Artikel Terkini

Kenapa Firaun Memiki Badan Seperti Wanita?

Kenapa Firaun Memiki Badan Seperti Wanita?
Kenapa Firaun Memiki Badan Seperti Wanita? 1
Follow our Telegram

Tengok tugu Akhenaten dan Tutankhamun boleh tahan hebat dan megah. Dua firaun tersebut sememangnya kelihatan gagah perkasa. Itulah rahsia agung Mesir Purba – kerajaan stabil, pengaruh besar, raja agung.

Tetapi selepas saintis membuat gambaran digital berdasarkan rangka mereka, satu dunia terlepas gelak kerana badan mereka seperti wanita (feminine body).

Bahagian dada melonjong bagaikan payu dara. Pinggul pula melebar pelik, serupa lemak untuk memudahkan kelahiran anak.

Kenapa Firaun Memiki Badan Seperti Wanita? 2
Ukiran ini nampak terlalu agung. Macam seorang raja gagah perkasa. Namun…

Kira kalau mereka ini hidup zaman sekarang, sudah pasti kena bahan teruk. Tidak cukup berpayu dara, kepala Akhenaten siap macam telur lagi.

Kenapa Firaun Memiki Badan Seperti Wanita? 3
Hakikatnya… ramping betul.
Kenapa Firaun Memiki Badan Seperti Wanita? 4
Close up Akhenaten. Celaka betul – kalau Hollywood, pelakonnya siap ada six pack.

Ciri-ciri fizikal ini terjadi kerana imbangan hormon dalam kerohanian seorang firaun. Ramai nampak seperti lelaki biasa, misalnya Ramesses II.

Ada yang menghadapi masalah imbangan oleh kerana mutasi dari segi genetik. Setiap lelaki dalam dunia ini mempunyai hormon kewanitaan (female hormones) iaitu estrogen.

Hormon ini sangat penting untuk lelaki untuk mengekalkan pertumbuhan syahwat (Jewell, 2019). Walau bagaimanapun, estrogen dalam kebanyakan lelaki sangatlah berkurangan… cukup untuk memenuhi keperluan kerohanian.

Dalam kes Akhenaten dan Tutankhamun, badan mereka menukarkan terlalu banyak hormon kelelakian (testosterone) menjadi estrogen (Dominguez, 2008). Saintis cuba mengenal pasti punca di sebalik kejadian ini.

Sindrom Froehlich asalnya menjadi teori untuk menjelaskan kerohanian Akhenaten.

Kenapa Firaun Memiki Badan Seperti Wanita? 5
Contoh lelaki bersindrom Frohlich.

Cuma sejarah Akhenaten tidak menepati ciri-ciri diagnosis ini. Kerana Sindrom Froehlich adalah masalah kesuburan, disebabkan buah zakar terlalu kecil.

Akhenaten mempunyai enam orang anak yang sah di sisi DNA. Maka saintis mempertimbang Sindrom Klinefelter pula, iaitu gangguan genetik yang menambah satu lagi kromosom X pada kerohanian sedia ada (XXY).

Sindrom ini pun tidak begitu tepat, atas kesan sama terhadap buah zakar. Kesian firaun – sudah mangkat pun orang peduli pasal telur baginda.

Nasib Genetik Yang Rosak

Fitrah kerohanian Akhenaten terjawab melalui penyelidikan Tutankhamun. Dua firaun ini dipisahkan zaman selama beberapa dekad sahaja.

Ada kemungkinan yang Tutankhamun adalah anak Akhenaten (Hawass, et al., 2010). Sepanjang jurang ini, para firaun mengamalkan perkahwinan sesama saudara.

Maksudnya, firaun berkahwin adik perempuan sendiri misalnya. Perkara ini mengundang padah terhadap kerohanian generasi terkemudian. Seandainya Akhenaten adalah bapa kepada Tutankhamun, legasi genetik mereka benar-benar terjejas.

Kenapa Firaun Memiki Badan Seperti Wanita? 6
Pengebumian Tutankhamun membayangkan seorang raja hebat.

Perkahwinan jenis ini terlalu kerap diamalkan. Rantaian genetiknya tidak terputus meskipun bapa Akhenaten tidak kahwin adik sendiri.

Terlalu kerap perkahwinan saudara diamalkan sampai rantaian genetik ini tidak terputus. Hasilnya, anak-anak lahir dengan kerosakan pada genetik sampai terjadi familial gynecomastia (dada melonjong).

Tutankhamun juga mengalami sindrom dada melonjong dan pinggul melebar. Masalahnya, Tutankhamun mendapat pakej-pakej lain seperti Sindrom Marfan, Sindrom Antley-Bixler, Epilepsi, Skoliosis, sumbing mulut, kaki tempang, tulang reput dan sebagainya.

Memang segala pakej melayakkan “firaun agung” ini digelar “a walking problem”.

Kenapa Firaun Memiki Badan Seperti Wanita? 7
Sebenar-benar Tutankhamun.

Macam-macam masalah Tutankhamun sampai mangkat dilempar (bukan mangkat dijulang) ketika berusia 18 tahun. Baginda menghidapi sejenis barah yang mewanitakan kerohaniannya (feminizing adrenal tumor).

Buah zakarnya pun terlalu kecil sampai menghasilkan estrogen (testicular feminization).

Namun pembaca jangan gelak – Tutankhamun dengan segala masalah dan mati muda ini pun sempat berkahwin, bukan macam kalian yang harap muka lawa tetapi tetap tidak laku.

RUJUKAN:

Dominguez, A. (2008, Mei 2). Why male pharaoh had feminine physique. NBC News.

Hawass, Z, et al. (2010). Ancestry and Pathology in King Tutankhamun’s Family. The Journal of the American Medical Association. 303 (7): 638-647.

Jewell, T. (2019, Oktober 22). Risk Factors of Having High or Low Estrogen Levels in Males. Healthline.

[ad_2]
Source
[vc_row][vc_column][vc_column_text woodmart_inline="no" text_larger="no"][sociallocker id="61266"]Kenapa Firaun Memiki Badan Seperti Wanita? 8[/sociallocker][/vc_column_text][/vc_column][/vc_row] kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list