Artikel Terkini

Penyakit Misteri Yang Bagaikan Laknat Kepada Inggeris

Penyakit Misteri Yang Bagaikan Laknat Kepada Inggeris
Penyakit Misteri Yang Bagaikan Laknat Kepada Inggeris 1

Peluh memang benda yang baik. Tetapi pada Jun 1528, seorang duta daripada Perancis menulis tentang ajal yang petandanya adalah peluh. Cardinal du Bellay berkata, “penyakit ini memang cepat membunuh, paling cepat di dunia. Kepala akan mula sakit sebelum jantung. Tiba-tiba berpeluh-peluh. Tidak perlu jumpa doktor… boleh mati tanpa sempat jatuh pun.”

Kalau baca tulisan begini zaman sekarang, memang pasti orang tidak percaya. Namun orang zaman dulu lain. Orang pada Abad ke-16 mudah takut. Bukan semua orang waktu ini terpelajar. Tengok gerhana pun silap-silap fikir kiamat. Apabila London terima surat daripada du Bellay, semua pakat berwaspada dan takut pada “The Sweating Sickness”.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Padahal penyakit ini sudah dilaporkan sejak Ogos 1485, 43 tahun sebelum laporan du Bellay. Pada masa itu, Keluarga Lancaster dan Tudor sedang berperang dengan Keluarga York di England, Wales dan Ireland. Ketiga-tiga keluarga mengupah tentera daripada bumi Perancis. Jadi askar upahan ini dipercayai membawa the Sweating Sickness ke bumi Eropah (Theilmann, 2008). Walaupun ada penyakit yang hampir sama di York sebulan sebelum ketibaan askar upahan, rekod mengenai simtom tidak mencukupi untuk kepastian.

Kacau bilau + penyakit = maut dalam gelap.

Sejak kedatangan bala daripada Perancis ini, penduduk England selalu bersusah payah. Sekejap sekejap demam. Selepas sembuh, mesti demam balik. Saintis moden menjangka kejadian ini mungkin berpunca daripada kutu kerana kes sering meledak semasa musim panas. Namun saintis jgua mempertimbangkan penyakit-penyakit lain seperti hantavirus misalnya (Heyman, et al., 2014).

Umumnya, hantavirus adalah penyakit yang merebak kerana tikus. Perjalanan askar selalunya membawa tikus sekali kerana bekalan makanan yang tidak dijaga dengan baik. Dan tikus paling aktif semasa musim panas. Hantavirus pula akan menyerang dewasa berumur pertengahan. Dan itulah yang berlaku di England dulu. Cuma masalahnya, hantavirus bersifat kekal. Selagi rantaiannya tidak putus, memang tetap ada. The Sweating Sickness datang pergi bersilih ganti. Itu yang saintis pelik.

Jalan Mudah Untuk Mengenal Pasti

Saintis ada satu jalan mudah untuk tahu secara lanjut. Atas faktor masa, penyakit ini takkan meninggalkan jejak DNA atau RNA. Tetapi masih ada yang bercadang untuk korek semula kubur mangsa dipercayai mati kerana the Sweating Sickness. Jika mangsa ini menunjukkan kesan spora, maka sah – ini bukan hantavirus. Sebaliknya mereka mati kerana keracunan anthrax.

Lukisan bercerita pasal penyakit.

Perkataan “anthrax” memang berbunyi moden. Tetapi untuk pengetahuan semua, kapas boleh menyebarkan anthrax… begitu juga dengan bangkai haiwan yang sudah terkena jangkitan (McSweegan, 2004). Apa-apa pun puncanya, ramai mati kerana the Sweating Sickness. Yang hairannya, banyak kematian tertumpu dalam kalangan warga England sahaja. Ia merebak sampai ke Venice, tetapi bukan isu besar di sana kerana pemerintah tempatan cakap pendatang asing (warga England) saja yang mati.

Macam amaran duta Perancis itu pun bersebab. Banyak kematian berlaku di Calais, kawasan bangsa Inggeris. Ia tidak merebak ke bangsa Perancis. Ia juga tidak merebak ke Scotland. Pelik. Seolah-olah bangsa Inggeris ada kelemahan genetik yang membolehkan penyakit merebak dan membunuh.

Kota London menjadi “zon hitam” sampai Raja Henry VIII terpaksa lari ke tempat lain. Pemerintah politik Thomas Cromwell juga dipercayai kehilangan isteri dan dua anak perempuan kerena penyakit ini.

Keberangkatan baginda pada masa itu.

Ada sebab kenapa saintis bergelut untuk faham penyakit. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Sebelum berlaku pandemik, baik buat vaksin dulu.

RUJUKAN:

Heyman, P., et al. (2014). Were the English Sweating Sickness and the Picardy Sweat Caused by Hantaviruses? Viruses. 6 (1): 151-171.

McSweegan, E. (2004, Januari 17). Riddle solved? New Scientist.

Theilmann, J. (2008). Encyclopedia of pestilence, pandemics and plagues. Greenwood Press. Halaman 686.

 

Penyakit Misteri Yang Bagaikan Laknat Kepada Inggeris 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list