Artikel Terkini

“Maaf, kami terpaksa rahsiakan penyakit Kak Dib…”- Ani Maiyuni

“Maaf, kami terpaksa rahsiakan penyakit Kak Dib…”- Ani Maiyuni
"Maaf, kami terpaksa rahsiakan penyakit Kak Dib..."- Ani Maiyuni 1

Sebentar tadi, ramai dikejutkan dengan berita pemergian selebriti serba-boleh, Adibah Noor kerana menghidapi kanser ovari tahap empat.

Kebanyakkan daripada kita tidak pernah mengetahui allahyarhamah sebenarnya sudah lama menghidapi kanser tersebut.

Terbaru, salah seorang rakan artis, Ani Maiyuni memohon maaf kepada semua orang kerana terpaksa merahsiakan penyakit yang dihadapi oleh pelatun lagu Terlalu Istimewa itu.

“Maaf kami terpaksa rahsiakan sebab sebelum ini.

“Kak Dib (Adibah) ada beritahu saya dan beberapa rakan dalam Gegar Vaganza,” kata penyanyi Ani Maiyuni.

Jelas Ani Maiyuni, dia terpaksa berahsia daripada semua kerana allahyarhamah memintanya agar tidak menghebohkan kepada orang lain."Maaf, kami terpaksa rahsiakan penyakit Kak Dib..."- Ani Maiyuni 2

   “Saya tak boleh bercerita kepada semua orang berkenaan penderitaan arwah.

“Dia sakit selepas habis Gegar Vaganza (GV) dan semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mula demam on and off.”ujarnya.

Ani Maiyuni berkata, selepas itu allahyarhamah terpaksa ditahan dalam wad dalam tempoh yang lama sehinggakan ramai menganggap penyanyi itu dijangkiti penyakit Covid-19.

   “Bila saya tanya dia secara peribadi, barulah dia beritahu sebenarnya dia ada kanser dan baru lepas pembedahan masa itu,” kata Ani Maiyuni semasa dihubungi oleh Harian Metro.

"Maaf, kami terpaksa rahsiakan penyakit Kak Dib..."- Ani Maiyuni 3

Penyanyi berusia 43 tahun itu turut memberitahu Adibah terpaksa berpantang dan berehat secukupnya, selain tidak mahu menerima mana-mana tetamu.

Tidak cukup dengan itu, penampilan baharu Adibah yang mengejutkan ramai baru-baru ini merupakan kemunculan pertamanya selepas lama merehatkan diri.

   “Yang orang nampak dia kurus adalah show pertama selepas rehat,”maklum Ani Maiyuni.

Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman)


"Maaf, kami terpaksa rahsiakan penyakit Kak Dib..."- Ani Maiyuni 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list