Artikel Terkini

Mansuh PT3: Usaha keluar daripada pembelajaran berorientasi peperiksaan

Mansuh PT3: Usaha keluar daripada pembelajaran berorientasi peperiksaan
Mansuh PT3: Usaha keluar daripada pembelajaran berorientasi peperiksaan 1

BANGI, 3 Zulkaedah 1443H, Jumaat – Langkah Kementerian Pendidikan (KPM) memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilihat sebagai usaha drastik kerajaan untuk keluar daripada pembelajaran berasaskan peperiksaan.

Pendidikan bukan hanya berpandukan gred dan markah sebaliknya adalah membina karakter serta insaniah dalam diri setiap pelajar, demikian pandangan Presiden Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS), Muhamad Zakir Abdul Razak.

“Pelajar sepatutnya diberi ruang seluas untuk bina keupayaan diri berdasarkan potensi masing-masing.

“Langkah pemansuhan PT3 adalah usaha awal negara untuk keluar daripada pembelajaran berorientasi peperiksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diguna pakai sejak 2014 dan pemerkasaan PBS melalui Ujian Akhir Sesi Akademik.

Mengulas lanjut Muhammad Zakir berkata, pemansuhan berkenaan juga diyakini mampu mengurangkan tekanan guru dan pelajar.

Katanya, sebelum ini kebanyakan guru terpaksa menumpukan perhatian terhadap persiapan peperiksaan besar, termasuk mempersiapkan pelajar selain terpaksa menghabiskan sukatan mata pelajaran dengan pelbagai cara termasuk latihan tubi dan kelas tambahan.

“Pelaksanaan pentaksiran untuk mengukur tahap penguasaan dan prestasi pelajar secara formatif dan sumatif ini dilihat satu daripada satu langkah mengurangkan tekanan guru dan murid,” katanya.

Dengan pemansuhan PT3, PBS yang mengandungi tiga komponen iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dimantapkan.

Pendekatan baharu yang diperkenalkan adalah pentaksiran sumatif iaitu penilaian murid mengikut tahun dan tingkatan.

Ia membabitkan murid Tahun 4, 5 ,6 serta pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 yang akan dilaksanakan bermula pada sesi akademik 2022/2023.

Dalam masa sama, beliau turut menyarankan KPM memperincikan mekanisme yang mudah sekali gus boleh mengurangkan bebanan guru dalam menjalankan pentaksiran.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Mansuh PT3: Usaha keluar daripada pembelajaran berorientasi peperiksaan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list