Artikel Terkini

Pahlawan Scotland Bertempur Tanpa Seutas Benang Di Badan?

Pahlawan Scotland Bertempur Tanpa Seutas Benang Di Badan?
Pahlawan Scotland Bertempur Tanpa Seutas Benang Di Badan? 1

Kisah pahlawan Scotland memang menarik. Sebelum penjajahan puak Anglo-Saxon iaitu nenek moyang orang British di Kepulauan Britain, penduduk asalnya ialah orang Celt (sebut Kelts) iaitu kaum dari Tengah Eropah ketika Eropah masuk zaman gangsa (sekitar 1200 SM). Kini, ramai kaum Celt menetap di Scotland dan beberapa buah negara Eropah lain di luar kepulauan Britain.

Orang Celt di kepulauan tersebut dan wilayah Gaul (utara Perancis) pernah bertempur dengan tentera Rom ketika tamadun Rom berada dalam fasa republik (509 – 27 SM). Rom sedang laksanakan kempen penjajahan maka Gaul dan Kepulauan Britain adalah sasaran utama untuk mencapai misi ketenteraan Rom ini.

Menurut catatan terawal, orang Celt terkenal dengan kepahlawanan yang tidak gentar terkorban melawan musuh. Tentera Rom akui keberanian pahlawan Celt ini. Namun begitu, di sebalik keberanian terdapat keanehan terhadap pahlawan Celt ini. Mereka sebenarnya bertempur dengan pedang dan perisai saja, tidak ada seutas benang baju pun di badan mereka!

Apakah pahlawan Celt sebenarnya sewel sehingga tidak malu bertelanjang di medan peperangan? Atau adakah ini taktik perang mereka?

Kisah Pertempuran Pahlawan Celt Dengan Tnetera Rom

 

Pasukan pahlawan Celt bertempur dalam Pertempuran Telamon. (Karya oleh Angus McBride)

Mari kita memahami dulu kisah pertempuran antara orang Celt di Gaul dengan pasukan tentera Rom. Pada akhir abad ke-3 SM, kesatuan antara tiga etnik Celt Gaul terbentuk bagi bertindak balas atas penjajahan republik Rom. Ketiga-tiga etnik itu ialah Celt Insubres, Boii, dan Taurisci. Pertempuran yang pernah direkodkan antara kedua-dua pasukan ini ialah Pertempuran Telamon yang berlansung pada 225 SM.

Menurut catatan oleh sejarahwan Yunani bernama Polybius, pahlawan Celt yang bertempur dengan bertelanjang digelar dengan nama ‘Gaesatae’. Pada mulanya beliau beranggapan ‘Gaesatae’ ini ialah puak Gaul yang berasal dari Pergunungan Alps dan sungai Rhone. Namun begitu, maksud ‘Gaesatae’ dalam bahasa Yunani ialah ‘diupah untuk berkhidmat’. Berkemungkinan besar kebanyakan pahlawan orang Celt Gaul ini ialah tentera upahan.

Maka, dari catatan Polybius ini, golongan pahlawan Gaesatae yang bertempur dengan bertelanjang ini diupah oleh kesatuan pahlawan Celt ini untuk membantu menghalau tentera Rom, dengan ganjaran berupa timbunan emas dan jenis kekayaan lain. Orang Celt adalah kaum yang tidak memungkiri janji maka pahlawan Gaesatae tidak teragak-agak untuk menyertai pertempuran bersejarah ini sehingga mampu membawa pasukan yang begitu besar semata-mata menghalau tentera Rom.

Hanya pahlawan Gaesatae saja bertempur tanpa berpakaian. Pahlawan Celt pula berpakaian dengan pakaian longgar. Kenyataan di mana pahlawan Celt tidak berpakaian ialah sumber dari sejarahwan Yunani bernama Diodorus Siculus, namun beliau tidak menyatakan etnik manakah mengamalkan bertempur tanpa berpakaian ini.

Berbogel Adalah Taktik Pertempuran?

 

Patung arca ‘Dying Gaul’ yang diukir pada 230 SM. Patung arca ini menceritakan kisah pertempuran antara Rom dengan kaum Celt di Gaul.

Menurut Polybius, ada tiga sebab mengapa pahlawan Gaesatae ini bertempur tanpa setus benang di badannya. Pertama, sebagai tanda keyakinan yang tinggi sama ada memberi semangat kepada tentera sekutunya atau menggerunkan musuh. Kedua, berbogel lebih mudah bergerak dalam bertempur supaya tidak ada secebis kain baju menjadi sasaran senjata musuh. Sebab ketiga pula ialah memang pahlawan Gaesatea berniat bertempur sebegitu rupa untuk menakut-nakutkan musuh.

Strategi ini cukup berkesan terhadap musuh seperti tentera Rom dalam pertempuran jarak dekat. Walau bagaimanapun, pertempuran sebegitu tidak berkesan terhadap musuh yang bertempur dalam jarak jauh, seperti tentera Rom yang gunakan lembing.

Pahlawan Gaesatea mempunyai perisai sebagai pelindung dari segala serangan musuh namun perisai menjadi tidak berguna jika pahlawan yang memakainya ialah bertubuh besar dari perisai itu sendiri. Dengan bahagian anggota tubuh yang terdedah dari lindungan perisai, pelontar lembing Rom mempunyai peluang besar dengan hanya menusuk dan melontar lembing ke arah pahlawan Gaesatea.

 

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Akhirnya, pasukan tentera Rom berjaya mengalahkan kesatuan pahlawan Celt Gaul, kemudian jadikan Gaul sebahagian dari wilayah republik Rom dan meneruskan kempen penjajahan di kepulauan Britain.

RUJUKAN:

Mingren, Wu. 7 April 2017. Fighting in the Buff: Did Celtic Warriors Really Go to War Naked?. Ancient Origins.

Pahlawan Scotland Bertempur Tanpa Seutas Benang Di Badan? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list