Artikel Terkini

Kekuatan mental bantu Tze Yong benam Axelsen

Kekuatan mental bantu Tze Yong benam Axelsen
Kekuatan mental bantu Tze Yong benam Axelsen 1

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong melakar kejutan terbesar pada Kejohanan Badminton Seluruh England (All England) selepas menyingkirkan pemain No.1 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen di pusingan kedua sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham, dia menampilkan aksi cukup mengagumkan apabila membenam juara dunia dua kali itu menerusi aksi tiga set 21-15, 9-21, 23-21 dalam tempoh lebih sejam.

Keputusan itu pastinya cukup bermakna buat pemain berusia 23 tahun tersebut memandangkan ini adalah penampilan pertamanya pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 berkenaan.

Kemenangan diraih Tze Yong itu nyata menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh apabila beliau menyatakan rasa bangga atas kejayaan yang dilakar pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 tersebut.

“Malaysia memiliki ‘giant killer’ dalam diri Ng Tze Yong pada malam ini. Tahniah kerana dapat menewaskan Axelsen. Kami sangat bangga dengan anda,” katanya menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook.

Pada perlawanan tersebut, Tze Yong yang turun sebagai pemain bukan pilihan bermula langkah kanan apabila mencatat kemenangan 21-15 di set pertama ke atas pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu.

Bagaimanapun, aksi serba tidak menjadi ditampilkan pemain kelahiran Johor itu di set kedua apabila membenarkan Axelsen bangkit dan mencatat kemenangan 21-9 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Memasuki set ketiga, kedua-dua pemain menampilkan permainan berkualiti tinggi, namun kekuatan mental dimiliki Tze Yong membolehkan dia menang 23-21, sekali gus layak ke pusingan suku akhir menentang pemain China, Li Shi Feng. – KOSMO! ONLINE


Kekuatan mental bantu Tze Yong benam Axelsen 1
kontraktor rumah
bina rumah

See also  Percutian Menarik Di Sabah, Lelaki Ini Jumpa Tempat Best Tersembunyi!
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo