Artikel Terkini

Kemarau Mendedahkan Kota Bersejarah Iraq Yang Tenggelam

Kemarau Mendedahkan Kota Bersejarah Iraq Yang Tenggelam
Kemarau Mendedahkan Kota Bersejarah Iraq Yang Tenggelam 1

Apa yang terjadi pada Iraq adalah satu musibah sangat besar. Negara ini sangat kaya dengan sejarah. Kalau bukan kerana semua kegilaan yang melanda, mungkin semua nilai sejarah Iraq disajikan untuk santapan ilmu. Tetapi malang seribu malang, perang telah mengakhiri keperluan Iraq untuk serabut pasal sejarah. Setiap hari cuma hidup, hidup dan hidup. Jadi mereka tidak tahu banyak benda tentang negara sendiri – terutamanya pasal kota prasejarah yang tenggelam di Sungai Tigris. Umumnya, Iraq menjadi sebahagian daripada Fertile Crescent, zon tanah amat subur yang membangunkan tamadun-tamadun hebat.

Fertile Crescent ini juga direzekikan bekalan air sangat banyak daripada Sungai Tigris dan Sungai Eufrat. Dua sungai besar ini melintasi Iraq sebelum melimpah ke Selat Parsi. Untuk perbincangan ini, kita fokus pada Sungai Tigris yang – tanpa disangka – menyembunyikan sesuatu selama ini. Tidak terlintas dalam fikiran saintis yang berdirinya sebuah bandar berhampiran dengan Tigris.

Sungai Tigris.

Namun tahun lalu, Iraq dilanda kemarau agak panjang. Cuaca sangat panas menurunkan paras air sungai di Tigris. Seinci demi seinci, parasnya turun – sampailah terdedah sebuah kota prasejarah berusia 3,400 tahun.

Kerajaan Mitanni Yang Jarang Didengari

Percaturan politik pada zaman dulu tidak sama untuk dibandingkan dengan hari ini. Malah kitaran setiap 1,000 tahun pun menunjukkan permainan penguasa yang berbeza. Sekitar tahun 1600 S.M., ada sebuah kerajaan membangun di bumi Iraq. Kerajaan ini Bernama Mitanni atau Hani-Rabbat, dengan rakyat yang bertutur dalam bahasa Hurrian, Akkadian dan Amorite. Kerajaan ini berputik daripada benih Empayar Assyria dan dalam masa sekejap, ia menjadi kuasa rantau. Datangnya daripada Assyria – terbubarnya pun kerana Assyria juga. Cakap dalam beberapa ayat memang nampak kerajaan biasa. Walau bagaimanapun, kerajaan ini hidup selama 340 tahun.

Peta Kerajaan Mitanni (Zunkir/CC BY-SA 3.0.).

Dalam tempoh 340 tahun inilah kerajaan Mitanni membina sebuah kota di utara Mesopotamia. Kota ini sekarang dipanggil Kemune, sebuah pusat bandar sangat penting dalam sempadan Mitanni (Rosa-Aquino, 2022). Kemune sebenarnya ditemui pada tahun 2018. Tetapi itu hanya satu bahagian sahaja – hanya tinggalan sebuah istana yang disangka tunggal. Turunnya paras Sungai Tigris mendedahkan sangkaan mereka salah. Ada istana; ada bandar. Dan saintis Jerman dan Kurdi mendapati Kemune adalah sebuah “kota penyeberangan”. Pada zaman dulu, kena ada sebuah kota untuk menguruskan penyeberangan sungai. Kota sebegini menjadi titik penting dalam peta Mesopotamia semasa zaman pemerintahan Mitanni.

Jatuhnya Titik Penyeberangan Antara Tebing

Saintis yang terlibat dalam penyelidikan ini adalah Dr. Hasan Ahmed dan Dr. Ivana Puljiz, dua sarjana hebat yang sangat arif tentang ekonomi, politik dan sejarah Kemune. Dan mereka sangat tahu punca kejatuhan Kemune, yang berlaku sekitar 1350 S.M. (Titolo, 2021). Pada zaman itu, ada sebuah gempa besar yang membelah bumi Mesopotamia. Habis runtuh benteng dan dinding kota Kemune yang tenggelam di sebalik air dan debu sebelum ditemui semula zaman ini.

Kemarau yang berlaku memberikan anugerah tidak terjangka untuk saintis. Mereka dengan cepat mengeluarkan lebih daripada 100 batu bersurat daripada zaman pemerintahan Kemune. Mereka berharap batu-batu bersurat ini akan ada kisah-kisah penting tentang macam mana kerajaan Mitanni berubah. Untuk melanjutkan tempoh penyelidikan, mereka mengupah ramai untuk bina parit supaya air dapat lalu tanpa menenggelamkan tinggalan Kemune.

Tinggalan Kemune (University of Tübingen/eScience Center/Kurdistan Archaeology Organization).

Namun itulah – parit takkan boleh menahan air di Tigris. Pembinaan ini ibaratkan sia-sia apabila Kemune kembali tenggelam selepas kemarau berakhir (Pester, 2022). Peluang yang ada sudah pergi buat masa ini. Mereka ada peluang sebenarnya untuk kaji pasal Kemune. Mereka cuba perlu kurangkan air dengan cara menggerakkan laluan antara empangan. Situ ada sebuah empangan iaitu Empangan Mosul. Cuma macam mana dengan rakyat Iraq? Tanpa air siapa pun takkan boleh hidup. Maka berbalik pada pembukaan rencana:

“Apa yang terjadi pada Iraq adalah satu musibah sangat besar. Negara ini sangat kaya dengan sejarah. Kalau bukan kerana semua kegilaan yang melanda, mungkin semua nilai sejarah Iraq disajikan untuk santapan ilmu. Tetapi malang seribu malang, perang telah mengakhiri keperluan Iraq untuk serabut pasal sejarah.”

RUJUKAN:

Pester, P. (2022, Jun 2). Ancient Bronze Age city reemerges from Iraq river after extreme drought. Live Science.

Rosa-Aquino, P. (2022, Jun 3). Iraq’s extreme drought reveals a 3,400-year-old city. Business Insider.

Titolo, A. (2021). Use of Time-Series NDWI to Monitor Emerging Archaeological Sites: Case Studies from Iraqi Artificial Reservoirs. Remote Sensing. 13 (4): 786.

Kemarau Mendedahkan Kota Bersejarah Iraq Yang Tenggelam 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list