Artikel Terkini

Manusia Prasejarah Menggunakan Api Sejak Sejuta Tahun Yang Lalu

Manusia Prasejarah Menggunakan Api Sejak Sejuta Tahun Yang Lalu
Manusia Prasejarah Menggunakan Api Sejak Sejuta Tahun Yang Lalu 1

Api ialah salah satu elemen alam yang hadir di muka bumi. Ia bersifat membakar dan menyala akibat berlaku tindak balas sesuatu partikel zarah dengan partikel gas oksigen. Api juga boleh bertindak ‘baik’ atau ‘jahat’ bergantung kepada si pengguna seperti kita. Dari digunakan untuk menerangi jalan dan memasak sehingga ke membakar rumah sehingga meragut nyawa penghuni.

Hubungan manusia dan api mempunyai sejarah yang panjang. Jika kumpulan hominin dan manusia mahir menghasilkan dan menggunakan api, mereka telah melangkah ke hadapan dalam merevolusikan diri. Dengan adanya api, manusia berupaya untuk panaskan diri pada waktu malam yang sejuk, memanaskan makanan, menyalakan jalan yang gelap, menghalau haiwan buas yang menyerang, dan juga menghasilkan alatan batu.

Dari aplikasi awal menggunakan api inilah, manusia mampu menaiktaraf kehidupan dengan penciptaan teknologi berasaskan api seperti lampu dan mesin pemanasan berupa oven. Inilah bukti bahawa manusia mampu mencapai ketinggian tamadun menggunakan api.

Manusia juga memyembah api kerana melihat api sebagai Maha Kuasa. (Sumber: Wikipedia Commons)

Untuk artikel ini, kita fokus kepada penemuan saintis terbaru, iaitu mereka temui bahawa manusia telah menghasilkan api bermula dari lebih sejuta tahun dahulu. Benarkah kenyataan saintis ini? Apakah bukti yang menyokong pernyataan api dihasilkan pada sejuta tahun dahulu?

Penemuan ini terjadi di kawasan penggalian di Israel. Kawasan tersebut ialah penempatan kuno yang dibina pada fasa Paleolitik Akhir, iaitu sekitar 1.0 dan 0.8 juta tahun dulu. Kumpulan ahli arkeologi dari Kimmel Center for Archaeological Science in Israel yang diketuai oleh Zane Stepka menemui cebisan batu api, yang dipercayai berasal dari unggun api yang dibina oleh orang Paleolitk di penempatan tersebut.

Biasanya, apabila siantis mengkaji kehadiran api terhadap sesuatu artifak yang terbakar, mereka akan meneliti beberapa aspek yang penting: perubahan warna, tahap kelengkungan, keretakan, dan pengecutan artifak tersebut. Namun dalam kajian ini, seiring dengan kemajuan teknologi, kumpulan Stepka menggunakan alat pengesan bernama ‘termometer spektroskopik’ yang mampu mengesan perubahan kimia dalam permukaan artifak bagi menganggarkan pendedahan artifak atau fosil terhadap haba.

Keputusannya menunjukkan bahawa penghuni pada fasa Paleolitik di kawasan Levant (tanah Palestin) telah mahir mengawal api sekitar 1.5 juta tahun dulu. Terdapat juga beberapa artifak lain seperti alatan batu dan beberapa fosil yang mempunyai kesan kebakaran yang berbeza suhunya. Ada antara artifak dibakar lebih 400 darjah Celsius. Inilah bukti orang Paleolitik mahir menggunakan api, kebarangkalian untuk tujuan penghasilan alatan dan memasak makanan seperti daging.

Alatan batu yang ditemui di Evron Quarry, Israel. (Sumber: Science Alert)

Tidak mustahil orang Paleolitik Levant ini ialah kumpulan hominin yang pertama menghasilkan api. Fakta asal ialah manusia menghasilkan api pada sekitar 150,000 tahun lalu oleh orang asal Australia di mana penggunaannya hanya tertumpu dalam pembakaran hutan. Berbeza dengan orang Paleolitik Levant yang hanya gunakan api dalam skala yang kecil, perhatian saintis tertumpu kepada orang Paleolitik bagi memahami bagaimana mereka menghasilkan api dan apakah teknik yang menjadikan mereka mahir menggunakan api.

Kumpulan Stepka dan saintis lain akan melanjutkan kajian mereka dengan penelitian alatan batu dan fosil lain di kawasan ekskavasi itu agar dapat mencapai pemahaman mereka tentang teknik kawalan api oleh orang Paleolitik Levant ini.

Perhatian. The Patriots sedang mencari manuskrip untuk diterbitkan. Jika berminat, anda boleh kirimkan ke alamat emel seperti dalam gambar.

RUJUKAN:

Koumoundouros, Tessa. 16 June 2022. Ancient Humans Tamed Fire as Early as 1 Million Years Ago, Study Suggests. Science Alert.

Adler, Jerry. June 2013. Why Fire Makes Us Human. Smithsonian Magazine.

Manusia Prasejarah Menggunakan Api Sejak Sejuta Tahun Yang Lalu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list