Artikel Terkini

Muhammad Ali Jinnah: Pengasas Negara Pakistan

Muhammad Ali Jinnah: Pengasas Negara Pakistan
Muhammad Ali Jinnah: Pengasas Negara Pakistan 1
Follow our Telegram

Muhammad Ali Jinnah lahir di Karachi pada Desember 1876. Ayahnya adalah seorang saudagar yang bernama Jinnah Bhai (Mustafa Mu’min, 1974). Ketika Jinnah berumur sepuluh tahun, beliau dihantar oleh kedua ibu bapanya untuk belajar di Bombay selama setahun. Setelah itu, beliau pulang semula ke Karachi lalu melanjutkan pelajarannya di Sind Madrasatul Islam.

Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atas di Mission high School. Atas nasihat Frederick Leigh Croft, Manager Graham Shipping and Trading Company, beliau dihantar ke London oleh ibu bapanya untuk menuntut ilmu dalam bidang perniagaan di pusat Manager Graham shipping and Trading Company.

Pada Ketika itu, Jinnah baru berusia berusia 16 tahun (Muhammad Asyraf, 1950). Ketika berada di London, Jinnah tidak menyambung pelajaran yang diinginkan oleh ayahnya itu, akan tetapi beliau lebih tertarik untuk mempelajari undang-undang, suatu perlembagaan yang mempersiapkan lulusannya untuk menjadi pakar perundangan atau peguam.

Pada tahun 1896, Jinnah memperoleh gelaran sarjana dalam bidang undang-undang di London. Pada tahun yang sama, beliau telah kembali ke India untuk bekerja sebagai peguam di Bombay. Jinnah kembali ke India pada tahun 1896 setelah menyelesaikan pengajian undang-undang di London, dan kemudian beliau bekerja sebagai peguam yang hebat dan berkualiti. Beliau menghadapi tiga tahun perjuangan berat sebelum beliau membuktikan dirinya sebagai peguam Muslim terkemuka di Bombay.

Ketika kariernya menuju kemuncak, beliau terjun ke arena politik. Penampilan pertamanya iaitu pada kongres Calcutta pada tahun 1906 di mana beliau bertindak sebagai sekretariat Peribadi Presiden, Dadabhai Naoroji. Beliau memilih bergabung dengan Kongres Nasional kerana menurut pendapatnya perjuangan yang paling utama bagi rakyat India adalah kemerdekaan rakyat India dan itu hanya boleh dicapai melalui usaha bersama antara umat Islam dan Hindu.

Jinnah berkeyakinan bahawa persatuan antara umat Islam dan Umat Hindu di India merupakan syarat untuk India mencapai kemerdekaan, Atas keyakinan, sikap dan upaya untuk menyatukan umat Islam dan Hindu ini demi kepentingan Nasional dan kemerdekaan India, Jinnah diberikan gelaran sebagai Ambassador of Hindu-Muslim Unity.

PERJUANGAN POLITIK JINNAH DALAM PEMBENTUKAN PAKISTAN

Sebagai Presiden bagi Liga Muslim, kepimpinan parti tersebut di bawah beliau mengalami perubahan yang baik. Dalam sidang tahunan yang diadakan di Bombay pada tahun 1936, perlembagaan parti politik diperbaiki untuk membuat organisasi ini lebih demokratik dan maju. Pertama kalinya organisasi ini melakukan persiapan untuk bersama dalam pilihanraya atas nama Liga Muslim. Satu cabang pemilihan pusat dengan cabang-cabangnya di wilayah dibentuk untuk mengatur perjuangan pemilihan wilayah undang-undang pemerintahan India 1935 (government of India act 1935). Jinnah mengunjungi seluruh negeri untuk memperoleh sokongan dari calon-calon Liga Muslim. Akan tetapi dalam usahanya ini hanya sebahagian yang berhasil.

Pada tahun 1937, pemilihan di peringkat daerah telah diadakan di India. Pada pemilihan kali ini, Liga Muslim tidak memperoleh suara yang signifikan. Manakala parti Kongres mendapat sokongan dan suara yang besar sehingga memperoleh kemenangan yang besar. Kerana kekalahan tersebut, Liga Muslim dipandang rendah oleh parti Kongres, dan dalam hal tersebut, Nehru mengatakan bahawa hanya ada dua kekuatan politik di India iaitu parti Kongres dan Pemerintahan Inggeris. Atas kemenangan parti Kongres ini, pemimpin Hindu diangkat menjadi ahli kerajaan di pelbagai daerah, dan jika ada orang Islam yang diangkat menjadi pejabat dan pegawai pemerintah, mereka adalah orang Islam yang tergabung dalam Parti Kongres dan bukan dari kalangan Liga Muslim (FCR Robinson, 1974).

Fakta ini membuat umat Islam India sedar dan melihat keperluan untuk mengukuhkan Liga Muslim dengan memberikan dukungan kepadanya sebagai satu-satunya parti umat Islam di India dan di dunia. Perdana Menteri Punjab, Sindi, dan Bengal mengadakan kerjasama dengan Jinnah. Jinnah terus berusaha mengadakan kesepakatan dengan parti Kongres mengenai masa depan India. Berkali-kali beliau mengadakan perundingan dengan parti Kongres, namun selalu tidak menemukan titik temu dan golongan Nasional India belum mengakui Liga Muslim sebagai satu-satunya organisasi politik umat Islam di India. Perkara ini menimbulkan kekecewaan dalam diri Jinnah (FCR Robinson, 1974).

Pengalaman ini membuat Jinnah mengubah haluan politiknya. Kepercayaannya terhadap Parti Kongres hilang dan keyakinan timbul dalam dirinya bahwa kepentingan umat Islam India tidak boleh lagi dijamin melalui perundingan. Kepentingan umat Islam India hanya terjamin hanya melalui pembentukan negara tersendiri yang terpisah dari umat Hindu India.

Perkara ini dibahaskan dalam pertemuan tahunan Liga Muslim yang diadakan di Lahore pada tahun 1940, atas saranan yang khusus dibentuk untuk itu, sidang seterusnya bersetuju dalam pembentukan Negara sendiri untuk umat Islam India, sebagai tujuan perjuangan Liga Muslim. Negara itu diberi nama Pakistan. Akan tetapi, perincian mengenai Negara Pakistan tersebut masih tiada, sama ada mengenai daerah mahupun corak dan sistem pemerintahannya. (Leonard Binder, 1963)

Liga Muslim yang sudah memiliki arah dan tujuan yang jelas ini, iaitu mendirikan Negara Pakistan, kemudian mendapat sokongan yang besar dan kedudukannya bertambah kuat. Hal ini dapat dilihat pada kaum muda yang bergabung di parti Kongres, mereka yang awalnya mendapat sokongan besar, semakin lama semakin berkurang. Sebahagian mereka ada yang menyertai Liga Muslim, dan ada juga yang masih bersama di parti Kongres, dan sebahagian lainnya yang meninggalkan arena politik. Organisasi-organisasi Islam di India pun kemudian banyak yang menyokong Liga Muslim dalam menyerukan dan menuntut perjuangan pembentukan negara Pakistan (FCR Robinson, 1974).

Parti Kongres mula melihat kekuatan Jinnah dan Liga Muslim yang dipimpinnya. Parti Kongres tidak lagi meremehkan keberadaan parti Liga Muslim ini seperti sebelumnya. Pada tahun 1944, pertemuan antara Jinnah dengan Ghandi untuk membahas mengenai tindakan bersama terhadap Inggeris. Akan tetapi, kerana perbezaan pendapat antara Jinnah dan Ghandi mengenai masa depan India, pertemuan tersebut tidak menghasilkan titik pertemuan dan kesepahaman.

Ketika itu Jinnah menjelaskan apa yang dimaksud dengan Negara Pakistan. Negara baru itu akan mencakup enam daerah. Daerah perbatasan barat laut iaitu Balukhistan, Sindi, dan Punjab di sebelah barat serta Bengal dan Assamdu di sebelah timur penduduk Islam daerah ini, menurut Jinnah berjumlah 70 juta nyawa dan merupakan 70 peratus dari seluruh penduduk yang ada. Pemerintah daerah itu akan berada di tangan umat Islam, tidak dilupakan golongan non-muslim dalam pemerintahan dan jumlahnya akan disesuaikan dengan peratusan mereka di setiap daerah (C.M. Naim, 1979).

Seterusnya, sokongan umat Islam kepada Jinnah bertambah kuat dari hasil pemilihan pada tahun 1946. Di Assam, Liga Muslim memperoleh 31 dari 34 kerusi, dan di Sindi mendapat 29 dari 34 kerusi. Di dewan pusat (central assembly) seluruh kerusi yang disediakan untuk golongan umat Islam dapati idea-idea dari Liga Muslim.

Keduduan Jinnah dalam perundingan dengan Inggeris dan parti Kongres Nasional India mengenai masa depan umat Islam di India pun bertambah kuat. Pada tahun 1942, Inggeris telah mengeluarkan janji akan memberikan kemerdekaan kepada India setelah perang dunia II selesai. Pelaksanannya mulai dibicarakan tahun 1945, tetapi pembicaraan selalu mengalami kegagalan.

Akhirnya pemerintah Inggeris memutuskan untuk membentuk pemerintahan sementara yang terdiri dari beberapa orang yang ditentukan dan dipilih Inggeris sendiri. Jinnah menentang usaha ini, dan Inggeris kemudian mengarahkan Nehru untuk menyusun pemerintahan sementara. Huru-hara timbul, dan Jinnah diminta untuk turut serta dalam pemerintahan sementara itu, dan beliau mengajak lima orang pimpinan Liga Muslim untuk ikut serta dalam pemerintahan, namun huru-hara yang terjadi ini tidak dapat diredakan (Harun Nasution, 2003).

Kemudian diputuskan untuk mengadakan sidang Dewan Perlembagaan pada bulan Disember 1946, namun Jinnah melihat bahawa sidang belum boleh dilakukan lantas beliau meminta untuk sidang ini ditunda namun permintaannya diendahkan. Kemudian Dewan Perlembagaan memutuskan untuk memberikan dan menyerahkan kedaulatan pada waktu lain sebelum Jun 1948 (C.M. Naim, 1979).

Setahun kemudian, keluarlah keputusan Inggeris untuk menyerahkan kedaulatan kepada dua Dewan Perlembagaan, satu untuk Pakistan dan satu untuk India. Pada 14 Ogos 1947, Dewan Perlembagaan Pakistan dibuka dengan rasmi dan keesokan harinya pada 15 Ogos 1947, Pakistan lahir sebagai Negara untuk umat Islam India. Jinnah pun kemudian diangkat menjadi gabenor Jeneral dan mendapat gelar Qaid-i- Azam (pemimpin besar) dari rakyat Pakistan. Beliau sempat menikmati hasil perjuangannya selama setahun lebih. Beliau meninggal pada bulan September 1948 di Karachi (Muhammad Ashraf, 1950).

PENUTUP

Tidak dapat dinafikan bahawa Jinnah merupakan salah satu tokoh penting dalam terbentuknya Negara Pakistan. Pemikiran dan perjuangannya secara politik baik di berbentuk kemasyarakatan, akademik dan arena politik India telah memberikan ruang yang besar pada lahirnya suatu negara baru yang memiliki kedaulatannya sendiri iaitu Pakistan.

Satu Negara yang terbentuk kerana faktor sentimental keagamaan dan kebudayaan antara umat Islam dan umat Hindu di India. Kenyataan sejarah yang membuat kepentingan umat Islam tertindas di India pada hampir seluruh sektor kehidupan sosial politik dan budaya, membuat Jinnah bangkit dan berjuang tanpa kenal lelah. Akhirnya perjuangannya itu tidak sia-sia, dimana Pakistan yang dicita-citakan akhirnya terwujud.

Artikel dikirimkan oleh MUHAMMAD IZZAD HELMY untuk The Patriots. 

[ad_2]
Source
[vc_row][vc_column][vc_column_text woodmart_inline="no" text_larger="no"][sociallocker id="61266"]Muhammad Ali Jinnah: Pengasas Negara Pakistan 2[/sociallocker][/vc_column_text][/vc_column][/vc_row] kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list