertukar menjadi empat ke lima ringgit. Ayam yang sebelum ini harganya lima ke enam ringgit bertukar menjadi puluhan ringgit. Bukan saja barang makanan barang-barang lain pun mahu mengikut sama. Termasuklah harga sabun, kenderaan, kediaman, pinjaman bank, buku semua berlumba-lumba mahu menaikkan harga. Kenaikan ketara ini disambut dengan jeritan “mana menteri!? Mana menteri!?”

Masyarakat tertanya-tanya apa fungsinya kenaikan gaji minimum sebanyak RM1500 itu? Naik baru tiga ratus tapi kesan bencananya menimpa-nimpa dan tidak padan dengan gaji. Malah masih ada syarikat yang belum pun mengimplementasikan dasar gaji minimum itu. Dua kali sengsara pekerjanya mahu hidup. Tapi tidak pula gaji CEO-CEO besar terjejas gajinya, berpuluh malah beratus ribu masih kekal dalam tangan mereka. Jadi apa sebenarnya yang terjadi?

Dasar Monopoli Syarikat Gergasi

Dalam sebuah buku yang judulnya “The World As It Is Dispatches on The Myth of Human Progress” catatan Chris Hedges ada menjelaskan tentang “Food is power and the powerful is posining us”. Jika diterjemah maksudnya lebih kurang begini “makanan adalah sumber kekuasaan, dan yang berkuasa sedang meracuni kita”. Dalam tulisannya itu Chris Hedges menjelaskan bahawa makanan yang beredar hari ini adalah atas dasar monopoli syarikat-syarikat gergasi:

“Our most potent political weapon is food. If we take back our agriculture, if we buy and raise produce locally, we can begin to break the grip of corporations that control a food system as fragile, unsafe, and destined for collapse as our financial system. If we continue to allow corporations to determine what we eat, as well as how food is harvested and distributed, then we will become captive to rising prices and shortages and increasingly dependent on cheap, mass-produced food filled with sugar and fat. Food, along with energy, will be the most pressing issue of our age. And if we do not build alternative food networks soon, the social and political ramifications of shortages and hunger will be devastating.”

Kelompok ini yang menentukan apa yang perlu ditanam, ke mana makanan harus disalurkan dan siapa yang akan mendapat manfaat darinya. Oleh itu menurut beliau perlunya mewujudkan pertanian lokal yang mandiri supaya dominasi dan monopoli ini dapat dipecahkan seterusnya rantai makanan dapat terjaga. Kelaparan dunia dapat dikurangkan dan kemanusiaan dapat ditegakkan. Tetapi memecahkan cara pandang neoliberal ini tidaklah mudah, selain berdepan dengan pemodal, syarikat besar, kartel dan mafia masyarakat juga harus berdepan dengan kepimpinan yang tidak kompeten malah berpihakkan.

 Kisah Penindasan Petani Dari Feudal Ke Kapitalis

Persoalan tentang ketertinggalan massa Melayu dari segenap segi termasuklah pertanian bukanlah baru. Disebabkan sejarah lama inilah yang menyebabkan massa Melayu senang untuk dikuasai dan dizalimi seperti yang berlaku hari ini. Kita lihat bagaimana catatan Munshi Abdullah dalam tulisannya berjudul Hikayat Pelayaran Abdullah yang menerangkan bagaimana massa Melayu di Terengganu berputus asa untuk berkerja ataupun menambahkan jumlah pertanian mereka kerana pada akhirnya tanah mereka akan dirampas oleh kelompok bangsawan feudal yang hanya mahukan keuntungan buat diri sendiri. Dalam catatannya Munshi menjelaskan:

“Bermula sahaya lihat hal orang2 dalam negeri itu miskin belaka, lagi dengan kelakuan malas dan lalai sa-panjang hari. Dan lagi kebanyakan pula anak raja2 dan hamba raja pada tiap2 kampong dan jalan, dan pakaian mereka itu tiada bagus, penoh dengan daki dan kotor badannya…Maka sahaya lihat hal tanah ayer mereka itu, terlalu-lah elok-nya akan bertanam dan memeliharakan binatang: akan menchari kehidupan, terlalu bagus. Maka jikalau kiranya tanah yang sa-elok itu dalam negeri lain, nischaya menjadi kaya semua orang, tiada yang miskin lagi. Syahdan, adalah sebab segala perkara ini jadi, sebab anaiya raja-nya dan tiada betul perintah-nya. Maka pecha-lah hati segala ra’yat. Maka ada-lah pada fikir mereka itu, baiklah aku miskin demikian, tiada susah; dapat pagi makan pagi; dapat petang makan petang. Dan kalau ada berharta atau berumah baik atau berladang dan kebun besar, nischaya di-charikan raja sa-suatu jalan, diambil-nya dan di-pinjamnya atau di-pintanya, Maka jikalau tiada di-beri, di-rampasnya; dan kalau melawan,habis sekalian anak buah di-bunoh-nya dan di-dendanya itu-lah sebab-nya negeri Terengganu itu tiada ramai.”

Sejak zaman feudal massa Melayu jarang diberikan kebebasan dan hak yang sepatutnya bagi seorang manusia disebabkan oleh kelalaian dan ketertinggalan dari segi pemikiran oleh elit-elitnya. Hal ini diteruskan pula semasa penjajahan dan lebih buruk lagi selepas mencapai kemerdekaan. Ekonomi kapitalisme mula mengambil tempat walaupun massa Melayu belum bersedia untuk menerima acuan ini. Diburukkan lagi apabila negara mengadopsi gaya ekonomi neoliberal secara rasminya pada tahun 1991 menerusi Pelan Induk Penswastaan. Penswastaan adalah salah bentuk penyerahan tugas-tugas syarikat awam kepada swasta. Hal ini telah menyebabkan penyerahan kuasa monopoli kepada kepentingan swasta yang akan menggunakannya untuk memaksimumkan keuntungan. Penswastaan kebiasaannya membebankan rakyat terutamanya jikalau bayaran dinaikkan bagi perkhidmatan yang diswastakan. Jelas, minat swasta hanya pada aktiviti syarikat yang boleh memberikan keuntungan dan potensi keuntungan. Yang tidak berpotensi atau memberikan keuntungan tidak akan diendahkan.

Contohnya pada Oktober 1990 menurut Prof Jomo Kwame Sundaram, Food Industries of Malaysia Bhd (FIMA) dan Peremba Sdn Bhd telah diswastakan melalui pembelian syarikat oleh majikan. Sebelum itu isu keselamatan makanan (food security) bergemencar apabila pengeluaran pertanian terutama di sektor tani, menerusi pekebun kecil dibatasi oleh saiz kebun yang kecil termasuk petani padi. Diburukkan lagi pinjaman sektor swasta untuk pertanian diberikan kepada estet dan bukan pekebun kecil, ataupun untuk penyewaan mesin pertanian yang berat. Keadaan ini telah memburukkan lagi dasar keselamatan makanan, malah neoliberal dengan sewenangnya mengambil kesempatan untuk memonopoli import bahan mentah. Bahkan ketika ini migrasi besar sedang berlangsung di mana industri berat mula mendapat perhatian berbanding pertanian.

Setelah dipijak-pijak oleh dasar neoliberalisme, bencana menimpa lagi ketika semua menganggap dasar ini akan meningkatkan lagi kecekapan dan pengurusan sumber sebenarnya mendorong kepada budaya rasuah, nepotisme dan kronisme melampau. Contoh utama yang dapat dilihat melalui kes NFC. National Feedlot Centre atas Pusat Fidlot Nasional (NFC atau PFN) yang dibangunkan lebih sedekad lalu di tanah berkeluasan 5,000 ekar (2,023.4 hektar) di Gemas, Negeri Sembilan. NFC adalah selaras usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menerusi Dasar Pengeluaran Daging Lembu Negara untuk meningkatkan populasi ternakan lembu kepada 1.3 juta ekor dan meningkatkan pengeluaran daging lembu daripada 18 peratus kepada 28 peratus kadar sara diri (SSL) dengan pengeluaran sebanyak 45,000 tan metrik daging pada tahun 2010. Akhirnya projek ini bergelumang dengan najis rasuah dan hari ini pelan ini tidak mendatangkan apa-apa manfaat dan kita semua sedang mengalami krisis makanan akibat masalah integriti pemimpin sendiri.

Peranan Elit Sebagai Penutup

Dari permulaan krisis sehingga ke hari ini dapat kita lihat bagaimana peranan elit begitu vital dalam menyelesaikan masalah massa. Dan ini tidak terjelma dalam negara kita. Kerana ketempangan elit, neoliberal dengan senang mengambil kesempatan dan mendominasi pasaran, akhirnya mereka yang menentukan naik turunnya pasaran, makanan yang perlu diagih dan pada siapa kepentingannya. Makanan adalah hak untuk semua manusia sepatutnya kita sudah merebut hak untuk mendapatkan kembali makanan yang bergizi, bukannya merebut siapa yang boleh mengikat hidung kita semua.


Ke Mana Hilangnya Ayam? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list