Artikel Terkini

Pemimpin Bersatu cabar 3 pemimpin Umno Johor namakan Zahid sebagai calon PM

Pemimpin Bersatu cabar 3 pemimpin Umno Johor namakan Zahid sebagai calon PM
Pemimpin Bersatu cabar 3 pemimpin Umno Johor namakan Zahid sebagai calon PM 1

Pemimpin Bersatu cabar 3 pemimpin Umno Johor namakan Zahid sebagai calon PM
Umno hanya menggunakan taktik menyerang Muhyiddin Yassin sedangkan parti itu sendiri tidak yakin dengan Ahmad Zahid Hamidi yang mempunyai kes mahkamah, kata Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu mencabar tiga pemimpin Umno Johor, Puad Zarkashi, Nur Jazlan Mohamed dan Mohamed Khaled Nordin menamakan Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan, berkata sekiranya mereka tidak berani menamakan Zahid, jangan pula menyerang Presidennya, Muhyiddin Yassin.

“Ada orang Johor cabar Muhyiddin jadi ‘poster boy’ Perikatan Nasional (PN) di pilihan raya negeri (PRN) Johor.

“Ini saya cabar balik Puad Zarkashi, Nur Jazlan Dan Khaled Nordin, kalau kamu berani cuba sebut siapa kamu nak namakan sebagai calon Perdana Menteri dari Umno selepas PRU15.

“Saya cabar namakan Zahid jadi calon PM Umno. Kalau pengecut sebut Zahid, jangan sebut Presiden Bersatu,” katanya dalam Siri 2 – Jelajah Penerangan Isu Semasa Negeri Johor, Dun Kahang, Sembrong, Johor yang disiarkan di akaun Facebook Penerangan Bersatu.

Terdahulu, Puad sekali lagi mengulangi cabaran supaya Muhyiddin dijadikan ‘poster boy’ PN di PRN Johor seperti dilakukan parti itu di Melaka.

Dalam pada itu, Wan Saiful turut mencabar Zahid dijadikan ‘poster boy’ BN di PRN Johor.

Katanya, Umno hanya menggunakan taktik menyerang Muhyiddin sedangkan parti itu sendiri tidak yakin dengan Zahid yang mempunyai kes mahkamah.

“Kadang saya keliru Zahid ke Najib Razak Presiden Umno,” katanya.

Wan Saiful turut mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berhubung Umno turut mencalonkan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri membuktikan secara rasmi parti itu tidak berani menamakan Zahid sebagai calon jawatan itu.


Pemimpin Bersatu cabar 3 pemimpin Umno Johor namakan Zahid sebagai calon PM 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list