Artikel Terkini

Kongres Ekonomi Bumiputera 2024: 7 cadangan untuk konvensyen ketujuh

Kongres Ekonomi Bumiputera 2024: 7 cadangan untuk konvensyen ketujuh
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024: 7 cadangan untuk konvensyen ketujuh 4

Kongres Ekonomi Bumiputera 2024: 7 cadangan untuk konvensyen ketujuh

Malaysia akan mengadakan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) dari 29 Februari hingga 2 Mac. Ia merupakan konvensyen ketujuh dalam siri konvensyen ad hoc tajaan kerajaan. Sejarah menunjukkan KEB ini pernah mengalami pasang surutnya pada masa lalu. Bagaimanapun, promosi bersemangat KEB2024 oleh pentadbiran Anwar Ibrahim menunjukkan ia mungkin lebih penting kali ini.

Konvensyen KEB yang pertama pada 1965, bersama dengan KEB kedua pada 1968, mendorong penubuhan institusi seperti Bank Bumiputera dan Mara (Majlis Amanah Rakyat), serta pengembangan lebih luas untuk dasar-dasar yang mengutamakan Bumiputera. Kedua KEB seterusnya diadakan pada 1980 dan 1992, semasa zaman penguasaan Umno di mana elit pemerintah menganggap agenda Bumiputera tidak memerlukan pengesahan yang konsisten. Mereka menganggap bahawa konfigurasi semula yang sekali-sekala akan memadai.

Setelah kejatuhan bersejarah Umno pada pilihan raya umum Mei 2018, Malaysia menyaksikan dua KEB berturut-turut yang tidak menarik perhatian ramai. Persembahannya pada September 2018 yang bertajuk Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara terlalu tergesa-gesa dan kelihatannya tidak mendapat sokongan daripada Perdana Menteri Mahathir Mohamad, dan mungkin dibayangi oleh euforia selepas pilihan raya. Sesi September 2020 yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu dan dirasmikan dan juga disahkan oleh pentadbiran Muhyiddin Yassin, secara umumnya memberi jaminan agenda tersebut akan diteruskan. Erti kata lain, semua KEB berinspirasikan politik; ada yang sebenarnya mempengaruhi dasar.

Dalam semangat ini, berikut merupakan tujuh cadangan untuk menggalakkan KEB ketujuh yang substantif dan membina.

Pertama, jelaskan sebab wujudnya dasar tersebut. Apabila disoal tentang sebab KEB perlu diadakan, penyokong yang paling lantang cenderung untuk mempertahankannya sebagai hak majoriti. Pendapat ini bukan sahaja gagal memberi pencerahan tetapi ia juga menyemarakkan polarisasi antara Bumiputera dan masyarakat-masyarakat yang lain. KEB2024 memberi peluang untuk menunjukkan bahawa dasar-dasar dalam lingkungannya melibatkan langkah-langkah khas untuk menggalakkan penyertaan dan keupayaan khususnya dalam pendidikan tinggi, pengurusan dan jawatan berkemahiran tinggi, serta memiliki dan mengendalikan perniagaan. Rakyat berhak diberikan pemahaman yang lebih jelas tentang dasar tersebut dan bagaimana ia sesuai dengan pelbagai dasar pemerkasaan berasaskan kumpulan, seperti Tekun yang menawarkan pinjaman perniagaan kecil untuk Bumiputera — dan untuk kaum India.

Kedua, mencadangkan matlamat penggerak baharu. Tumpuan utama KEB untuk membangunkan perusahaan yang dinamik, inovatif dan kompetitif berpunca daripada pengakuan atas kekurangan meruncing. Agenda Bumiputera tertumpu kepada 30% pemilikan ekuiti selama beberapa dekad. Ini menghalang kemajuan dalam tiga aspek: mengutamakan pemerolehan dan bukan produktiviti; mengehadkan pemilikan kepada ekuiti sambil mengecualikan pelbagai aset lain seperti tanah; dan mengekalkan perdebatan sengit tentang pengiraan pengagihan ekuiti mengikut etnik. Pemilikan ekuiti semakin terputus hubungan dengan keutamaan semasa — dan harus berhenti menjadi titik perhimpunan.

Ia akan lebih berkesan jika matlamat KEB didorong oleh sasaran seperti kuantiti dan kualiti perusahaan Bumiputera, dan perkembangan dalam syarikat peringkat sederhana. Dalam kalangan perusahaan Bumiputera, syarikat peringkat mikro, kecil, dan sederhana membentuk 88%, 11%, dan satu peratus daripada jumlah keseluruhan. Sebaliknya, dalam kalangan syarikat bukan Bumiputera, 69% diklasifikasikan sebagai mikro, 28% sebagai kecil, dan tiga peratus sebagai sederhana.

Ketiga, jangan mengabaikan pendidikan tinggi. Walaupun KEB akan menumpukan keusahawanan Bumiputera, kemajuan masyarakat bergantung secara kritikal kepada pemupukan ilmu dan kemahiran yang kekal melalui sistem pendidikan. Keberkesanan kolej dan universiti dalam mendekati para pelajar yang paling kurang bernasib baik, dan dalam menyampaikan pendidikan yang berkualiti, harus diberi penekanan yang sewajarnya.

Keempat, menjalankan penyelidikan yang berfokus dan teliti, terutamanya tentang pengalaman dekad yang lalu. Teraju, sebuah agensi di bawah Kementerian Ekonomi, diasaskan pada 2012 dan diberi mandat untuk menyelia Transformasi Ekonomi Bumiputera (BETR), telah melaksanakan beberapa program unik dan eksperimental yang mungkin akan menghasilkan pengajaran yang berharga. Hasilnya telah dilaporkan, tetapi hanya sedikit diketahui tentang prosesnya.

Salah satu pencapaian BETR yang telah dipuji ialah skim “carve out and compete” untuk projek mega yang memperuntukkan sebahagian kontrak untuk syarikat-syarikat Bumiputera. Pada nilai muka, istilah ini memberi bayangan bahawa pembidaan kompetitif adalah ramuan kejayaan — tetapi ini kesimpulan yang salah. Penyelidikan saya tentang proses pemerolehan Transit Aliran Massa (MRT) di Kuala Lumpur mendapati program pembangunan kontraktor Bumiputera, terutamanya untuk kontraktor kecil, lebih tepat digambarkan sebagai “select and nurture”. Pengurus projek menapis pemohon dan memberikan kontrak melalui proses pengundian. Yang penting, kontraktor utama dan institusi kewangan Bumiputera PKS, PUNB, memberikan bimbingan dan sokongan.

See also  Hilang enam insan tersayang, syarikat 'sponsor' Abdul Rahman tunai umrah

Inisiatif-inisiatif Teraju, seperti projek Teras yang melantikan syarikat “berprestasi tinggi” untuk diberi keutamaan dalam perolehan awam, atau geran Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) untuk usahawan muda, belum dikaji dengan secukupnya. Teraju masih merupakan agensi yang penting dari segi pembangunan Bumiputera dan beroperasi secara lebih dinamik berbanding dengan agensi sejawatnya yang lebih tua, dan berada dalam kedudukan yang baik untuk menyumbang ilmu kepada penggubalan dasar.

Kelima, mengamalkan pengajaran kepada seluruh sistem. Program-program Bumiputera dilaksanakan oleh rangkaian jabatan dan agensi kerajaan yang besar di peringkat persekutuan dan negeri. Hasil kajian dari dekad yang lalu boleh memberi gambaran tentang seluruh rangkaian. Ini termasuk pengajaran tentang pelatihan perniagaan kecil, dan juga tentang menyasarkan Bumiputera yang kurang bernasib baik untuk memupuk bakat mereka. Contoh yang baik ialah inisiatif dinamik Yayasan Peneraju yang menaja latihan ikhtisas, teknikal, dan kepakaran.

Keenam, memupuk keterangkuman di kalangan masyarakat Bumiputera dan seluruh masyarakat. Golongan “Bumiputera” merangkumi 70% penduduk dan merupakan golongan yang berstrata dan berbagai-bagai. Secara konsisten, kerajaan menunjukkan keutamaan terhadap Bumiputera yang berpendapatan rendah, Orang Asli di Semenanjung Malaysia, dan juga Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang kurang mendapat faedah berbanding dengan Bumiputera Melayu. KEB2024 harus bertekad untuk menunaikan janji-janji tersebut dengan tegas.

KEB2024 juga boleh mula mempertimbangkan untuk membuka program yang sebelum ini eksklusif kepada Bumiputera, kepada kumpulan lain atau memperkenalkan program-program selari untuk semua rakyat Malaysia. Ini permintaan yang sukar, tetapi mungkin agensi yang muda dan cekap seperti Yayasan Peneraju boleh mengetuai usaha untuk menunjukkan kemungkinan perubahan tersebut. Ini harapan yang adil memandangkan komitmen ekonomi Madani terhadap memastikan kesaksamaan peluang untuk semua.

Ketujuh, memantau kemajuan dengan berwaspada, dan menuntut hasil. Seperti biasa dalam pelan tindakan di Malaysia, mekanisme pelaksanaan serta pihak penyelaras akan ditubuhkan. Namun begitu, keharusan untuk mengekalkan usaha gigih tidak boleh dilebih-lebihkan, terutamanya bagi dasar-dasar Bumiputera yang menanggung beban sejarah dan urusan yang belum selesai.

Kongres Ekonomi Bumiputera yang ketujuh ini boleh dikatakan meneruskan sebuah projek besar yang membangkitkan campuran emosi seperti antisipasi dan kegelisahan. Ia diharapkan bahawa tujuh cadangan di atas dapat membantu kerajaan perpaduan mencapai keseimbangan yang arif.

 

Lee Hwok Aun adalah felo penyelidik kanan di ISEAS- Institut Yusof Ishak (Kajian Asia Tenggara).

Rencana ini diterjemahkan oleh Afra Alatas daripada versi asalnya, “Bumiputera Economic Congress 2024: Seven Suggestions for the Seventh Convention”.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Kongres Ekonomi Bumiputera 2024: 7 cadangan untuk konvensyen ketujuh 4
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

Kontraktor Bina Rumah IBS

LPPSA Kelayakan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Rumah Kontena Pinjaman LPPSA Rumah Pasang Siap Kontena Murah Rumah Kabin Buat Rumah Atas Tanah Sendiri Pinjamana Perumahan Kerajaan Loan LPPSA Untuk Beli Rumah Kelayakan LPPSA Rumah Kontena Pasang Siap Rumah Pasang Siap Malaysia Rumah IBS Malaysia Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor LPPSA Loan Kontraktor Rumah Kontraktor Rumah IBS Kontraktor Rumah IBS Di Selangor Kontraktor Bina Rumah di Batang Kali‎ Kontraktor Bina Rumah di Klang‎ Kontraktor Bina Rumah di 16 Sierra, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Ampang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Ara Damansara Kontraktor Bina Rumah di Balakong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Bangi Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Klang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Selayang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Botanic Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong 1, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong 2, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Tinggi Kontraktor Bina Rumah di Bandar Country Homes Kontraktor Bina Rumah di Bandar D’Alpinia, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Kinrara BK 1 Sehingga 6, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Mahkota Cheras Kontraktor Bina Rumah di Bandar Nusa Rhu Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puchong Utama, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puteri Puchong, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Putra Permai Kontraktor Bina Rumah di Bandar Rasa Kontraktor Bina Rumah di Bandar Rinching Kontraktor Bina Rumah di Bandar Saujana Utama Kontraktor Bina Rumah di Bandar Seri Putra Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sungai Buaya Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sungai Long Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sunway Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Bandar Tasik Kesuma Kontraktor Bina Rumah di Bandar Teknologi Kajang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Teluk Datok Kontraktor Bina Rumah di Bandar UtamaKontraktor Bina Rumah di Banting Kontraktor Bina Rumah di Batang Kali Kontraktor Bina Rumah di Batu 9 Cheras Kontraktor Bina Rumah di Batu Arang Kontraktor Bina Rumah di Bernam Jaya Kontraktor Bina Rumah di Bukit Antarabangsa Kontraktor Bina Rumah di Bukit Beruntung Kontraktor Bina Rumah di Bukit Gasing Kontraktor Bina Rumah di Bukit Komanwel Kontraktor Bina Rumah di Bukit Lanjan Kontraktor Bina Rumah di Bukit Raja Kontraktor Bina Rumah di Bukit RimauKontraktor Bina Rumah di Bukit Sentosa Kontraktor Bina Rumah di Bukit Tagar Kontraktor Bina Rumah di Bukit Tampoi Kontraktor Bina Rumah di Country Heights Kontraktor Bina Rumah di Damansara Damai Kontraktor Bina Rumah di Damansara Intan Kontraktor Bina Rumah di Damansara Jaya Kontraktor Bina Rumah di Damansara Perdana Kontraktor Bina Rumah di Damansara Utama Kontraktor Bina Rumah di Denai Alam Kontraktor Bina Rumah di Dengkil Kontraktor Bina Rumah di Dusun Tua Kontraktor Bina Rumah di Gombak SetiaKontraktor Bina Rumah di I-City Kontraktor Bina Rumah di Kajang Kontraktor Bina Rumah di Kalumpang Kontraktor Bina Rumah di Kampung Jenderam Hilir Kontraktor Bina Rumah di Kampung Kubu Gajah Dalam Kontraktor Bina Rumah di Kelana Jaya Kontraktor Bina Rumah di Kinrara Kontraktor Bina Rumah di Klang Kontraktor Bina Rumah di Kota Damansara Kontraktor Bina Rumah di Kuala Kubu Bharu Kontraktor Bina Rumah di Kuang Kontraktor Bina Rumah di Kwasa Damansara Kontraktor Bina Rumah di Lembah Beringin Kontraktor Bina Rumah di Mutiara Damansara Kontraktor Bina Rumah di Pandan Indah Kontraktor Bina Rumah di Pelabuhan Klang Kontraktor Bina Rumah di Pinggiran Cyberjaya Kontraktor Bina Rumah di Puchong, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puteri Bangi Kontraktor Bina Rumah di Rawang, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Sungai Rinching Kontraktor Bina Rumah di Sabak, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Sekinchan Kontraktor Bina Rumah di Selayang Kontraktor Bina Rumah di Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Serendah Kontraktor Bina Rumah di Seri Kembangan Kontraktor Bina Rumah di Subang Bestari Kontraktor Bina Rumah di Subang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Taman Tasik Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Tanjung Sepat Kontraktor Bina Rumah di Teluk Datok Kontraktor Bina Rumah di Teluk Panglima Garang Kontraktor Bina Rumah di Tropicana Kontraktor Bina Rumah di UEP Subang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Ulu Yam Kontraktor Bina Rumah di Gombak Kontraktor Bina Rumah di Hulu Langat Kontraktor Bina Rumah di Hulu Selangor Kontraktor Bina Rumah di Kuala Langat Kontraktor Bina Rumah di Kuala Selangor Kontraktor Bina Rumah di Petaling Jaya Kontraktor Bina Rumah di Sabak Bernam Kontraktor Bina Rumah di Sepang Kontraktor Bina Rumah di Selangor Kontraktor Bina Rumah di Kuala Lumpur Kontraktor Bina Rumah di Shah Alam Kontraktor Bina Rumah di Kapar Kontraktor Bina Rumah di Meru Kontraktor Bina Rumah di Puncak Alam Kontraktor Rumah Bina Rumah Pinjaman LPPSA Pengeluaran Kwsp Spesifikasi Rumah Rumah IBS Pelan Rumah Rekabentuk Rumah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kontraktor Rumah Selangor Rumah Banglo Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Syarat Bina Rumah Atas Tanah Sendiri LPPSA Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sarawak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kerajaan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sabah Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Johor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Terengganu Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Perak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sarawak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri MelakaBina Rumah Atas Tanah Sendiri Negeri Sembilan Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Syarat Bina Rumah Atas Tanah Sendiri LPPSA Loan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Permohonan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Skim Bina Rumah Atas Tanah Sendiri 2021 Pakej Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelebihan Bina Rumah Atas Tanah SendiriBina Rumah Bawah 100k Kelantan Bina Rumah Sendiri Kos Bina Rumah 2022 Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Pengalaman Buat Loan Untuk Bina Rumah Bina Rumah Murah Kontraktor Bina Rumah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Bajet 50k Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor Bina Rumah Sendiri Tanpa Kontraktor Bina Rumah Bajet 30k Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Bajet 10k Bina Rumah Bajet 50k Selangor Bina Rumah SendiriBantuan Bina Rumah Atas Tanah SendiriKos Bina Rumah 2022Kos Bina Rumah 20×30 Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah SendiriPengalaman Buat Loan Untuk Bina Rumah Kalkulator Bina Rumah Sendiri Pengeluaran Kwsp Untuk Bina Rumah Loan LPPSA Untuk Bina Rumah Kos Bina Rumah Bajet Kos Bina Rumah Kampung Bina Ayat Rumah Tangga Binatang Di Dinding Rumah Pinjaman LPPSA Beli Tanah Pinjaman LPPSA Ubahsuai Rumah Pinjaman LPPSA Beli Rumah Pinjaman LPPSA Bina Rumah Pinjaman LPPSA Untuk Beli Tanah Pinjaman LPPSA Untuk Bina Rumah Pinjaman LPPSA Beli Tanah Pertanian Pinjaman LPPSA Jenis 5 Pinjaman LPPSA Atau Bank Semak Baki Pinjaman LPPSA Semakan Baki Pinjaman LPPSA Semak Baki Pinjaman LPPSA Sms Jenis Pinjaman LPPSA Syarat Pinjaman LPPSA Kelayakan Pinjaman LPPSA Jadual Kelayakan Pinjaman LPPSA Tuntutan Pindah Rumah Pinjaman LPPSA Syarat Pinjaman LPPSA Bina Rumah Borang Tuntutan Pindah Rumah Pinjaman LPPSA Pinjaman Perumahan LPPSA Pinjaman Ubahsuai Rumah LPPSA Pinjaman Kedua LPPSA Pinjaman Kedua LPPSA Untuk Ubahsuai Rumah Pinjaman Perumahan LPPSA Vs Bank Pinjaman Bank Ke LPPSA Pinjaman Bersama LPPSA Pengiraan Kos Bina Rumah Sendiri Cara Jimat Buat Rumah Sendiri Bina Rumah Sendiri Tanpa Kontraktor Pengalaman Bina Rumah Sendiri Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sabah Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kerajaan Kos Bina Rumah 20×30 Kos Bina Rumah Paling Murah 2022 Harga Upah Tukang Rumah 2022 Kos Bina Rumah Kampung Kos Bina Rumah Bajet Anggaran Kos Bina Rumah 3 Bilik Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kalkulator Bina Rumah Sendiri Rate Loan Rumah Kelayakan Loan Rumah Pinjaman Perumahan Public Bank Interest Bank Loan Rumah 2023 Interest Loan Rumah 2023 Berapa Lama Bank Proses Loan Rumah Cara Kira Interest Loan Rumah Bank Loan Rumah Terbaik Interest Bank Loan Rumah Public Bank Loan Rumah Affin Bank Loan Rumah Letter Offer Bank Loan Rumah Rhb Bank Loan Rumah Calculator Hong Leong Bank Loan Rumah Mbsb Bank Loan Rumah Rhb Bank Loan Rumah Cimb Bank Loan Rumah Agrobank Loan Rumah Bank Mana Senang Lulus Loan Rumah Bank Rakyat Loan Rumah Bank Islam Loan Rumah Bank Terbaik Untuk Loan Rumah Bank Call Untuk Pengesahan Loan Rumah Bank Muamalat Loan Rumah Bank Yang Mudah Lulus Loan Rumah Bank Akan Call Untuk Loan Rumah Bank Mbsb Loan Rumah Bank Islam Loan Rumah Contact Number LPPSA

See also  "Terima Kasih Untuk Doa" Izara Aishah Selamat Bersalin, Timang Bayi Perempuan Kedua!

See also  Gamer Playstation Jadi Pelumba Kereta Gran Turismo