Artikel Terkini

Motif wanita hamil 7 bulan maut ditembak dipercayai angkara cemburu

Motif wanita hamil 7 bulan maut ditembak dipercayai angkara cemburu
Motif wanita hamil 7 bulan maut ditembak dipercayai angkara cemburu 1

Berita tentang seorang wanita yang hamil 7 bulan ditembak mati di Kampung Teresek, Repek dekat Pasir Mas petang semalam telah menggemparkan negara pagi tadi.

Farrah Emirah Mazlan, 26 ditemui mati di tempat duduk pemandu sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan dengan kesan tembakan di bahagian kiri perutnya.

Menerusi laporan dari Harian Metro, wanita yang juga ibu tunggal kepada tiga orang anak berusia 3 hingga 10 tahun itu difahamkan keluar untuk mengurut pada Jumaat malam sebelum disedari oleh neneknya tidak pulang kerumah selepas itu.

Motif wanita hamil 7 bulan maut ditembak dipercayai angkara cemburu 2

Oleh sebab itu, seorang lelaki berusia 40 tahun bekerja sebagai buruh telah ditahan untuk membantu siasatan. Pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa motif kejadian adalah disebabkan cemburu.

“Ada beberapa kemungkinan motif kejadian dan salah satunya cemburu, polis akan siasat secara menyeluruh dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi.
“Suspek yang ditahan direman lima hari bermula hari ini sehingga Khamis depan untuk siasatan lanjut,” kata Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Motif wanita hamil 7 bulan maut ditembak dipercayai angkara cemburu 3

Setakat ini, pihak polis sedang menyiasat sama ada mangsa ditembak di lokasi ditemui atau sempat memandu dari lokasi lain sebelum memberhentikan kenderaan di situ.

“Ada dua kemungkinan, (pertama) mangsa ditembak di tempat lain kemudian memandu sehingga ke lokasi penemuan mayat, atau mangsa ditembak di lokasi berkenaan.
“Polis percaya suspek menggunakan pistol separa automatik .38 berdasarkan penemuan kelongsong peluru. Jarak rumah mangsa dengan lokasi kejadian sejauh 15 kilometer sahaja,” katanya.
Motif wanita hamil 7 bulan maut ditembak dipercayai angkara cemburu 4

Terdahulu, Farrah Emirah Mazlan, ditemui dalam dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu kereta jenis Nissan Cefiro dengan kesan tembakan pada bahagian perut sebelah kiri.

Dari pemeriksaan yang dijalankan di dalam kereta tersebut, pihak polis telah menjumpai satu kelongsong peluru pada bahagian belakang tempat letak kaki penumpang sebelah pemandu.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim), kredit foto Harian Metro


Motif wanita hamil 7 bulan maut ditembak dipercayai angkara cemburu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list