Artikel Terkini

Kos Sara Hidup Naik Dan Turun Ke Jalan Raya

Kos Sara Hidup Naik Dan Turun Ke Jalan Raya
Kos Sara Hidup Naik Dan Turun Ke Jalan Raya 1

DIBERITAKAN kos sara hidup kini naik mendadak dan ianya berlaku di seluruh dunia.

Di United Kingdom, ribuan pemprotes turun ke jalan raya bagi membantah kenaikan kos sara hidup yang dibebankan dengan ketiadaan kenaikan gaji bagi menyaingi kadar inflasi. Kongres Kesatuan Sekerja (TUC) yang merupakan gabungan kesatuan sekerja di United Kingdom mendakwa  pekerja di UK kehilangan sekitar GBP12,000 pendapatan sebenar kesan inflasi yang mendadadak. Protes yang dijalankan juga telah menghimpunkan penyokong dari Parti Buruh, aktivis alam sekitar dan komunis. Inflasi di UK mencecah 9% pada bulan April lalu dan adalah tertinggi dalam tempoh 40 tahun dengan harga makanan dijangka naik sekitar 15% musim panas ini.

Di Belgium pula, sekitar 80,000 turun ke jalan raya bagi membantah kenaikan gaji yang dikatakan tidak dapat menyaingi kadar inflasi. Inflasi di Belgium mencapai kadar tertinggi sejak 1982 iaitu 8.97% pada bulan Mei. Walaupun di Belgium kenaikan gaji dikadarkan dengan inflasi, para pekerja berpendapat ianya tidak mencukupi. Pemprotes mengibarkan kain rentang dengan tulisan “hidup terlalu mahal, kami mahukan gaji lebih tinggi”. Pakar ekonomi meramalkan di hujung musim panas ini isi rumah purata di Belgium bakal berdepan kenaikan kos sara hidup antara EUR500 hingga EUR600.

Di benua Amerika Selatan pula, rakyat Ecuador masih meneruskan protes mereka membantah kenaikan harga minyak yang memberi kesan kepada kenaikan kos sara hidup. Gabungan Warga Orang Asal Ecuador (CONAIE) telah mengerahkan masyarakat orang asal Ecuador turun ke jalan raya mendesak President Guillermo Lasso untuk meletak jawatan. CONAIE digeruni pemerintah kerana penglibatannya menggulingkan tiga presiden negara itu antara tahun 1997 hingga 2005. Gabungan itu mendesak agar kerajaan mengenakan kawalan harga makanan dan komitmen untuk merundingkan pinjaman bank melibatkan 4 juta keluarga miskin negara itu.

Situasi yang serupa juga berlaku di banyak negara lain. Di Jerman, pekerja pelabuhan di Hamburg turun ke jalan raya mendesak campur tangan kerajaan bagi mengekang ‘raksasa inflasi’. Inflasi negara itu mencecah 7.9% pada Mei, juga yang tertinggi sejak Jerman bergabung kembali pada tahun 1990. Di Ireland, kadar kemiskinan melonjak ke paras 19% berikutan kenaikan harga bahan api, makanan dan rumah. Inflasi naik ke kadar 7.8% pada Mei, tertinggi di negara itu dalam tempoh 38 tahun memaksa organisasi Rakyat Ireland Membantah Harga Minyak turun ke jalan raya dengan pemandu trak mengadakan sekatan jalan.

India pula mencatatkan inflasi melebihi 7% dan walaupun kerajaan memberikan gandum dan beras secara percuma kepada keluarga miskin, harga barangan makanan lain terus mencatatkan peningkatan harga hingga ada yang mencecah 56% kenaikan. Demonstrasi dianjurkan di Kolkata membantah kenaikan harga bahan api hingga ada rakyat yang mengadu mereka tidak punya wang yang cukup bagi mengisi petrol ke dalam skuter untuk pergi bekerja.

Rantau konflik Palestin dan Israel juga tidak terlepas. Palestin yang mencatatkan kadar kemiskinan tinggi sehingga 31.3%, kenaikan minimal harga makanan telah memberikan kesan besar hingga para petani terpaksa menjual kambing. Protes ke atas Perdana Menteri, Mohammad Shtayyeh berlaku di bandar Tebing Barat, Hebron. Israel juga menyaksikan protes besar-besaran di Tel Aviv dan Beersheba membantah kenaikan inflasi, harga makanan dan harga rumah.

Di seluruh dunia kenaikan kos sara hidup sedang berlaku dan pada masa sama rakyat memilih untuk turun ke jalan raya bagi mendesak campur tangan kerajaan.

Bagaimana pula di negara kita, Malaysia?

Kerajaan dalam usaha menjelaskan kenaikan kos sara hidup acap kali mengulang bahawa ianya isu global yang melanda seluruh dunia.

Benar. Kenaikan kos sara hidup kini adalah isu global. Ia adalah sesuatu yang boleh kita jangka akan berlaku pasca pandemik apabila kehidupan mula kembali normal tetapi pada masa yang sama tiada sumber yang cukup untuk memenuhi keperluan semua.

Tetapi dalam kerap mengulangi bahawa kos sara hidup naik adalah berlaku di seluruh dunia, yang tidak mahu disebut oleh kerajaan adalah tindakan turun ke jalan raya yang juga sedang berlaku di seluruh dunia.

Sebaliknya, rakyat disajikan dengan jaminan bahawa kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk menangani kenaikan kos sara hidup. Jaminan ini akhirnya datang dalam bentuk penarikan subsidi dan kawalan harga siling yang kini diganti dengan bantuan tambahan RM100 setiap keluarga dan RM50 setiap individu bujang. Tepuk dada tanya selera, adakah bantuan tambahan ini cukup bagi menampung kos sara hidup kita semua?

Realitinya, semua ini tidak akan berlaku jika kerajaan yang ada hari ini telah benar-benar bersedia untuk mengharungi waktu pasca pandemik. Sayangnya, ruang dan peluang yang ada digunakan ketika pandemik tempoh hari untuk merebut kuasa serta membeli sokongan politik. Sejak dari Langkah Sheraton kita melihat bagaimana kancah politik negara terus bergolak dengan dua kali pertukaran Perdana Menteri, tiga pilihan raya negeri yang sebenarnya tidak perlu dan rombakan dan penyusunan pangkat atau jawatan yang sudah tidak terkira jumlahnya.

Wang dan masa yang sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat menangani krisis kos sara hidup habis dibazirkan di jalan yang tidak sepatutnya.

Maka apakah pilihan yang kita ada?

Benar seperti kerap diulang kerajaan, kos sara hidup naik berlaku di seluruh dunia. Maka benarlah juga jika pilihan yang kita ada adalah untuk turun ke jalan raya seperti yang berlaku di seluruh dunia sekarang.


Kos Sara Hidup Naik Dan Turun Ke Jalan Raya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list