Artikel Terkini

Kerajaan umum lima inisiatif perkasakan wanita

Kerajaan umum lima inisiatif perkasakan wanita
Kerajaan umum lima inisiatif perkasakan wanita 1

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan lima inisiatif pemerkasaan KASIH Wanita bagi memastikan wanita Malaysia terus diperkasa antaranya peruntukan RM1 juta menerusi Tabung KASIH Rahmah Wanita.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan Tabung KASIH Rahmah Wanita itu diwujudkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi membantu golongan wanita yang memerlukan bantuan dalam keadaan terdesak seperti mangsa keganasan rumah tangga.

“Ia juga bertujuan membantu mangsa keganasan rumah tangga yang diselamatkan dan wanita yang diabai oleh ahli keluarga sebelum dibantu oleh agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pusat
zakat.

“Dengan pelaksanaan ini juga diharapkan ia dapat menggalakkan lebih banyak pihak melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sekali gus lebih banyak program-program pemerkasaan wanita dapat ditambah baik,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 di Dewan Perdana Felda, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau turut melancarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program Advokasi Antigangguan Seksual bagi menggalakkan kesedaran tentang gangguan seksual di kalangan semua lapisan masyarakat.

“Modul Training for Trainers juga telah dibangunkan yang bertujuan melatih lebih ramai individu dalam advokasi anti gangguan seksual seterusnya memperluaskan kesedaran masyarakat tentang perkara ini,” ujarnya.

Selain itu, kerajaan turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta di bawah KPWKM bagi tujuan pengumpulan data, penyelidikan dan penerbitan serta program berkaitan dengan pemerkasaan wanita.

“Sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan yang telah dilaksanakan oleh KPWKM pada tahun 2023, antara isu dan cabaran yang dihadapi oleh wanita ialah wujudnya elemen diskriminasi, penetapan dasar dan amalan di peringkat organisasi dan sikap individu itu sendiri.

“Berdasarkan kajian ini juga, terdapat keperluan untuk mewujudkan sinergi antara semua pihak dalam menjayakan pemerkasaan wanita, ” katanya.

See also  PAS memang layak pimpin PN tapi terserah jawatankuasa bersama, kata mursyidul am

Dalam masa sama, Anwar turut menetapkan sasaran baharu untuk mencapai penyertaan 30 peratus wanita sebagai lembaga pengarah di semua syarikat tersenarai di Bursa Malaysia menjelang 2025.

Bagi memperkasakan hak dan menjaga kebajikan wanita serta nilai kekeluargaan masyarakat pula katanya, kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan i-Sayang, yang membolehkan suami memindahkan dua peratus caruman KWSP secara sukarela ke akaun KWSP isteri. – KOSMO! ONLINE


Kerajaan umum lima inisiatif perkasakan wanita 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo