Artikel Terkini

Panglima Angkatan Tentera lancar Tabung Ihya’ Ramadan

Panglima Angkatan Tentera lancar Tabung Ihya’ Ramadan
Panglima Angkatan Tentera lancar Tabung Ihya' Ramadan 1

PETALING JAYA – Sebanyak RM 195,200 hasil sumbangan Tabung Zakat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diserahkan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Seri Affendi Buang kepada Panglima dan wakil Panglima Perkhidmatan bagi tujuan pembiayaan program dan aktiviti kerohanian Masjid dan Surau ATM sempena Ramadan tahun ini.

ATM dalam kenyataan berkata, pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan yang disempurnakan di Masjid Khalid Al-Walid Kementah (MKWK) hari ini telah menerima sejumlah RM13,253 hasil sumbangan berbentuk kupon dengan nilai minimum RM2 dan maksimum RM5 yang diagihkan kepada warga ATM di Markas Angkatan Tentera Malaysia dan Markas Perkhidmatan Tentera Darat, Laut dan Udara.

Bukan itu sahaja, MKWK juga menerima sumbangan peribadi dari seorang individu, Md Humayun Kabir Al-Haj Hakim bernilai RM 84,200.00 untuk sumbangan program
Bubur Lambuk, Iftar dan Sahur di masjid tersebut yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM 97,453.60.

“Selain mengutip sumbangan derma dari individu dan badan korporat bagi membiayai program dan aktiviti sepanjang Ramadan 2023M/1444H, pelancaran ini juga dapat menyemarakkan aktiviti syiar Islam di setiap masjid dan surau ATM khususnya pada bulan Ramadan dan meningkatkan kesedaran anggota untuk membuat persediaan fizikal dan spiritual bagi menyambut bulan Ramadan pada tahun ini.

“Semua aktiviti pengimarahan yang akan dilaksanakan di MKWK melalui sumbangan yang diterima adalah bertujuan membina sifat ehsan dan taqwa dalam diri setiap warga tentera dan masyarakat awam setempat.

“Ia juga dilihat sebagai sebahagian tugas dan tanggungjawab Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) khususnya dalam memperkasakan pensyariatan Ibadat Puasa Ramadan yang dituntut sebagai rukun asas dalam Islam,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Dalam majlis tersebut, simbolik penyerahan sumbangan terkumpul dari markas-markas perkhidmatan kepada PAT telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, Brigedier Jeneral Ahmad Najib Othman mewakili Panglima Tentera Darat, Laksamana Muda Baharudin Wan Mohd Nor mewakili Panglima Tentera Laut dan Pemangku Ketua Staf Markas ATM, Laksamana Muda Datuk Abdul Halim Shaari.

See also  “Satu Malaysia Tolong Kumpul Dana…” - Zeppo Youngsterz Balas Jasa Dengan Juarai Champion Of Body Rock 2023 Di California

Dalam pada itu, majlis itu turut membuat penyerahan sumbangan Program Kerjasama Strategik dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Agensi-Agensi dengan ATM iaitu Koperasi Tentera berjumlah RM 70,000.00 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera, Mohd Ghazali Abas dan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) berjumlah RM 45,000.00 yang disampaikan oleh Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd Nizar Sudin. -KOSMO! ONLINE.


Panglima Angkatan Tentera lancar Tabung Ihya' Ramadan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo