Artikel Terkini

Macam Mana Bayi Zaman Perang Hidup Dengan Kekurangan Susu

Macam Mana Bayi Zaman Perang Hidup Dengan Kekurangan Susu
Macam Mana Bayi Zaman Perang Hidup Dengan Kekurangan Susu 1

Seluruh dunia sekarang mengalami kekurangan bekalan. Malaysia menghentikan pengeksportan ayam. Indonesia baru mula berdagang balik minyak sawit. India pula menutup pintu untuk perdagangan gandum. Argentina melarang pengeksportan daging. Dan Amerika Syarikat sekarang bergelut untuk menyelesaikan kekurangan bekalan susu rumusan bayi sampai Joe Biden menggunakan Defense Production Act 1950 (Kimball, 2022).

Akta DPA 1950 ini sebenarnya berpucuk daripada pengalaman Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua. Asasnya, akta ini membolehkan White House guna Angkatan Ketenteraan Amerika Syarikat untuk selesaikan masalah tempatan. Sekarang Tentera Udara Amerika Syarikat mengangkut bekalan susu rumusan daripada Eropah untuk diterbangkan terus ke tanah air.

Kapal pengangkut US terbangkan susu bayi.

Maka akta dan isu ini mengingatkan balik tentang pengalaman pahit ibu bapa semasa Perang Dunia Kedua.

“Anak Orang Lain Okay Saja”

Tindakan Jerman di bumi Eropah menyebabkan gangguan bekalan sangat teruk. Gangguan ini memberi impak terhadap Amerika Syarikat juga. Walaupun jauh daripada kancah konflik, rakyat Amerika Syarikat berdepan dengan kenaikan harga barangan dan kekurangan bekalan. Isu bertambah buruk selepas Amerika Syarikat masuk berperang sekali.

Salah satu barangan yang sukar diperolehi pada masa itu adalah susu rumusan. Semua ada kena mengena dengan perspektif sosial. Dulu para wanita dibuai gerakan bersentimen. Asal lahirkan anak, wajib menyusu. Kalau tiada susu, kena cari ibu susuan supaya ada nilai keibuan pada anak. Perspektif ini berubah sampai masuk 1920-an, para ibu lagi suka guna susu botol atas keperluan (tiada susu ibu) atau kehendak sendiri (Fischer, 2011).

Tiada masalah jika stok sentiasa banyak. Dan bekalan susu seperti Bordon’s Eagle Brand Baby’s Milk sentiasa banyak.

Lukisan Bayi Bersama Susu Pekat Dalam Tin

Syarikat ini mengeluarkan susu pekat manis dalam tin. Ibu bapa hanya perlu tuang sedikit dalam botol berisi air panas. Jangan terkejut – benda ini masih diamalkan sampai hari ini, terutamanya dalam kalangan ibu bapa yang mengalami kesempitan wang.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Selain daripada susu pekat, bayi pula cenderung makan bermula umur lima bulan. Macam-macam ibu bapa suapkan sampai babi, jeruk, kopi dan kobis pun disuap sekali. Kalau tidak percaya, cuba tengok makanan apa yang Jabatan Kesihatan New York larang pada masa itu. Alkohol pun ada dalam senarai. Betapa kurangnya maklumat dalam kalangan ibu bapa yang terlalu tenggelam dengan pemikiran “orang lain buat okay saja”.

Ribut Dipukul Penguasa

Semboyan berbunyi apabila Franklin D. Roosevelt membuat keputusan untuk masuk perang. Tiba-tiba saja, pasaran terbuka Amerika Syarikat berubah. Semua barangan dikawal kerajaan dibawah akta darurat perang (wartime emergency). Bayi tiba-tiba dapat buku catuan yang wajib disimpan. Penyelia barangan akan mencatat maklumat dan tarikh dalam buku catuan yang mesti selaras dengan papan catuan. Kena ambil susu hari sekian-sekian dan minggu sekian-sekian (Golden, 2022). Untuk buat buku catuan pula, wajib ada surat beranak atau notis doktor. Memang susah habis.

Resit-resit catuan semasa WW2

Dan setiap bayi dibenarkan ambil 16 mata catuan (ration point) setiap minggu. Tidak pasti berapa banyak. Yang pasti, 16 mata catuan tidak cukup kerana susu adalah satu-satunya makanan bayi. Zaman ini susu tepung sudah ada tetapi hampir semua diborong kerajaan (akta seakan-akan sama sebelum Akta DPA 1950) untuk kegunaan tentera. Susu pekat saja yang ada. Susu biasa pula mesti ada peti ais. Dan bukan semua keluarga mampu beli peti ais. Jadi jika 16 mata catuan tidak cukup, ibu bapa kena bergegas cari susu setiap hari. Susu dalam pasaran pula selalunya Gred C yang teruk dari segi rasa.

Ibu bapa sampai terdesak membeli daripada pasaran gelap yang belum tentu selamat diminum. Tetapi sebab terpaksa, bagi juga kepada anak. Biar susu haram, jangan anak haram. Itulah analoginya.

Peristiwa sama sekarang berulang di Amerika Syarikat… sampai ada seorang bapa ke sana sini sampai 1,600 kilometer perginya semata-mata untuk mencari susu rumusan khas demi anak yang kelahiran awal (Sanchez, 2022).

RUJUKAN:

Fischer, C. (2011, September 28). Breastfeeding history. Blogs Berkeley.

Kimball, S. (2022, Mei 18). Biden invokes Defense Production Act to boost baby formula manufacturing to ease shortage. CNBC.

Golden, J. (2022, Mei 15). Lessons from World War II can help us navigate the baby formula shortage. Washington Post.

Sanchez, R. (2022, Mei 21). A father says he put 1,000 miles on his car to find specialty formula for premature infant daughter. CNN.

Macam Mana Bayi Zaman Perang Hidup Dengan Kekurangan Susu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list