Artikel Terkini

Kucing Dipasangkan Roket – Taktik Pelik Perang Abad Ke-16

Kucing Dipasangkan Roket – Taktik Pelik Perang Abad Ke-16
Kucing Dipasangkan Roket - Taktik Pelik Perang Abad Ke-16 1

Zaman Pertengahan dianggap satu zaman pelik bagi orang Barat. Daripada tabiat kebersihan yang tidak memuaskan sehinggalah amalan pelik dalam pelbagai perkara termasuk keagamaan dan perubatan, ramai pasti menggaru kepala. Di medan perang pula, idea pelik seperti roket kucing dicanang sebagai senjata peperangan!

Idea sebegini sudahlah pelik tetapi tidak berperikemanusiaan. Tetapi bagi pakar artileri Jerman, Franz Helm, ia dianggap munasabah. Ini kerana dalam kepalanya, ia boleh membantu pihak yang menyerang atau mengepung memusnahkan sesebuah bandar atau istana.

Gambaran roket kucing dalam manuskrip Franz Helm yang bertajuk Buch von den probierten Künsten.

Helm bukan sebarang orang. Beliau pernah berkhidmat bersama beberapa kerajaan dan figura yang menentang usaha perluasan kuasa Turki Uthmaniyah di Eropah. Helm pernah berkhidmat di bawah panji Charles V (Empayar Rom Suci dan Austria) dan tiga orang duke iaitu Albert V, Louis X dan William IV (Duchy of Bavaria).

Setiap pembelian buku The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Beliau juga turut menulis panduan peperangan yang bertajuk Buch von den probierten Künsten. Panduan berkenaan taktik pengepungan ini hanya diterbitkan pada 1625 tetapi ia sudah lama diketahui oleh ramai orang ketika itu. Kebanyakan taktik yang disentuh membabitkan penggunaan meriam dan bahan letupan termasuk yang aneh seperti roket kucing.

Kulit muka hadapan manuskrip Buch von den probierten Künsten.

Resepi untuk roket kucing mudah. Pertama, hasilkan karung kecil persis anak panah api. Kedua, dapatkan seekor kucing dari istana atau bandar yang mahu ditakluk. Ketiga, ikat karung pada si kucing dan sediakan api kecil pada karung sebelum melepaskan kucing ke kawasan sasaran. Si kucing akan berlari ke mana-mana tempat tersorok yang boleh dicarinya termasuk tempat mudah terbakar seperti kandang jerami.

Tanpa si kucing sedar, ia membantu pihak penyerang membakar bandar atau istana sasaran mereka.Tetapi ia boleh saja memakan diri sekiranya si kucing berlari ke arah pihak penyerang dan melakukan kemusnahan terhadap mereka.

Setiap pembelian buku The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Bagi Pengarah Perkhidmatan Penyelidikan dan Koleksi Khas, Universiti Pennsylvania, Mitch Fraas, idea sebegini bersifat pendek akal, Beliau percaya ia tidak pernah digunakan dalam peperangan dan jika ada sekalipun, ia pastinya akan memakan diri.

Tetapi Helm bukan orang pertama yang menggunakan kombinasi api dan haiwan untuk memusnahkan pihak lawan. Di China, Dinasti Song menggunakan lembu yang dibakar sebagai cara memusnahkan jambatan. Sementara Olga of Kiev pula menggunakan burung-burung yang diikat dengan bara api sebagai cara memusnahkan sebuah perkampungan pada abad ke-10.

RUJUKAN

Fitzgerald, C. (2021, 1 September). 16th Century Rocket Cats: Brilliant Warfare Tactic Or Terrible Idea?. War History Online.

Kucing Dipasangkan Roket - Taktik Pelik Perang Abad Ke-16 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list