Artikel Terkini

Liverpool ‘makan besar’ belasah Man. United

Liverpool ‘makan besar’ belasah Man. United
Liverpool 'makan besar' belasah Man. United 1

LIVERPOOL – Maruah juara Piala Liga Inggeris, Manchester United bagaikan dirobek apabila dibelasah Liverpool 7-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, sebentar tadi.

Walaupun sedang dihimpit masalah prestasi tidak menentu, Liverpool seakan ‘masuk hantu’ pada babak kedua dengan menghasilkan enam jaringan yang menyaksikan Cody Gakpo, Darwin Nunez dan Mohamed Salah masing-masing meledak dua gol.

Kedua-dua pasukan memulakan aksi dengan seimbang dan sebaik perlawanan melepasi 18 minit, Liverpool dihidangkan beberapa peluang terbaik namun kesempatan itu gagal disudahkan oleh Nunez dan Andrew Robertson.

Seterusnya, giliran Man. United menguji benteng tuan rumah dan minit ke-42, gawang Liverpool akhirnya bocor namun pengadil perlawanan, Andy Madley membatalkan jaringan itu selepas terlebih dahulu mengesan Casemiro berada di kedudukan offside.

Selang seminit selepas itu, ketenangan Gakpo dengan memperdaya Raphael Varane menghadirkan keceriaan buat penyokong tuan rumah apabila meledak gol pembukaan perlawanan untuk mengesahkan 45 minit pertama menjadi milik The Reds.

Liverpool makin selesa apabila memperoleh dua gol pantas menerusi Nunez pada minit ke-47 dan selang empat minit selepas itu, gerakan menarik Mohamed Salah membuka ruang buat Gakpo sekali lagi merobek gawang Man. United dengan melakukan ‘cip’ untuk menewaskan David de Gea buat kali ketiga.

Walaupun Red Devils terus mencuba untuk mencari gol, Liverpool seakan ‘dirasuk’ selepas menambah dua lagi gol menerusi Salah pada minit ke-66 dan jaringan kelima daripada Nunez, minit ke-75.

Minit ke-83, Salah menambah gol keenam sebelum pemain gantian, Roberto Firmino melengkapkan hari paling gemilang buat Liverpool dengan meledak jaringan ketujuh pada minit ke-88.

Keputusan itu mengekalkan rekod baik The Reds ketika menentang Man. United di Anfield, kekal tanpa kalah dalam enam aksi terakhir dengan empat kemenangan dan dua seri.

See also  Adakah Bayi Dalam Kandungan Diwajibkan Untuk Dibayarkan Zakat Fitrah Untuknya? Ini Penjelasan Mufti

Sepanjang tempoh itu juga, Red Devils hanya mampu menghasilkan satu jaringan ketika tewas 3-1 kepada The Reds pada 17 Disember 2018. – KOSMO! ONLINE.


Liverpool 'makan besar' belasah Man. United 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo