Artikel Terkini

Mahkamah: Yasin fail representasi ketiga

Mahkamah: Yasin fail representasi ketiga
Mahkamah: Yasin fail representasi ketiga 1

PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman gagal lagi dalam permohonan representasi keduanya untuk mengkaji tiga pertuduhan dadah yang dihadapi.

Ini berikutan Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak permohonan yang dikemukakan Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, berhubung ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Perkara itu disahkan peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Yasin ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata peguam itu, berikutan gagal dalam representasi kedua, pihaknya telah memfailkan representasi ketiga pada minggu lalu.

“Representasi kedua sudah ditolak, kes akan dipanggil semula pada 15 dan 16 Mac ini. Justeru pihak kami telah memohon penangguhan supaya pihak pendakwaan mempunyai cukup masa untuk meneliti representasi ketiga,” kata peguam tersebut.

Menurut peguam itu lagi, pada masa sama prosiding perbicaraan yang dijadualkan berlangsung bermula hari ini hingga Jumaat telah dilapangkan.

Sebelum ini, tarikh-tarikh perbicaraan dijadual selama 15 hari bermula Mac iaitu pada 6 hingga 10, 13 hingga 17 dan 20 hingga 24 Mac.

Dijangka 10 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan yang mana perbicaraan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Nik Nasimah Nik Mohammad.

Terdahulu dalam representasi tersebut, pihak pembelaan memaklumkan ia antaranya melibatkan dokumen-dokumen perubatan yang agak komprehensif bagi menyokong permohonan agar pertuduhan terhadapnya dikaji.

Representasi setebal 47 muka surat itu turut mengandungi rawatan yang diperlukannya, alasan kemanusiaan, rayuan melibatkan keluarga dan keadaan terkini Yasin.

Mengikut pertuduhan baharu itu, Yasin didapati dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondomonium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).

Bagi kesalahan itu, Yasin yang mengaku tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

See also  Tutup kilang 5 hari, Khairul Aming bawa semua staf bercuti atas 'private yacht'

Sementara itu bagi satu lagi pertuduhan, Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE


Mahkamah: Yasin fail representasi ketiga 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo