Artikel Terkini

Pengantin wanita pasrah, ‘makeup’ kening tak cantik di hari persandingan

Pengantin wanita pasrah, ‘makeup’ kening tak cantik di hari persandingan
Pengantin wanita pasrah, 'makeup' kening tak cantik di hari persandingan 1

Setiap pasangan pengantin, pasti mengimpikan hari paling bahagia mereka berjalan dengan lancar dan sempurna. Dari persiapan majlis sehinggalah busana serta makeup diambil kira kerana bimbang apa yang dirancang tidak menjadi.

Sebagai pengantin, sudah tentu mereka akan menjadi perhatian ramai dan seharusnya apa yang dipakai dan digayakan perlulah kelihatan sesuai agar tidak ada rasa kurang senang dari pihak sendiri atau orang lain.

Paling utama bagi seorang pengantin perempuan sudah tentu penampilan diri serta tatarias termasuklah makeup ketika bersanding agar gambar yang terakam kelihatan cantik.

Namun, hal ini menjadi dugaan buat seorang pengantin perempuan apabila makeup ketika majlis persandingannya tidak menjadi sehingga menjadikan wajahnya yang cantik sedikit berbeza.

Perkara itu disuarakan sendiri seorang jurumekap atau MUA dikenali sebagai @muajulia91 di aplikasi TikToknya yang berasa sedih melihat makeup seorang pengantin perempuan.

@muajulia91

Scary betul 😖 #muasabah #sabahantiktokers #weddingday

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Menurutnya, kening pengantin perempuan itu dilukis dan dibentuk sehingga kelihatan menegak dan pelik. Sebagai seorang MUA, pastinya dia berasa geram melihat hasil kerja mak andam seperti itu.

Walau bagaimanapun, nasib baik wajah pengantin perempuan itu sudah memang cantik dan dia juga seakan ‘pasrah’ dengan apa yang berlaku memandangkan majlis telah pun berlangsung.

Menjengah keruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kasihan melihat makeup dibahagian kening pengantin perempuan itu.

Walau bagaimanapun, mereka mengakui yang makeup di bahagian wajah yang lain sudah cantik cuma kening sahaja agak tebal dan sepatutnya harus dibuat dengan lebih kemas lagi

Pengantin wanita pasrah, 'makeup' kening tak cantik di hari persandingan 2

Pengantin wanita pasrah, 'makeup' kening tak cantik di hari persandingan 3

Pengantin wanita pasrah, 'makeup' kening tak cantik di hari persandingan 4

Pengantin wanita pasrah, 'makeup' kening tak cantik di hari persandingan 5

Pengantin wanita pasrah, 'makeup' kening tak cantik di hari persandingan 6

 

Sumber: TikTok muajulia91


Pengantin wanita pasrah, 'makeup' kening tak cantik di hari persandingan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list