Artikel Terkini

Majoriti ‘kukuh, meyakinkan’, Anwar buka rahsia —

Majoriti ‘kukuh, meyakinkan’, Anwar buka rahsia —
Majoriti 'kukuh, meyakinkan', Anwar buka rahsia — 1

Majoriti ‘kukuh, meyakinkan’, Anwar buka rahsia —

WAWANCARA | Dua tahun lalu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengumumkan dia telah berjaya mendapatkan sokongan yang “meyakinkan, kukuh dan kuat” untuk membentuk kerajaan, dalam usaha merebut kembali Putrajaya untuk Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, sejak itu kenyataan itu dijadikan bahan sindiran selepas pengerusi Pakatan Harapan itu gagal menunaikan janjinya, malah ada yang meragui jika Anwar benar-benar mempunyai majoriti sokongan seperti yang didakwa pada sidang media 23 September 2020.

Diminta untuk menilai semula perkara ini semasa wawancara khas pada Isnin, Anwar bercakap mengenai bagaimana rancangannya telah meleset.

“Bila saya sebut sokongan convicing (meyakinkan), formidable (kukuh), walaupun diperolok-olokkan, itu berdasarkan surat ketua-ketua parti yang memang jumlahnya itu convincing dan formidable.

“Itu dua tahun lalu. Saya masih pertahankan surat itu ada,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini, The Vibes dan Sinar Harian di pejabatnya di Bukit Gasing, Petaling Jaya.

Anwar tidak menyatakan parti politik dan ahli parlimen di luar PH yang setuju menyokongnya ketika itu, tetapi dikhabarkan mereka termasuk wakil rakyat Umno dan beberapa pemimpinnya yang menghadapi perbicaraan jenayah di mahkamah.

Tak sedia campur tangan kehakiman

Memandangkan sudah mendapat jumlah sokongan ketika itu, Anwar berkata dia kemudiannya membentangkan senarai prinsip kepada mereka yang akan bekerjasama dengan PH.

Ia termasuk syarat bahawa dasar kerajaan tidak boleh dikompromi, bahawa mereka akan menolak sentimen perkauman yang sempit dan rasuah, serta mematuhi tadbir urus baik dan tidak boleh merampas kepimpinan negara.

Ahli parlimen Port Dickson itu juga berkata dia enggan campur tangan kehakiman untuk melepaskan ahli politik yang menghadapi perbicaraan jenayah di mahkamah.

“Paling tegas saya lakukan adalah tidak bersedia untuk campur tangan urusan badan kehakiman yang semestinya bebas dan berwibawa.

“Kerana kita juga ada pengalaman dengan badan kehakiman ini. Syarat-syarat kalau disenangi pendirian saya, ok.

“Kalau nampak tidak boleh terima, tidak sokong, itu masalah mereka,” kata Anwar.

“Pokoknya begini, kerana syarat itulah saya gagal menjadi perdana menteri, tapi saya tidak boleh khianat amanah rakyat,” jelas presiden PKR lagi.

Dipatuk ular di lubang sama dua kali

Cubaan Anwar untuk membentuk kerajaan pada September 2020 berlaku kira-kira enam bulan selepas pentadbiran PH runtuh akibat rampasan kuasa politik yang digelar sebagai Langkah Sheraton.

Ia menyaksikan Bersatu, yang pernah menjadi sebahagian daripada PH, menarik sokongannya dan membentuk satu lagi gabungan dengan beberapa parti lawan termasuk Umno, PAS dan gabungan GPS yang berpangkalan di Sarawak.

Sementara itu, wawancara bersama Anwar turut menyentuh Bersatu yang baru-baru ini memulakan misi membentuk kerjasama dengan parti politik lain untuk menentang Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya jika PH bersedia untuk bekerjasama dengan parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu sekali lagi selepas apa yang berlaku pada 2020, Anwar memberikan jawapan panjang lebar dengan isyarat yang pelbagai.

Pada satu ketika, pemimpin pembangkang itu bercakap tentang keraguannya terhadap bekerjasama dengan ‘parti yang tidak mempunyai prinsip dan tidak mempunyai kepimpinan yang jelas’ dan bahawa PH tidak sepatutnya “dipatuk ular yang sama dua kali.”

“Ini semua satu peringatan yang sangat keras. Agar pimpinan kita berwaspada senantiasa,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar juga berkata sebagai seorang pemimpin dan seorang penganut Islam, dia mesti bersedia untuk berbaik-baik dengan mereka yang ikhlas untuk berdamai.

Dia memetik ayat 10, Surah Al Hujurat yang mengatakan: “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih).”

“Tapi kalau nak jadi pimpinan politik dan kata jangan bincang dengan sesiapa, tak betul.

“Saya kalau perdana menteri minta jumpa esok, saya ubah suai, saya jumpa. Walaupun dari segi politik itu permusuhan politik.

“Bukan bermakna nak berdamai, bermakna untuk menjalankan beberapa kerja dari segi soal negara, soal rakyat.

“Kalau saya jumpa PM itu untuk minta projek komisyen DNB, itu haram namanya.

“Kalau untuk kebajikan, saya fikir untuk jadi pemimpin yang diketengahkan di arus perdana, harus ada kesediaan untuk tidak dilihat sebagai pemimpin kelompok atau parti yang sempit.

“Tetapi (pemimpin) yang keras prinsipnya tegas, tapi ada kesediaan untuk berbincang ini dalam Sunnah Rasulullah SAW. Ini yang berlaku dan kita tak lari dari itu,” katanya.

Malaysiakini

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Majoriti 'kukuh, meyakinkan', Anwar buka rahsia — 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list