Infotainment

Kesalahan seksual kanak-kanak di Kelantan membimbangkan-Ketua Hakim Negara

Kesalahan seksual kanak-kanak di Kelantan membimbangkan-Ketua Hakim Negara
Kesalahan seksual kanak-kanak di Kelantan membimbangkan-Ketua Hakim Negara 1

KOTA BHARU: Kesalahan seksual terhadap kanak-kanak di negeri ini disifatkan membimbangkan selepas 59 kes berkait dengan perkara itu telah didaftarkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, berkata, jumlah kes tersebut dilihat lebih tinggi berbanding jenayah seksual melibatkan golongan dewasa sebanyak 18 kes sahaja. 

“Dalam hal ini semua pihak hendaklah sentiasa cakna dalam memastikan hak dan kebajikan kanak-kanak yang merupakan golongan rentan sentiasa diberikan keutamaan.

“Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang menjadi mangsa ini perlu diberikan perlindungan sewajarnya,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini hari ini.

Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra berkenan mencemar duli untuk merasmikan majlis tersebut dengan diiringi Cik Puan Kelantan, Sofie Louise Johansson dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Turut hadir  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Tengku Maimun memberitahu, pihak mahkamah sentiasa memberikan keutamaan melibatkan kes jenayah seksual kanak-kanak menerusi pengendalian prosiding dalam mahkamah khas jenayah seksual untuk golongan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Tengku Maimun berkata, sepanjang tahun lau bermula Januari hingga Disember sebanyak 13,579 kes sivil dan kes jenayah telah didaftarkan di semua peringkat mahkamah di Kompleks Mahkamah Kota Bharu.

Katanya, daripada jumlah tersebut 6,412 kes jenayah melibatkan kesalahan berkaitan dadah telah didaftarkan.

“Untuk Mahkamah Tinggi, pendaftaran kes di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah sebanyak 72 kes. Mahkamah Sesyen pula, kes tangkapan bagi kesalahan berkaitan dadah berjumlah 254 kes.

“Sementara itu, Mahkamah Majistret pendaftaran kes berkaitan kesalahan dadah adalah sebanyak 3357 kes. Badan Kehakiman sentiasa komited untuk memastikan semua kes dilupuskan dengan efisien,” ujarnya.

See also  18 Tahun Kahwin Pilihan Keluarga, Suami Beri Alasan Poligami Baru Jumpa 'Cinta Sebenar'!

Tengku Maimun berkata, peranan Mahkamah untuk menangani mahupun mencegah kesalahan-kesalahan jenayah terutamanya kesalahan berkaitan dadah tidak mencukupi. 

Katanya,  semua pihak hendaklah bersatu hati dan memainkan peranan masing-masing demi membanteras isu ini kerana kesannya yang amat dahsyat sehinggakan boleh memusnahkan masa depan generasi muda selain melumpuhkan pembangunan fizikal serta rohani rakyat. –UTUSAN

 


Kesalahan seksual kanak-kanak di Kelantan membimbangkan-Ketua Hakim Negara 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo