Artikel Terkini

Makkal Sakti mahu tanding PRN Johor tiket BN

Makkal Sakti mahu tanding PRN Johor tiket BN
Makkal Sakti mahu tanding PRN Johor tiket BN 1

JOHOR BAHRU, 27 Jamadilakhir 1443H, Ahad – Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) berharap Barisan Nasional (BN) mempertimbang permohonan parti itu untuk bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R S Thanenthiran berkata, perkara berkenaan telah disuarakan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ia susulan sebelum ini pucuk pimpinan BN memberikan telah maklum balas positif berhubung permintaan tersebut.

“Dalam perjumpaan sebelum ini Ahmad Zahid berharap agar parti politik ‘Friends of BN’ diberi peluang untuk bertanding sama dalam PRN Johor atas kegigihan dan kesetiaan parti ini terhadap gabungan itu.

“Berapa banyak kerusi atau kerusi mana itu kita tidak tetapkan dan tiada syarat langsung.

“Apa yang kami mahu hanyalah peluang untuk sama-sama berkhidmat kepada rakyat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.

Beliau mendedahkan, Makkal Sakti pernah ditawar untuk bekerjasama dengan parti lain selepas gabungan tersebut mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Sebaliknya, Makkal Sakti bertegas untuk terus kekal dan setia bersama.

“Selepas BN tewas, banyak parti meninggalkan gabungan itu, sementara itu banyak juga tawaran diberitahu kepada kami, namun kami tetap setia bersama BN sama ada menang atau kalah,” katanya.

Thanenthiran menambah, Makkal Sakti sedia menggerakkan 27,000 ahlinya untuk membantu kempen bagi memberi kemenangan kepada BN dalam PRN Johor.

“Jentera kami sudah membuat persiapan untuk sama-sama berkempen dan mengajak masyarakat khususnya kaum India agar kembali memberi sokongan kepada BN,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Makkal Sakti mahu tanding PRN Johor tiket BN 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list