Artikel Terkini

Pembuktian Al-Quran Sebagai Kitab Suci

Pembuktian Al-Quran Sebagai Kitab Suci
Pembuktian Al-Quran Sebagai Kitab Suci 1

SEJAK bergelumang dengan pembacaan rencam dalam bidang agama, saya mulai mempersoal beberapa perkara. Antara persoalan paling besar yang bermain di minda ialah bagaimana kaedah pengumpulan ayat-ayat suci al-Quran? Bagaimanakah juzuk-juzuk al-Quran ditentukan? Siapakah yang memberitahu ayat sekian pada surah sekian-sekian?

Pertanyaan ini hanya berlegar dalam minda. Beberapa kuliah agama didengari – tetapi tidak memberi jawapan tuntas. Buku-buku agama arus perdana juga tidak memberikan jawapan yang memuaskan hati. Risau ditanya kepada khalayak, persoalan ini dikhuatiri mencederai agama. Pak ustaz pula selalu dengan kad jawapan, “beriman sahaja kamu dengan al-Quran. Itukan rukun iman.”

Saya tidak puas hati. Iman harus dicabar dan dibuktikan. Saya percaya bahawa iman yang diuji akan lebih utuh. Sehinggalah saya terjumpa satu buku yang mengubah hidup saya dalam memahami keindahan al-Quran. Tulisan seorang syeikh al-Azhar, Muhammad ‘Abdullah Diraz mengubah seluruh kekeliruan saya dalam memahami pembuktian kebenaran al-Quran. Buku al-Naba’ al-‘Azim (Perkhabaran Agung) yang diterbitkan ke dalam bahasa Melayu oleh Maqasid Institute.

Buku ini memberi jawapan hampir keseluruhan persoalan saya mengenai pembuktian kebenaran al-Quran. Al-Quran yang hadir sejak 1,400 tahun lalu di tengah-tengah padang pasir yang tandus, kepada Seorang yang buta huruf, seorang penternak, sibuk mencari rezeki untuk keluarga, tiada langsung hubungan dengan ilmu dan ahli ilmu tiba-tiba muncul kepada kita sesuatu yang tidak pernah diucapkan olehnya. Bagaimana ia terjadi?

Kekuatan pada buku Perkhabaran Agung ini menjawab segenap persoalan ini bukan berlandaskan dalil naqli tetapi berpandukan kepada dalil aqli. Hanya dengan hujah ini sahaja mampu difahami oleh orang bukan Islam atau yang tidak beriman dengan Islam dan al-Quran.

Tanya diri sendiri kembali persoalan yang saya ajukan di atas, nescaya kalian akan bertemu dengan jawapan – kerana itulah jawapannya! Mustahil seorang buta huruf, yang tidak tahu membaca, yang tidak berdamping dengan ilmuwan atau penyair dapat memancurkan ayat-ayat seindah kalam al-Quran jika bukan dari sesuatu yang agung. Perantaraan Jibril yang amanah diajarkan ayat-ayat al-Quran kepada Baginda SAW. Tiada sebarang pertikaian bahawa ia adalah sebuah pelaporan, bukan hasil taakulan. Kita perlu ingat bahawa pada zaman itu lahir segala penyair hebat yang mempunyai kehalusan bahasa yang tinggi, tetapi mereka semua terlopong apabila mendengar keindahan ayat-ayat suci – mereka tidak mampu untuk mencipta bait yang sebegitu!

Dalam Perkhabaran Agung ini, saya kira ia sebuah mahakarya yang wajib berada di rumah-rumah masyarakat Muslim di Malaysia. Kekuatan isi kandungannya menjadikan buku ini sebagai bukti kukuh dan apabila membacanya, keyakinan terhadap al-Quran semakin tinggi.

Persoalan kedua timbul, bagaimanakah pengumpulan al-Quran? Pada zaman kehidupan Baginda SAW, ayat-ayat suci ini hanya ditulis di atas pelepah-pelepah tamar dan juga cebisan-cebisan kertas dan ia berterabur. Bagaimanakah ia disusun tanpa pengetahuan atau kehadiran Nabi SAW yang memang sepatutnya dialah manusia paling autentik untuk mengesahkan susunannya?

Semasa saya kecil, saya didengungkan dengan kisah Saidina Uthman-lah yang mengumpulkan al-Quran. Tetapi kepercayaan saya meleset apabila bertemu dengan biografi Saidina Abu Bakr di dalam buku karya menteri dan penulis terkenal Mesir, Muhammad Hussein Haikal. Buku Abu Bakr as-Siddiq: Liku-liku Hayat & Pemerintahan Khalifah Pertama ini baru sahaja diterbitkan oleh Inisiatif Buku Darul Ehsan. Kebetulan saya memang meminati perihal sejarah kejadian al-Quran, terus sahaja saya mencari topik itu. Nah, sebenarnya memang sudah ada usaha untuk mengumpulkan al-Quran pada ketika itu.

Peperangan Yamamah mengorbankan ramai orang Mukmin. Dalam kalangan mereka, sebanyak 39 orang sahabat yang ternama dan pada penghafaz al-Quran. Antara yang syahid ialah Zaid, adinda kepada Saidina Umar RA. Kesedihan Umar bukan sahaja kerana kematian adiknya, tetapi melangkaui hal itu – beliau memikirkan juga jika peperangan berterusan, makin ramai Huffaz yang akan terbunuh. Umar lantas menjumpai Abu Bakr dan berbincang hal ini. Perbincangan ini sangat rencam, Hussein Haikal menulis riwayat ini panjang lebar. Paling menarik apabila pembaca dapat tahu bagaimana Abu Bakr memikirkan pengumpulan al-Quran yang tidak dibuat oleh Nabi Muhammad SAW.

Pengumpulan ini bukanlah sesuatu yang enteng. Ramai Huffaz yang dibawa penghadap kepada Zaid bin Tsabit atas arahan Umar. Zaid gerun, kalam Allah ini ‘diletakkan’ di atas pundaknya untuk disusun. Kisah ini sangat cemas, bacaan saya menjadi laju, kisah menjadi semakin menarik. Walaupun perkara baik mahu dilakukan oleh para sahabat, tetapi ada masalah besar yang timbul antaranya pemilihan dialek yang mana perlu dikumpulkan, bagaimana mahu mengesahkan ayat itu adalah benar-benar ayat al-Quran, dan beberapa hal lain lagi.

Penyusunan ayat-ayat al-Quran walaupun tidak secara jelas penulis nukilkan di sini, tetapi saya sudah mendapat gambaran bahawa ada metode yang tertentu untuk mewajarkan segala kedudukan ayat dan surah-surah tersebut.

Dua buku ini, Perkhabaran Agung dan Abu Bakr memberi satu wasilah kepada saya berkenaan pengumpulan dan kesahihan yang jelas. Sempena Nuzul Quran tahun ini, masyarakat bukan sahaja mengagungkan al-Quran kerana itulah yang dituntut oleh agama, tetapi tiada masalah untuk mencari kewajaran untuk meningkatkan iman di dada.


Pembuktian Al-Quran Sebagai Kitab Suci 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list