Artikel Terkini

LHDN kesan 31,598 entiti belum isytihar pendapatan

LHDN kesan 31,598 entiti belum isytihar pendapatan
LHDN kesan 31,598 entiti belum isytihar pendapatan 1

BANGI, 14 Zulkaedah 1443H, Selasa – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenalpasti 31,598 entiti terdiri daripada individu, perniagaan, syarikat dan lain-lain yang belum mengisytiharkan pendapatan mereka.

Entiti berkenaan yang membabitkan hampir 24,000 individu berjaya dikenal pasti berdasarkan pemilikan harta dan keupayaan mereka untuk mendapatkan pinjaman serta sekuriti bernilai RM500,000 dan ke atas.

“Kehilangan cukai oleh kerajaan dianggarkan sebanyak RM665 juta.

“Jumlah tersebut adalah angka yang besar dan boleh memberi kesan buruk kepada kestabilan ekonomi negara jika tidak ditangani segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, LHDN menasihatkan 31,598 entiti terbabit, khususnya 23,751 individu untuk hadir secara sukarela di cawangan LHDN terdekat bagi mendaftarkan fail cukai pendapatan dan mengisytiharkan pendapatan mereka.

“Kesemua individu akan diberi tempoh penangguhan selama sebulan dari 15 Jun hingga 15 Julai,” katanya.

Bagaimanapun, LHDN berkata, selepas tempoh itu tamat, pihaknya akan menjalankan siasatan sivil dan jenayah serta menguatkuasakan audit cukai terhadap mereka yang gagal memfailkan borang pengisytiharan cukai.

“Siasatan jenayah akan menyebabkan pertuduhan difailkan di mahkamah di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana mengelak cukai,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

LHDN kesan 31,598 entiti belum isytihar pendapatan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list