Artikel Terkini

Mengimbau Toy Story 4

Mengimbau Toy Story 4
Mengimbau Toy Story 4 1

Hari ini, tiga tahun lalu Toy Story 4 ditayangkan dan sampai sekarang filem ini masih melekat kuat dalam kepala saya.

Saya menonton kembali Toy Story 4 di televisyen beberapa hari lalu. Saya tidak berkesempatan menulis tetang filem ini semasa menontonnya di panggung bersama-sama anak saya dahulu.

Toy Story 4 memiliki nilai spiritual yang tinggi, filem tentang mencari makna dan tujuan hidup.

Bermula dengan krisis kewujudan (existential crisis) Forky yang selalu mempersoalkan siapa sebenar dirinya, adakah sampah atau barang permainan?

Kemudian kita diberikan beberapa watak yang sedang bergelut mencari tujuan hidup, apa yang dimahukan dalam sebuah kehidupan.

Kita lihat sahaja Gabby Gabby, Duke Caboom, Buzz Lightyear, Woody dan Bo Peep.

Gabby Gabby mahu mencari perhatian manusia, namun ia kecewa kerana terlalu menyimpan harapan, sebaliknya apabila dia mempercayai kehidupan itu di luar daripada pegangan manusia dan sesekali melepaskannya kepada takdir, maka dia menemui kebahagian tanpa disangka-sangka.

Begitu juga Duke Caboom yang pernah dikecewakan dan ditinggalkan manusia menyebabkannya terus melupakan tujuan kehidupan dan menyembunyikan diri, sehinggalah apabila potensinya dicanang-canang dan dicungkil kembali oleh Bo Peep. Ia memberikan kembali warna dan sinar terhadap kehidupannya.

Buzz Lightyear yang selama ini tidak tahu bagaimana mahu mempercayai diri, telah membulatkan tekad mendengar suara hatinya sendiri. Ia menjadikan Buzz lebih yakin dan melangkah gagah dalam kehidupan.

Woody walaupun dilihat menjadi pelindung utama kepada semua barang permainan yang ada, menjadikannya tempat bergantung kepada orang lain, membantu menyelesaikan masalah orang lain, namun tersembunyi derita psikologi sendiri yang terus dipendam jauh ke dalam hati. Woody sendiri sebenarnya keliru tentang tujuan hidup dan tidak pasti apa yang mahu dicapainya. Pencerahan datang kepada Woody dalam bentuk self-reflection apabila Forky membuka perbincangan tentang tujuan hidup semasa mereka berdua berjalan di jalan raya sunyi.

Kedatangan Forky dengan persoalan-persoalan existentialism sebenarnya adalah rahmat buat Woody untuk kembali ke pangkal jalan dan merenung kembali apa yang dimahukannya dalam hidup. Kemudian kita melihat sendiri bagaimana Woody membuat keputusan terbesar dalam hidup untuk bersama-sama Bo Peep dan membebaskan diri dengan keputusan hidup paling bermakna.

Bo Peep merupakan karakter paling kuat, daripada mainan yang hilang, dia tidak menoleh lagi ke belakang dan tidak tersangkut dalam memori silam. Bo Peep meruntuhkan segala memori lama yang menghalangnya untuk maju. Bo membina kehidupan baru dengan berpegang kepada matlamat kehidupan yang jelas. Bo telah menjumpai sinar hidupnya dan tidak lagi mahu berpatah balik.

Bo amat kuat dan berpegang teguh kepada pilihan sendiri. Bo mengajar kita semua bagaimana mahu memulakan kehidupan dan bagaimana mahu menikmatinya. Sinar cahaya berkaitan dengan Bo yang dilihat Woody di dalam kedai antik menjadi pencetus kepada perubahan mendadak Woody selepas dijentik dengan persoalan-persoalan falsafah kewujudan oleh Forky.

Toy Story 4 menggunakan genre road movie dan ia sebenarnya genre utama untuk meneroka aspek perjalanan spiritual mencari makna hidup. Road movie melibatkan peralihan karakter dengan tujuan jelas memahami kehidupannya sendiri dan di akhir membuat keputusan berasaskan kepada pengalaman yang dikutip sepanjang perjalanan tadi.

Jika mahu dikatakan dengan mudah, Toy Story 4 telah jauh meninggalkan filem-filem dakwah kita dan Toy Story 4 ialah wajah sebenar dakwah yang diperlukan manusia.


Mengimbau Toy Story 4 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list