Artikel Terkini

Konvensyen parti-parti Kerajaan Perpaduan bakal diadakan

Konvensyen parti-parti Kerajaan Perpaduan bakal diadakan
Konvensyen parti-parti Kerajaan Perpaduan bakal diadakan 1

PETALING JAYA – Satu konvensyen yang melibatkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan dalam usaha membentuk hala tuju yang sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia juga bertujuan untuk memastikan semua parti mempunyai pemikiran dan dasar yang selaras.

“Bagaimanapun, rundingan antara Sekretariat Kerajaan Perpaduan dan ketua-ketua parti akan diadakan bagi menentukan masa sesuai untuk dilaksanakan,” katanya ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat kedua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, di Menara Dato Onn, di sini, malam ini.

Namun katanya, tumpuan utama mesyuarat tersebut adalah tentang sasaran untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara.

“Kita nak beri keyakinan supaya pelaburan dan kegiatan ekonomi lebih rancak berbanding yang lepas bagi menambah keyakinan pihak luar untuk melabur,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengulas tentang Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Perkara tersebut masih dalam proses perbincangan.

“Perkembangannya bagus, tetapi kami tidak berbincang secara terperinci dan jawatankuasa yang mewakili parti-parti terlibat akan terus berbincang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE


Konvensyen parti-parti Kerajaan Perpaduan bakal diadakan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  Bila Bulan Berwarna Biru - The Patriots