Infotainment

‘Patuh Lampu Isyarat Pun Jadi Mangsa’- Netizen Simpati Pemandu Myvi Ini Dilanggar Motosikal

‘Patuh Lampu Isyarat Pun Jadi Mangsa’- Netizen Simpati Pemandu Myvi Ini Dilanggar Motosikal
‘Patuh Lampu Isyarat Pun Jadi Mangsa’- Netizen Simpati Pemandu Myvi Ini Dilanggar Motosikal 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Umum ramai mengetahui salah satu faktor utama kemalangan berlaku di negara ini disebabkan pengguna jalan raya sering kali melanggar lampu isyarat merah. Baru-baru ini tular satu rakaman video dashcam yang telah mengundang perbualan orang ramai.

Seorang pemandu Myvi tidak bernasib baik apabila keretanya dilanggar motosikal semasa dia sedang membelok masuk ke simpang kanan jalan. Pada waktu itu, lampu isyarat di laluannya menunjukkan warna hijau.

Video kemalangan tersebut membuatkan orang ramai berasa sangat simpati terhadap pemandu Myvi itu kerana beberapa saat sebelum dia dilanggar, sebuah kereta Proton Saga dan Exora telah melanggar lampu isyarat merah. Namun kedua-dua kereta tersebut ‘selamat’ sahaja membelok masuk simpang.

Impak pertembungan tersebut telah menyebabkan kereta Myvi itu berpusing arah melanggar lampu isyarat yang berada di jalan bertentangan. Manakala penunggang motosikal itu pula terpelanting beberapa meter ke hadapan selepas gagal mengelak ketika melanggar lampu isyarat merah di laluannya.

Ramai yang menyamakan insiden tersebut seperti satu refleksi kehidupan di Malaysia. Orang yang melakukan kesalahan selalunya terlepas, manakala orang yang selalu melakukan kebaikkan pula yang dihukum.

‘Patuh Lampu Isyarat Pun Jadi Mangsa’- Netizen Simpati Pemandu Myvi Ini Dilanggar Motosikal 2

Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV

‘Patuh Lampu Isyarat Pun Jadi Mangsa’- Netizen Simpati Pemandu Myvi Ini Dilanggar Motosikal 4

Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV

‘Patuh Lampu Isyarat Pun Jadi Mangsa’- Netizen Simpati Pemandu Myvi Ini Dilanggar Motosikal 6

Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV

‘Patuh Lampu Isyarat Pun Jadi Mangsa’- Netizen Simpati Pemandu Myvi Ini Dilanggar Motosikal 8

Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV

‘Patuh Lampu Isyarat Pun Jadi Mangsa’- Netizen Simpati Pemandu Myvi Ini Dilanggar Motosikal 10

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

‘Patuh Lampu Isyarat Pun Jadi Mangsa’- Netizen Simpati Pemandu Myvi Ini Dilanggar Motosikal 12

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Ada netizen mendakwa kawasan Jalan Tun Lim Chong Eu simpang ke Macallum itu merupakan ‘lokasi kegemaran’ pengguna jalan raya melanggar lampu merah, cuma kadang-kala nasib tidak baik akan ada kemalangan berlaku di situ.

Semoga rakaman dashcam ini dapat memberikan iktibar kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi lampu isyarat merah agar dapat menghindari kemalangan yang boleh dielakkan sejak awal-awal lagi.

Klik pautan di bawah untuk lihat rakaman seorang penunggang motosikal nyaris jadi mangsa kemalangan selepas sebuah Ford Mustang terbabas.

Netizen Tergamam Lihat Rakaman Penunggang Motosikal Nyaris Dilanggar Ford Mustang

Sesak Diserbu Pengunjung Dan Banyak Sampah, ‘Spot’ Viral Lihat Kapal Terbang Kini Ditutup

Netizen Geleng Kepala Lihat Orang Dewasa Berebut Hot Wheels Di Toys “R” Us


‘Patuh Lampu Isyarat Pun Jadi Mangsa’- Netizen Simpati Pemandu Myvi Ini Dilanggar Motosikal 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list