Artikel Terkini

PBS mampu lahirkan murid lebih berkualiti jika dilaksana dengan betul

PBS mampu lahirkan murid lebih berkualiti jika dilaksana dengan betul
PBS mampu lahirkan murid lebih berkualiti jika dilaksana dengan betul 1

BANGI, 18 Zulkaedah 1443H, Sabtu – Meskipun Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dimansuhkan, sistem penilaian masih berjalan, tetapi dengan lebih banyak kepelbagaian dan fleksibiliti kaedah penilaian.

EXCO Perhubungan Luar dan Antarabangsa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Muhammad Danial Mohamed Farook berkata, pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) lebih holistik dan komprehensif kerana merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Beliau berkata, kepelbagaian potensi, bakat dan kebolehan murid akan diraikan, misalnya individu mempunyai daya kreatif tinggi dapat diasah untuk menyertai pertandingan inovasi, manakala pelajar mahir berkarya dapat diketengahkan untuk pertandingan kesenian.

“Fokus pembelajaran di sekolah juga akan berubah daripada mempelajari format menjawab soalan dan persediaan peperiksaan kepada penghayatan kandungan pembelajaran itu sendiri.

“Budaya menghafal buku teks dan jawapan dapat ditinggalkan,” katanya dalam rencana terbitan BH.

Bagaimanapun, Muhammad Danial berkata, di sebalik kelebihan PBS, beberapa perkara perlu ditambah baik bagi menjamin objektifnya dapat dicapai.

Pertamanya adalah pemantapan latihan pengendalian PBS kepada guru, kerana tempoh pemaklumkan pemansuhan PT3 dan pelaksanaan PBS terlalu singkat dan menyebabkan guru tidak dapat melakukan persiapan mencukupi untuk mengubah rancangan pembelajaran.

“Kegagalan dalam menyediakan latihan ini menyebabkan guru tidak bersedia dan tidak yakin menerapkan PBS dalam amalan pengajaran, sebaliknya kekal dengan amalan pengajaran semasa yang lebih selesa berbanding menukar kepada elemen baharu,” katanya.

Di samping itu, beliau berkata, beban tugas guru juga perlu diambil kira kerana mereka dipertanggungjawabkan dengan hampir 40 murid dalam satu kelas sedangkan bilangan itu terlalu ramai.

“Keadaan ini sekali gus dapat menjejaskan keberkesanan pelaksanaan PBS kerana proses penilaiannya bersifat individu, berbanding pentaksiran pukal.

“Guru juga terpaksa melakukan tugas pengkeranian yang mengganggu fokus guru,” katanya.

Justeru, Muhammad Danial menegaskan, KPM perlu memandang serius mengenai isu beban tugas guru.

KPM disarankan agar menyediakan pembantu guru untuk penilaian PBS bagi kelas besar dan staf sokongan untuk tugasan selain mengajar, manakala sistem pengurusan markah secara dalam talian wajar ditambah baik.

Mengambil contoh Hong Kong dan Finland yang juga menjalankan PBS, beliau berkata, negara itu memberikan kebebasan kepada guru untuk menentukan kurikulum sendiri agar sesuai dengan penilaian dijalankan.

Katanya, Malaysia belum bersedia memberi kebebasan sepenuhnya, tetapi sukatan pembelajaran wajar disemak semula KPM agar lebih sesuai dengan keperluan penilaian PBS.

“Kefahaman komuniti, terutama ibu bapa mengenai PBS juga perlu diperkasakan. Sebagai pemegang taruh utama sistem pendidikan negara, sokongan dan bantuan mereka amat diperlukan dalam menjamin kelancaran pelaksanaan PBS.

“Oleh itu, PBS jika dilaksanakan dengan betul, dapat menyediakan murid untuk masa hadapan tidak menentu melalui penilaian lebih holistik dan tidak terikat skema jawapan dengan murid dapat menjadi lebih kreatif, inovatif, dan memahami keupayaan diri,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

PBS mampu lahirkan murid lebih berkualiti jika dilaksana dengan betul 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list