Artikel Terkini

OHCHR sahkan peluru tembak Shireen dari rejim Israel

OHCHR sahkan peluru tembak Shireen dari rejim Israel
OHCHR sahkan peluru tembak Shireen dari rejim Israel 1

GENEVA, 25 Zulkaedah 1443H, Sabtu – Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) berkata, hasil penemuan pihaknya mendapati peluru yang membunuh wartawan veteran Palestin, Shireen Abu Akleh adalah peluru milik tentera Israel.

“Kami mendapati bahawa tembakan yang membunuh Shireen Abu Akleh datang daripada pasukan keselamatan Israel,” kata Jurucakap OHCHR Ravina Shamdasani kepada pemberita di Geneva, semalam.

Beliau berkata, perkara yang amat membimbangkan adalah pihak berkuasa Israel tidak menjalankan siasatan jenayah. 

“Kami di Pejabat Hak Asasi Manusia PBB membuat kesimpulan pemantauan bebas kami terhadap kejadian itu. 

“Tembakan yang membunuh Shireen Abu Akleh dan mencederakan rakannya Ali Sammoudi adalah dari pasukan keselamatan Israel.

“Ia bukan daripada tembakan sembarangan oleh rakyat Palestin bersenjata, seperti yang didakwa pada mulanya oleh pihak berkuasa Israel,” kata Shamdasani.

Menegaskan bahawa maklumat itu datang daripada tentera Israel dan peguam negara Palestin, jurucakap OHCHR berkata, “Kami tidak menemui sebarang maklumat yang menunjukkan terdapat aktiviti rakyat Palestin bersenjata di sekitar kawasan wartawan.”

Shamdasani berkata, siasatan OHCHR mendapati Shireen Abu Akleh dan rakan-rakan wartawannya telah melakukan usaha bersepadu untuk menunjukkan bahawa mereka adalah media yang ketika itu berada di tepi jalan. 

“Wartawan berkata, mereka berjalan perlahan-lahan untuk menunjukkan kehadiran mereka.

“Penemuan kami menunjukkan tiada amaran dikeluarkan dan tiada tembakan berlaku pada masa itu dan di lokasi itu. Beberapa peluru tunggal telah dilepaskan ke arah mereka (para wartawan) dari arah pasukan keselamatan Israel,” katanya.

Shamdasani menggariskan bahawa tembakan ke arah seorang lelaki tidak bersenjata yang cuba membantu Shireen Abu Akleh turut dilepaskan, termasuk ke arah seorang wartawan yang berlindung di sebalik pokok.

Shireen Abu Akleh, wartawan Palestin terkenal untuk rangkaian berita televisyen Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar dan berbahasa Arab, terbunuh pada 11 Mei ketika membuat liputan serbuan tentera Israel ke atas kem pelarian Jenin di bahagian utara Tebing Barat yang diduduki.

Dalam rakaman video dari insiden itu yang tersebar secara meluas dalam talian, Shireen Abu Akleh boleh dilihat memakai jaket flak biru yang dilabel dengan perkataan ‘PRESS’ apabila ditembak oleh tentera Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

OHCHR sahkan peluru tembak Shireen dari rejim Israel 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list