Infotainment

PDRM Dan JPJ Tawar Diskaun Saman Sehingga 80% Sempena ‘100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia’

PDRM Dan JPJ Tawar Diskaun Saman Sehingga 80% Sempena ‘100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia’
PDRM Dan JPJ Tawar Diskaun Saman Sehingga 80% Sempena '100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia' 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Setiap akhir tahun, sebahagian jabatan dan agensi kerajaan akan memberikan diskaun saman kepada rakyat Malaysia tertakluk kepada jenis-jenis kesalahan yang telah dilakukan.

Bermula 9-12 Disember ini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan diskaun saman sehingga 80% bersempena sambutan ‘100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia’.

Sepanjang tempoh 4 hari tersebut, orang ramai boleh hadir ke kaunter pengurangan bayaran saman di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang akan dibuka bermula dari pukul 9 pagi sehingga 10 malam pada 9 Disember, hari Khamis sehingga hujung minggu ini.

Menerusi satu hantaran pihak JPJ di laman Facebook mereka, JPJ memberikan diskaun sehingga 80% bagi saman yang boleh kompaun sahaja, kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

Selain itu, promosi pengurangan bayaran samaran ini turut boleh dibuat melalui kaunter, kiosk dan portal JPJ.

PDRM Dan JPJ Tawar Diskaun Saman Sehingga 80% Sempena '100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia' 2

Sumber Gambar: Instagram Story @pdrmsia_trafik

Manakala pihak PDRM pula turut memberikan diskaun sehingga 80% bagi saman dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja. Diskaun sehingga 70% diberikan bagi saman selain dari dua-dua lokasi yang yang telah dimaklumkan.

Penawaran pengurangan bayaran saman PDRM hanya sah di kaunter Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada tarikh, masa dan lokasi acara sambutan ‘100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia’ berlangsung nanti.

Jadi kepada orang ramai jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyemak dan melangsaikan saman-saman anda pada kadar diskaun yang telah ditetapkan oleh setiap pihak jabatan dan agensi kerajaan.

Baca penjelasan pihak JPJ Negeri Perlis mengenai ‘escort’ kenderaan jabatan itu dan isu penggunaan cermin gelap ketika konvoi Kelab Mustang Malaysia mengembara ke negeri tersebut baru-baru ini.

Didakwa ‘Double Standard’ Dalam Penggunaan Cermin Gelap, Ini Penjelasan Daripada Pihak JPJ Perlis

Lagak Seperti Polis Trafik, Pihak Berkuasa Buru Marshal Motosikal Berkuasa Tinggi


PDRM Dan JPJ Tawar Diskaun Saman Sehingga 80% Sempena '100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list