Artikel Terkini

MPT tolak peletakan jawatan Muhyiddin sebagai presiden Bersatu, kata Hamzah

MPT tolak peletakan jawatan Muhyiddin sebagai presiden Bersatu, kata Hamzah
MPT tolak peletakan jawatan Muhyiddin sebagai presiden Bersatu, kata Hamzah 1

Setiausaha agung Bersatu berkata, pertuduhan ke atas Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai presiden dan bukannya pertuduhan atas kapasiti peribadi.

MPT tolak peletakan jawatan Muhyiddin sebagai presiden Bersatu, kata Hamzah
Mesyuarat khas MPT Bersatu sebulat suara menolak peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai presidennya.

PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sebulat suara menolak peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai presiden Bersatu.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata, perkara itu diputuskan mesyuarat khas MPT hari ini.

Katanya, MPT menegaskan pertuduhan ke atas Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai presiden, bukannya pertuduhan atas kapasiti peribadi.

“MPT memohon semua ahli dan penyokong bersabar dan bertenang dalam menghadapi ujian besar terhadap presiden dan parti Bersatu dengan fitnah dan kezaliman,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Muhyiddin didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa berhubung program Jana Wibawa untuk memperoleh RM232.5 juta bagi Bersatu.

Beliau juga mengaku tidak bersalah atas dua lagi pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta.

Muhyiddin kemudian memberitahu sidang akhbar, beliau menyerahkan kepada MPT Bersatu untuk memutuskan sama ada beliau perlu kekal sebagai presiden parti atau sebaliknya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu adalah pemimpin Bersatu terbaharu yang didakwa berhubung Jana Wibawa, selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Segambut Adam Radlan Adam Muhammad.

Wan Saiful melepaskan jawatan ketua penerangan Bersatu selepas didakwa.

MPT tolak peletakan jawatan Muhyiddin sebagai presiden Bersatu, kata Hamzah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  Meski Masih 'Mentah', Atlet Memanah Berusia 18 Tahun Cipta Sensasi Layak Ke Olimpik Paris 2024!