Artikel Terkini

Mencari kelainan berpuasa di Semenyih Eco Venture

Mencari kelainan berpuasa di Semenyih Eco Venture
Mencari kelainan berpuasa di Semenyih Eco Venture 1

PETALING JAYA – Mencari kelainan untuk beribadat dalam bulan Ramadan kali ini selain berada jauh daripada kesibukan kota raya, Semenyih Eco Venture Resort & Recreation (Semenyih Eco Venture) yang terletak di Jalan Sungai Lalang, Semenyih menawarkan Program Perkampungan Madani Ramadan Dihayati bersesuaian untuk semua peringkat umur.

Terdapat dua pakej yang ditawarkan sepanjang bulan puasa bermula 23 Mac ini iaitu Pakej Madrasah Ramadan, manakala Pakej Lailatul Qadar hanya akan bermula pada 12 April hingga 21 April dengan harga RM1,999 seorang.

Program berkenaan padat dengan aktiviti ilmiah seperti kelas pengajian kitab, program kerohanian tadarus, tarawih dan qiamulail, berbuka puasa, moreh dan bersahur selain melakukan aktiviti luar di kawasan yang ter­kenal dengan kegiatan berkonsepkan alam semulajadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Semenyih Eco Venture, Datuk Dr. Stanley Chew berkata, ini adalah antara projek terbesar yang dijalankan oleh syarikat dalam usaha menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke pusat pelancongan yang seluas 8.4 hektar.

online semenyih 10

“Kami juga menawarkan pakej berbuka puasa dengan hidangan menu lebih daripada 200 masakan tradisional tempatan, Asia dan Timur Tengah pada harga serendah RM40 untuk warga emas dan dewasa (RM68),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran program tersebut yang turut dijayakan bersama Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia di Semenyih baru-baru ini.

Selain dihiburkan dengan persembahan daripada Kumpulan Nasyid Rabbani, sesi cabutan bertuah turut diadakan sepanjang majlis berbuka puasa dengan tawaran hadiahnya berupa tiga pakej umrah dan pakej percutian dua hari satu malam di Semenyih Eco Venture. -KOSMO!ONLINE


Mencari kelainan berpuasa di Semenyih Eco Venture 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah

See also  Wanita jual bayi dipenjara 5 tahun, denda RM90,000
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo