Artikel Terkini

Melonjak naik! 7,234 kes COVID-19 dilaporkan hari ini

Melonjak naik! 7,234 kes COVID-19 dilaporkan hari ini
Melonjak naik! 7,234 kes COVID-19 dilaporkan hari ini 1

Kes baharu COVID-19 di dalam negara melonjak kepada 7,234 kes hari ini selepas tiga hari berturut-turut merekodkan angka lebih 5,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 2,895,014 setakat 12 tengah hari tadi manakala jumlah pesakit yang pulih daripada jangkitan pula meningkat kepada 2,799,608 dengan pertambahan 5,254 orang hari ini.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, 73 melibatkan kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya kategori satu dan dua.
118 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 57 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan harian mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19.

Beliau juga berkata sebanyak 21 kluster baharu direkodkan dengan 346 kluster masih aktif setakat ini.

Mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt), Dr Noor Hisham berkata Rt negara berada pada paras 1.11 semalam dengan Perlis merekodkan nilai tertinggi iaitu 1.25 diikuti Johor (1.20) dan Pulau Pinang (1.17).

Sementara itu, menerusi ciapan Twitter, Dr Noor Hisham berkata kadar vaksinasi dan dos penggalak yang tinggi di negara ini menyebabkan kurang pesakit dalam kategori tiga, empat dan lima serta ia menunjukkan bahawa vaksin itu berfungsi.

“Walaupun jumlah kes COVID-19 dijangka meningkat dalam beberapa hari dan minggu berikutan kebolehjangkitan varian Omicron yang tinggi…
“…ia menyebabkan gejala yang dialami tidak begitu teruk terhadap mereka yang sudah menerima vaksinasi penuh dan suntikan dos penggalak,” katanya.

Sumber: Bernama


Melonjak naik! 7,234 kes COVID-19 dilaporkan hari ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list