Artikel Terkini

Kota Suci London

Kota Suci London
Kota Suci London 1

BARU-baru ini saya bersungkai dengan seorang rakan lama yang sudah tidak saya temui selama lebih dua dekad. Rakan ini terbang membawa diri selepas alam persekolahan ke United Kingdom dan menetap di London. Apa yang dirajuknya saya tidak tahu. Selama itu juga, rakan saya ini tidak mahu pulang-pulang ke kampung halaman. Pada ketika hari raya pun beliau keras hati tidak kembali menjenguk tanah air, apatah lagi tatkala Pilihan Raya Umum ke-14 tempoh hari. Meskipun beliau punya media sosial, ia jarang-jarang sekali dikemaskini. Di Instagram beliau, foto-foto yang ada sedikit sekali. Bahkan tiada menggambarkan apa-apa keghairahan dalam hidup. Beliau juga ada di Facebook tetapi interaksi di situ menghampakan.

Pendek kata, rakan saya itu memilih kesenyapan dari keriuhan.

Saat kami menghadap makanan ketika berbuka, rakan saya itu memberitahu betapa dia kini rasa kehilangan setelah dua puluh tahun lebih di kota suci London. Mengapa tiba-tiba sahaja rasa kehilangan itu muncul?

Untuk manusia yang jiwanya tertawan, B40 rasa T20 persis beliau, London adalah segala-galanya. Watak rakan saya ini boleh dilihat pada ramai umat Melayu sedia ada. London adalah tanah berlinang cahaya, magnet penguat harapan dan simbol kejayaan. Biar papa asal bergaya. Hiruk pikuk dan tawaf demi IG di pusat kota London, saei ulang alik hadapan Houses of Parliament, atau foto cumbu di menara jam ‘Big Ben’ dan Westminster Abbey; derai tawa penuh pura di tebing batu Sungai Thames River, dan lompat girang di London Eye; semua memberikan kepuasan kepada ramai Melayu.

Kisah-kisah kejayaan Melayu di tanah air yang kemudian berhijrah ke bumi Inggeris, lantas lelaki kita terpaut kepada wanita kulit pucat halia di London, atau perempuan yang memilih untuk membumi dipaut akar lelaki mat saleh yang merengkuh mereka seutuhnya; itu semua menjadi perlambangan kehidupan yang penuh unggul dan jaya.

Jadi bila rakan lama saya itu duduk memandang potongan lemang dan rendang tanpa terusik, dengan air mata bergenangan menanti terburai; saya menjadi kaget sekali.

Renungan kosong rakan saya itu membawa saya kepada salah sebuah novel Abdul Razak Gurnah, ‘Admiring Silence’ (1996). Sehingga hari ini, Gurnah menghasilkan 10 buah novel, dan salah sebuahnya yang berjudul Paradise dicalonkan Hadiah Booker tahun 1994. Ketika Gurnah diumumkan sebagai  penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2021 namanya kurang dikenali. Bahkan ada yang menganggapnya pilihan Nobel yang tidak cukup Afrika. Karya-karya Gurnah selalu menyuguhkan kesan-kesan kolonialisme dan nasib pelarian Afrika. Trauma oleh migrasi terhadap budaya sering menjadi subjek tumpuan dalam tulisan Gurnah, dengan sorotan yang lebih terhadap timur Afrika. Gurnah, lahir di Zanzibar pada tahun 1948, berhijrah ke Britain pada tahun 1960. Karya-karya beliau digarap dalam bahasa Inggeris yang luar biasa bagus. Ini tidaklah menghairankan kerana Abdul Razak Gurnah merupakan pesara profesor kesusasteraan pasca kolonial di Universiti Kent, Canterbury.

blank

Novel ‘Admiring Silence’ yang saya sebutkan lebih awal mengisahkan seorang lelaki Afrika yang melanjutkan pengajiannya di Britain, terlanjur menyukai atau menyembah United Kingdom (yang mana tandas di kampung halamannya tersumbat) dan bersekududukan dengan seorang wanita Inggeris T20, bernama Emma. Perkenalan itu terjadi di Costmary Grill di Jalan Primrose. Hasil pergaulan haram itu, mereka beroleh seorang anak perempuan. Meskipun sering dipersendakan oleh ‘bapa mertuanya’ Mr Willoughby, watak Aku ini masih serasa bermaruah. Mungkin kerana dia mempunyai pasangan orang putih, Emma yang agak mempertahankan. Pun setelah hampir dua dekad tidak pulang ke Afrika, watak Aku dalam ‘Admiring Silence’ pulang ke tanah halamannya selama tiga minggu. Di situlah kejutan demi kejutan berlaku. Si protagonis mulai mengenal siapakah dirinya, bertanyakan letak duduk sebagai seorang anak tinggal. Kemudian merengsa oleh keadaan politik di negara asalnya yang demokrasi serupa tiada demokrasi. Juga kerimasan oleh mencanaknya pengaruh Wahhabi. Semua yang dialami di negeri sendiri ternyata menggelisahkan, termasuklah tandas yang sering tersumbat itu. Tiga minggu terasa ibarat tiga tahun, yang membuatkan watak ini meronta ingin pulang ke rumahnya; iaitu London. Padanya rumah yang sebenar setelah 20 tahun adalah London. Bahkan London adalah kota suci. Dengan kecaman dan kebencian ibunya, dia pulang ke London setelah akhirnya terpaksa mengaku sudah meniduri seorang wanita kulit putih dan punya anak remaja. Kepulangan ke London itu membawa kepada babak lain di mana rasa kehilangan yang dia alami di tanah air sendiri itu akhirnya ikut dialami di London pula.

Apabila rakan lama saya itu memberitahu rasa cemasnya melihat pengaruh Wahhabi yang sedang menebar di negeri asalnya Trengganu, saya memang dengan gesit menghubungkan perasaannya dengan watak Aku dari novel ‘Admiring Silence’ ini. Dalam novel tersebut, Razak Gurnah memperlihatkan rasa terganggu yang serupa:

‘I walked alongside him for a few steps, picking up my story where the muadhin had broken into it, when my stepfather said without looking towards me, Go and say your prayers.

He said this harshly, with something like disdain. I should have expected it. He was, after all, a Wahhabi, those lovers of the unadorned word of God, zealots of the Sunna, the muwahhidun.

The original Wahhabis were the fundamentalists of fundamentalists, and could proudly take their place among the fanatical crazies of any religion. They banned music, dancing, poetry, silk, gold and jewellery, and probably a few other little pleasures which it would not become their holinesses to mention aloud. They abhorred begging and the veneration of holy men. If their greatest historical act of vandalism was to destroy the tomb of Imam Hussein, the Prophet’s grandson, at Kerbala, their most persistent persecution has been reserved for septics and philosophers, for the Sufi orders. Some of their modern ikhwan have doubts about whether God would have sanctioned the telephone or television let alone rockets to the moon (Abdul Razak Gurnah 1996: 135-136).’

Dalam perenggan di atas, Razak memperlihatkan bagaimana watak Aku menemui kejutan di tanah airnya apabila Islam jalur keras sudah mulai mendapat tempat dan merubah lanskap keagamaan. Dan dalam kutipan di atas beliau memperihalkan tanggapan beliau terhadap Islam ekstrim iaitu faham Wahhabi yang mewarnai negara asalnya.

Akan tetapi bukan sahaja Wahhabi yang menjadikan rakan lama saya itu tiba-tiba jijik dengan Malaysia, dan meronta-ronta mengenai London; yang lebih cela ialah sikap acuh tidak acuh rakyat negara ini terhadap ‘rasuah’ dan korupsi.

Ini mengingatkan saya kepada satu episod dalam ‘Admiring Silence’ di mana watak Aku ini dilamar untuk menetap di negara asalnya untuk menguruskan sebuah projek yang akan didanai sebuah negara Scandinavia, yang mana tanpa segan silu boleh diatur-atur untuk diserahkan kepada individu tertentu:

‘We’re setting up a translation project, Amur Malik said, leaning forward and resting his elbows on the desk, the dynamic ideas man in action now taking on the gravitas of the patron with a job up his sleeve. His voice, which had in it a quality of genial clarity, now took on a husky timbre, a secretive, confiding intensity.

We’ve put in a bid to a Scandinavian cultural foundation and expect their agreement to come through any time now. They’ve helped us in the past, and they are usually very generous. They’ll fund the whole thing: staff, equipment, publication, marketing. There’ll probably be a couple of trips to Copenhagen as well, to coordinate the details. I’d like you to be part of that project?

Amur Malik glanced at Akbar and gave him a radiant smile, mischievously revelling in the bounty of his patronage. This, I imagined him saying to Akbar, is what it means to be a Permanent.

Secretary to a Minister. To be able to hand out such luscious prizes to the deserving of your choice (Abdul Razak Gurnah 1996: 152).’

Akan tetapi saya percaya untuk teman lama saya itu, wajah murungnya bukanlah sangat kerana ramainya Wahhabi di Malaysia, atau semaraknya korupsi di negeri asalnya. Kalau dia pulang ke London, masalah yang kita tanggung akan kita tanggung sendiri. Dia sudah ada kehidupan sempurna di UK.

Mungkin, dalam hati kecilnya ada sedikit rasa terkilan akan hal konservatisme dan korupsi ini. Pun, itu bukan soal utama. Kerana jika dua perkara itu betul membuncah dalam kotak fikirnya, tentu dia akan membuat keputusan untuk pulang membetulkan keadaan lama dahulu. Dia malah bukan seorang ‘fighter’.

Untuk manusia yang jiwanya tertawan, B40 rasa T20 persis beliau, London adalah segala-galanya. Dia tentu ingin pulang. Dan pulang yang dimaksudkan ialah bukan pulang ke Teluk Pasu, Trengganu tetapi pulang ke London, dalam pangkuan pasangannya.

Ketika itulah saya lekas menerka, seperti mana watak Aku dalam ‘Admiring Silence’ bahawa mungkinkah rakan lama saya ini nampak begitu kacau sekali, bukan kerana sedihkan keadaan negara ini. Akan tetapi mungkinkah dukanya itu kerana cintanya kini dikhianati? Persis watak Aku dalam novel Abdul Razak Gurnah tersebut. Yang mana sebaik ia tiba di London, Emma memberitahunya bahawa ketiadaan Aku selama tiga minggu itu telah membawanya kepada jalinan perhubungan yang lain. Bahawa kehangatan cinta dengan Aku sudah berakhir begitu sahaja.

Tatkala itulah Aku merasai kehilangan sebuah rumah, sebuah ‘home’ dan pulangnya ke London tidak lagi serasa pulang tetapi sebaliknya serasa pengkhianatan. Oleh watak Aku itu kecurangan Emma amat memamah jiwa raganya sehingga dia menyumpah Emma;

‘At the end of the week she left. May God block her anus with clotted blood (Abdul Razak Gurnah 1996: 211).’

Mujur saya diasuh sastera tinggi maka apabila saya menebak dengan yakin akan gagau rakan lama saya itu dengan mengatakan, ‘Mi, boy friend orang putih kau dikebas orang?’

Dia mengangkat wajahnya dengan air muka berubah keruh, persis watak Aku dalam ‘Admiring Silence’ itu, seraya mengatakan; ‘May God block his anus with clotted blood.’

Untuk sesetengah orang, saya memang tahu. London adalah segala-galanya. London adalah kota dambaan dalam diam untuk sekian ramai Melayu. Ramai Melayu B40 rasa T20 di sana. Kelahiran Felda tetapi lupa daratan di London. Maklumlah, sudah kerja keras dan menabung sejak kecil.

Di London, kota suci itu memberikan khayalan-khayalan dan mimpi baharu.


Kota Suci London 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list