Artikel Terkini

Kenapa Rakyat Negara Paling Gembira Di Dunia Minat Metal?

Kenapa Rakyat Negara Paling Gembira Di Dunia Minat Metal?
Kenapa Rakyat Negara Paling Gembira Di Dunia Minat Metal? 1

Metal merupakan muzik yang sangat kurang digemari oleh masyarakat kerana bunyinya begitu bingit. Ditambah lagi lirik lagu metal banyak bersifat penentangan, kritikan dan anti-establishment.

Namun apa peliknya, Finland yang menduduk ranking nombor 1 dalam Happiest Countries in the World 2022 terkenal dengan muzik metal.

Setiap pembelian buku di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Malah, muzik metal di Finland diterima oleh seluruh masyarakat Finland sehingga menjadi sangat arus perdana. Buktinya, lagu nasyid Finland turut menggunapakai genre metal dan dekat karaoke pun ramai yang melalak guna lagu metal.

Bukan itu sahaja, Era cawangan Finland turut memainkan begitu banyak lagu metal di radio. Antara band metal Finland yang popular adalah Children Of Bodom, Nightwish dan Lordi.

Persoalannya sekarang kenapa rakyat negara paling gembira di dunia minat metal? Mereka nak lawan pemerintah ke?

1. Iklim

Sejak dahulu lagi, Finland dikelilingi oleh cuaca yang agak ekstrem seperti terlampau sejuk dan mereka perlu bertahan untuk hidup.

Jadi apabila manusia dikeliling oleh cuaca yang ekstrem begitu lama, mereka tidak dapat melakukan rutin harian seperti biasa.

Hal ini akan membawa kepada tekanan.

Senang cerita, orang Finland menjadikan muzik metal sebagai cara terbaik untuk mereka melepaskan tekanan. Mungkin dengan muzik yang agak keras dan suara begitu serak mampu memberikan ketenangan kepada orang Finland.

2. Emosi

Orang Finland sebenarnya sangat susah nak ekspresikan emosi mereka secara langsung. Bermakna mereka tidak tahu bagai nak tunjukkan rasa marah, gembira, sedih dan sebagainya kepada orang lain.

Maka orang Finland menjadikan muzik metal sebagai tempat untuk mempamerkan emosi mereka. Tapi masalahnya sekarang, metal ini memang dikenali sebagai lagu yang berbentuk krtikan dan penentangan.

Namun bagi orang Finland terdapat juga sub genre metal seperti melodic death metal yang mampu menaikkan semangat mereka tatkala mendengar lagu tersebut.

3. Muzik Intelektual

Kebanyakkan orang Finland merupakan pembaca buku yang sangat tegar. Jadi muzik ringan yang banyak dipelopori oleh penyanyi-penyanyi pop sangat tidak digemari oleh orang Finland.

Bagi orang Finland, metal merupakan muzik yang sangat intelektual dan sesuai dengan pemikiran mereka. Ini kerana lagu dan lirik metal ini lebih banyak mengajak orang Finland untuk berfikir.

Jadi jangan terkejut jika ternampak budak nerd pegang buku di Finland layan metal sebab situasinya berbeza di Malaysia.

4. Masyarakat Industri

Bunyi yang agak binyit dalam muzik metal sebenarnya sudah sebati dengan orang Finland. Ini kerana suatu ketika dahulu, Finland merupakan negara yang terkenal dengan pembuatan kertas dan kejuruteraan mekanikal.

Kebanyakkan orang Finland pula bekerja di kilang dan mereka sudah lali dengan bunyi bising mesin.

Irama dan riff yang berat ini mengingatkan orang Finland kepada masa lalu mereka yang pernah masyarakat industri.

Jadi dengan mendengar lagu metal, ia akan mengembalikan nostalgia lama kepada orang Finland.

5. Self Of Belonging

Dibeberapa negara mungkin terdapat kelompok yang sukakan metal dan bencikan metal.

Tetapi di Finland, perkara itu tidak terjadi kerana metal adalah sebahagian daripada identiti mereka.

Bermakna orang Finland memiliki self of belonging yang sangat kuat dengan muzik metal.

Buktinya Finland boleh dikatakan sebagai antara negara yang menerima metal di pentas arus perdana.

Paling menarik lagi terdapat lebih 70 band metal bagi setiap 100,000 populasi orang Finland. Hal ini sekaligus menjadikan Finland sebagai negara paling metal di dunia.

Finland juga aktif menganjurkan festival metal yang dihadiri ribuan metalhead pada setiap tahun.

Mungkin di majlis perkahwinan orang Finland, kita dapat melihat mak cik-mak cik rewang berkaraoke lagu metal.

Setiap pembelian buku di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Kesimpulannya, penerimaan orang Finland terhadap muzik metal bukanlah bermakna mereka mahu melawan kerajaan. Tetapi muzik itu sangat sebati dengan mentaliti dan budaya mereka.

Berlainan pula dengan sebuah negara di Asia Tenggara.

Hampir setiap hari melalak ingin melawan kerajaan dan gemar claim sebagai orang paling tertindas dalam negara tetapi menikmati lagu balada seperti di bawah:

Dengarkanlah
Di sepanjang malam aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita bersama

RUJUKAN:

Curious Historian. (2019, Mac 22). Finland’s unlikely fascination with heavy metal. Dipetik daripada https://curioushistorian.com/finlands-unlikely-fascination-with-heavy-metal

Mahmudul Islam. (2019, September 22). Why Finns have an affinity with metal music. Finland Stories. Dipetik daripada https://medium.com/finland-stories/why-finns-have-an-affinity-with-metal-music-2425b0045716

Schafer, J. (2011, Disember 8). Metal as protest music. Invisible Oranges. Dipetik daripada https://www.invisibleoranges.com/metal-as-protest-music/

Weaver, J. (2015). Now trending globally: Finnish metal music. This Is Finland. https://finland.fi/arts-culture/now-trending-globally-finnish-metal-music/

Wood, J. (2017, Jun 8). A glimpse at Finland’s love affair with heavy metal. Culture Trip. Dipetik daripada https://theculturetrip.com/europe/finland/articles/a-glimpse-at-finlands-love-affair-with-heavy-metal/

Kenapa Rakyat Negara Paling Gembira Di Dunia Minat Metal? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list