Artikel Terkini

Netizen dakwa ustazah ‘promote’ produk depan Kaabah?

Netizen dakwa ustazah ‘promote’ produk depan Kaabah?
Netizen dakwa ustazah 'promote' produk depan Kaabah? 1

Seorang wanita yang juga pendakwah bebas tempatan mendapat teguran netizen apabila didakwa sempat mempromosikan produk pil atau suplemen minda di Masjidil Haram, Tanah Suci Mekah.

Tindakan itu membuatkan seorang penulis dan penceramah, Syihabudin Ahmad Md Yatim berasa terpanggil untuk memberikan pendapatnya apatah lagi ustazah itu didakwa ‘menjual’ produknya di hadapan Kaabah.

Menerusi video dimuat naik di laman YouTube, Syihabudin mengakui dia tidak mengenali gerangan ustazah tersebut atau mengetahui latar belakangnya sehingga mampu menghasilkan pil minda untuk kanak-kanak.

“Secara peribadi, saya tidak mengenali ustazah ini dan tidak mengkaji latar belakang pendidikannya sehingga dia begitu pandai mengeluarkan suplemen minda dikatakan dapat merangsang minda budak.
“Kalau nak melawak, saya boleh kata.. rugi Nabi Muhammad SAW dulu tak jumpa suplemen minda ni. Kalau tak senang Abu Jahal terima agama Islam, bagi dia makan (pil) dah boleh dengar kata, jadi pejuang Islam,” selorohnya.

Selain mengeluarkan pendapat dengan hadis Nabi, dia berkata tindakan meniaga bukan menjadi masalah sebaliknya perlu mengambil berat mengenai tempat jualan kerana masjid dibina untuk melaksanakan ibadah.

Meninjau di ruangan komen video YouTube itu, ramai netizen tidak bersetuju dengan tindakan ustazah terbabit yang didakwa seolah-olah ‘menunggang agama’ demi meraih keuntungan dalam perniagaan.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen berkata ustazah itu hanya menggunakan imej Kaabah atau ‘green screen’ yang dijadikan sebagai latar belakang videonya.

Netizen dakwa ustazah 'promote' produk depan Kaabah? 2

Netizen dakwa ustazah 'promote' produk depan Kaabah? 3

Netizen dakwa ustazah 'promote' produk depan Kaabah? 4

Netizen dakwa ustazah 'promote' produk depan Kaabah? 5

Netizen dakwa ustazah 'promote' produk depan Kaabah? 6

Jadi kalau benar ustazah itu menggunakan ‘green screen’, kenapa dia perlu menyunting video seolah-olah berada di hadapan Kaabah? Ditambah pula dengan latar belakang bunyi ‘bising’, apa tujuannya?

@raudhahiq

Dapatkan Raudhah Iq Sekarang untuk anak² kita Sesuai untuk bayi dan pelajar sekolah menengah #raudhahiq #fypシ #boboiboy #cocomelon #papapipi #tips #fyp

♬ original sound – raudhahiq – raudhahiq

Sumber: Facebook & YouTube Syihabudin Ahmad


Netizen dakwa ustazah 'promote' produk depan Kaabah? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list