Artikel Terkini

Manusia Prasejarah Telah Memburu Sejak 2 Juta Tahun Lalu

Manusia Prasejarah Telah Memburu Sejak 2 Juta Tahun Lalu
Manusia Prasejarah Telah Memburu Sejak 2 Juta Tahun Lalu 1
Follow our Telegram

Tahukah anda bahawa aktiviti pemburuan sudah dimulakan oleh manusia prasejarah sejak dua juta tahun yang lalu?

Sekumpulan saintis di Amerika Syarikat menemui bukti bahawa pemburu purba sudah pergi memburu untuk dapatkan daging haiwan tanpa mengambil sedikit pun dari sisa-sisa yang ditinggalkan haiwan pemangsa lain seperti singa.

Manusia Prasejarah Telah Memburu Sejak 2 Juta Tahun Lalu 2
Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Tulang-tulang haiwan dari tapak arkeologi Kanjera South ini dipercayai berusia 2 juta tahun.

tapak berhampiran Tasik Victoria di barat Kenya, Afrika ini dikaji oleh pasukan penyelidik yang diketuai penyelidik-penyelidik dari Universiti San Diego.

Makalah baharu yang diterbitkan dalam jurnal Quaternary Science Reviews membentangkan penemuan tulang rusa dan tulang seladang yang telah dipotong dengan alatan buatan manusia.

Kertas kajian mereka menyediakan banyak bukti dan menjadi petunjuk kukuh bagi pemburu ‘hominin’ tersebut.

2022, Tahun Peralihan Pengetahuan

Hasil kajian pasukan dari University of San Diego nampaknya berjaya memusnahkan keraguan yang selama ini terbelenggu dengan hipotesis lama yang boleh dipertikaikan kebenarannya, dengan mengatakan 2 juta tahun lalu manusia prasejarah hanya ‘meragut’ sisa-sisa bangkai haiwan daripada haiwan lain adalah dakwaan yang salah dan berjaya dipatahkan dengan penemuan baharu.

Manusia Prasejarah Telah Memburu Sejak 2 Juta Tahun Lalu 3
Kesan Penyembelihan Dari Objek Manusia

Berbeza dengan idea sebelum ini yang mendakwa manusia purba bergantung pada haiwan pemangsa untuk mendapatkan sisa tulang, daging bangkai yang ditinggalkan oleh ‘kucing besar’(singa).

Naluri kelangsungan hidup manusia adalah fitrah semula jadi yang dikurnia tuhan tanpa perlu bergantung pada hasil usaha makhluk lain, hal ini dapat dibuktikan melalui kajian baharu yang menemui kesan penyembelihan pada binatang Gazel(seperti Rusa) dan pada tulang Seladang yang ditinggalkan oleh pemburu purba.

Manusia Prasejarah Telah Memburu Sejak 2 Juta Tahun Lalu 4
Kesan Penyembelihan Kecil

Walaupun begitu, ada di antara Ahli arkeologi meragui cadangan baharu yang dibentangkan, dan masih berpendirian dengan idea lama bahawa kesan atau luka pada haiwan mangsa disebabkan oleh gigitan pemangsa dan bukan oleh perbuatan manusia.

Namun kesalahan tersebut amat jelas sekali kerana tanda potong yang ditemui pada tulang hanya boleh dibuat oleh alatan manusia.

Menyelesaikan Hujah Lapuk

Profesor Jennifer Parkinson penyelidik utama dan ahli Zooarkeologi dari Universiti San Diego, menulis dalam kertas kajian baru bahawa peningkatan penggunaan daging adalah salah satu perubahan penyesuaian utama dalam evolusi diet manusia hominin.

Kajian itu melihat tulang rusa dan seladang yang biasa hidup di kawasan berumput terbuka sekitar 2 juta tahun lalu mempunyai tanda sembelih kecil.

Sehingga kini ia sentiasa dipertikaikan sama ada tanda ini dibuat oleh pemburu prasejarah atau kesan dari gigitan dan cakaran haiwan pemangsa.

Manusia Prasejarah Telah Memburu Sejak 2 Juta Tahun Lalu 5
Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Menganalisis Kesan Mikro Data Berusia 2 Juta Tahun

Penemuan mereka mencadangkan 2 juta tahun dahulu manusia purba telah pergi memburu dan menyembelih haiwan itu sendiri.

Profesor Parkinson memberitahu New Scientist bahawa manusia prasejarah tidak memakan sisa buruan haiwan karnivor, dan bukti lain terdapat pada tanda-tanda penyembelihan, sama ada ia di bahagian tulang atau leher.

Walaupun jawapan tadi telah terjawab berdasarkan bukti-bukti kajian yang ada di rantau Afrika sejak 2 juta tahun yang lalu, namun masih belum jelas manusia spesis apakah yang menjalankan aktiviti tersebut.

Manusia Prasejarah Telah Memburu Sejak 2 Juta Tahun Lalu 6
Gambaran Homo Habilis

Berdasarkan kenyataan Dr Parker, mereka menemui ribuan alatan daripada batu di Kanjera South, tetapi tidak ada satu tulang pemburu purba dari spesis Hominin itu sendiri pernah dikenal pasti di tapak itu. Para penyelidik mengesyaki Homo Habilis sebagai calon utama dalam subjek ini kerana tulang dan tengkorak mereka dijumpai di tapak berhampiran.

Sekarang kita tahu manusia prasejarah aktif memburu sekitar 2 juta tahun lalu, menyebabkan peningkatan pesat saiz otak dan badan dapat diperhatikan berdasarkan rekod fosil yang ditemui dalam satu-satu tempoh.

[ad_2]
Source
[vc_row][vc_column][vc_column_text woodmart_inline="no" text_larger="no"][sociallocker id="61266"]Manusia Prasejarah Telah Memburu Sejak 2 Juta Tahun Lalu 7[/sociallocker][/vc_column_text][/vc_column][/vc_row] kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list